Showing posts with label mummy mumbles. Show all posts
Showing posts with label mummy mumbles. Show all posts

Wednesday, October 31, 2012

Barbie Girl


That day hantar Ireen lewat sikit to school. Sampai2 je budak2 tengah practise. Ireen masuk dalam terus amek blue pom pom dia and join. So apelagi saya cepat2 record!

Spot her? She's the tiniest! 

Oh my look at my girl dancing and remembering the steps. Terkejut mummy. And kelakar pun ada. Parents memang always praising their kids kan haha. She is so small compared to kawan-kawan lain. Walaupun kecil in size, tapi ligat dia tak padan dengan kecik. Since dapat record dia practise ni, semuaaa orang dia tunjuk dance ni. doplohpatjam asek barbie girl sampai mummy cannot take it anymore hahahaa. Tak sabar nak tengok dia perform this saturday. Janganlah buat perangai macam abang last year. And oh dia juga adalah salah seorang pelajar cemerlang bahahaaahahaaa. Strike ok 3 taun berturut2 dapat award pelajar cemerlang since baby. Ireen Ireen u make my day! 

Thursday, July 5, 2012

July Yang Semput

Assalam..

Bz sangat la tak sempat nak update blog. 
Halah balik2 cakap bz, boringggg..
Kan.. tapi nak buat cemana memang bz.
Bulan ni semput. Semua nak buat bulan ni. 
Banyak kerja.
Nak squeeze kan kerja between meetings. 
Harini pulak dapat tau SEMUA server kene pindah Cyber before August.
Kat ofis ni pulak ada banyakkk portal and apps.
Eh sukati je kan. Pindah server bukan main hangkut letak je. Hadoiiii..Nangessss!!
Nak cuti pon tak sempat. 
Ireen batuk tak baik-baik. Ni nak bawak klinik homeopati pulak jap lagi.
Meeting 2.30 pulak. Klinik tutup pukul 6. Balik awal lah. Sorry bos.
Family first.
Tskk..

Ok Bye




Tuesday, June 26, 2012

Coklet dan Telur

Malam semalam:


Ryann : Mummy, esok abang nak bawa roti dengan coklet (Nutella spread). Masuk dalam bekal macam daddy.
Daddy : I pon nak bawak sandwich telur mata lagi esok untuk breakfast
Mummy : Okeyy.. Abang nak coklet? Bukan telur?
Ryann : Bukan telur..nak coklet..*buat muka maminipahamketak?
Mummy : Okeyyyyyy


Pagi tadi:
Mummy : U (daddy) punye bekal yang merah, Ryann punya yang biru ok. Byeee *Sambilkuarrumah
Abang : Abang punya coklet ada tak mummy?
Mummy : Adaaaa..byeeee!


Sampai ofis berwassap lakibini:
Daddy : I tukar bekal dengan Ryann. Dia nak telur pulak.
Mummy : Hahaaa. *dahagakdah. Tapi pedas la i letak cili dengan bbq sos
Daddy : Dia yang nak, biarjela..
Mummy : (Kalau tau, awal-awal buat dua telur!) Ryan, Ryan hehe..


Mak-mak ni memang tau dah kan akal anak dia. Kecik-kecik dulu selalu tipu mak mesti mak tau sebenarnya hahaha..


Ok Bye!



Thursday, May 24, 2012

Friday, May 11, 2012

Happy Mother's Day!

Assalam,

Long silent huh?..mak bz u olls..hehe.
I have so much worries in my head, sebab next week saya perlu ke Sabah (KK-Keningau-Kudat-Kundasang) 4 hari. Serius risau.
Ireen masih bfeed. Ye at the age of 2yrs n 3mos masih bfeed. Although dekat nursery dia boleh bottle feed with FM, tp dekat rumah, I'm her only milk source. And saya tak pernah lagi tinggalkan dia malam..not even once. Selama saya bekerja gomen dah 4 tahun ni, saya akan mintak excuse for outstation. Ada la pergi, tapi semua saya hangkut sekali, if applicable dengan event. So memang tak pernah tinggalkan Ireen without direct bfeed malam nak tidur.
Now dah tak larat nak bagi excuse, and memang dah tak ada pilihan. Kene pergi jugak..yela sampai bila kan. Tak boleh la nak pikirkan diri sendiri je. But knowing my girl, I know It gonna be a realllll tough for my husband. Tsk..
Dalam kepala pikir nanti macamana anak-anak balik sekolah, mummy takde, nak makan, nak suap makan, nak air, nak nenen, nak itu nak ini..and the most scariest part...nak TIDO!!! Ya Allah please grant my husband the patience ya Allah..
I know my husband is the best daddy ever, will patiently look after them, layan semua kehendak anak-anak dengan sabar ..and I should not worry much. Tapi..u know..moms do nothing except worry. Hurmmmm..

But well, being a mother, sangat banyak benda yang kita korbankan sebenarnya..especially tenaga. Selagi mampu, selagi tulah akan kuatkan badan, tahankan mata, untuk 'serve' everybody in the family. Being me, yang memang jenis cepat letih, selalu tak sihat, selalu tak sedap badan, memang malas nak layan badan macam ni, tapi sebab nak serve the family..tahan kan aje. Tapi bila badan tu dah cecah tilam and bantal, memang senang terlelap dan terlena. Perempuan memang tak banyak energy..tsk..

Happy Mother's Day to me, my MAK and UMI (MIL) and semua mak, mummy to-be out there.
We are the best!

Pray for me people!
Ok Bye!


Friday, May 4, 2012

Processed Food Yang Beracun


Mereka kata source from general hospital

Pulak dah. So Lemak Trans tu beracun? Macam-macam la sekarang kan. Semua benda bahaya. Most of the product up there very consumable. Ramai orang beli.  Susu kotak fresh tu lagi selamat.. maybe. Oreo selalu makan. Butter spread natural memang feveret seisi rumah. High 5? Berkoyan dah dalam perut. Yang produk lemak berhidrogen tu lagi laaaa selalu telan. How la?? Ishhh..scary!

Wednesday, January 18, 2012

Kentut sapa?



Anak-anak tengah main dekat living, me dekat dapur. Suddenly,


Abang : Mummyyyy!! adik kentuttttt..busukkkkkk!!
Me: Adik kentut?? Nak beben kot.
Abang: A ah..busukkkkk!!
Adik : (Wat muke blur)
Me: (Jalan towards them sambil sniff sniff). Eh..ni abang ke adik yang kentut ni??!
Abang :  Adik la..
Me: Abang cakap betul-betul..ni bau kentut abang ni, bukan adik.
Abang : HAHAHAHAAAAAAAAA!!
Me: Abang tipu mummy eh?? Jangan buat lagi yeee...haaa..mummy ni kentut korang pon mummy boleh differentiate.
Abang: HAHAHAHAAAAAAA mami tau ke.....hahahahaaaa..


Tak payah la nak auta ye anak-anak, kentut korang pon mummy boleh cam. Ya Allah kentut anak bau camana pon saya boleh tau??? Sungguh mak-mak betul la saya sekarang. Kagum dengan diri sendiri. And kagum dengan semua mak-mak dekat dunia. I bet semua macam saya, cuma masa je menentukan. Kah kah!.


Ok Bye!!

Thursday, December 22, 2011

Ustaz Ismail Kamus - Parenting



1. Jangan Pukul Anak





  • Jangan Pukul anak dari umur 1 hari, hingga 10 tahun.
  • Pukul anak jika meninggalkan solat, umur 10 tahun.
  • Pukul anak kat tapak kaki.

2. Ayat-Ayat untuk Anak Degil


a.  Cara 1
  • Baca Bismillahirrohmaanirrohim -  786x
  • Baca Suroh Yaasin Ayat 71 (Wazallalnaaha..) - 71x
  • Baca depan air (Jag) sekali gus, tak boleh stop2, sekali jalan.
  • Pastu dia tak cakap plak bagi air tu minum ke, sapu ke. Saya rasa logik akal bagi minum la kot kan.
b. Cara 2
  • Baca Suroh Toha Ayat 1-6, - 1000x
  • Boleh baca secara ansur, stop sambung.
  • Dah habis baca 1000x, malam2, baca ayat tu 3x, tiup dekat ubun2 anak masa anak tengah tido.
  • Jangan cium anak waktu dia tido, nanti dia degil (OooEmmJayyyy)

Parents..Good Luck!
Ok Bye!






Monday, December 19, 2011

Monday Babble



Saya adalah super risau.
Risaukan ank yang belum fully recover dari demam. 
Demam since Khamis. On paracetamol 6 hourly. Tak settle than pegi klinik hari Sabtu. Dapat antibiotik.
Doc cakap if Selasa still belum settle, than baru kene amek darah. 
Harini Isnin, belum baik lagi demam. Tapi this time takde batuk, which is syukur jugak lah. Kalau batuk satu hal lagi nak mendengar wheezing kat lung pulak. Double risau.
Tapi bila anak demam, macamana kita nak tidur kan. Kene monitor temperature dia. So dari Rabu malam tak tido betul, smpai malam tadi. Weng kepala. Saya ni memang style basah kepala ank macam mandi bila panas sgt. Tak kira la pukul berapa. Budak tu pon bkn tido lena. So bila panas sangat, saya kejut anak betul2, basah kepala ketiak badan sume. Bagi ubat, tidokan balik. Setengah jam kalau panas balik, bwk pi toilet lagi sekali. Budak kecik tu sangat membenci towel basah di kepala. Boleh amukan ablasa. Sebab tu la saya siram je dia ngn air kat toilet. Senang. Risau sangat bila kepala dia panas, takot la efek otak ke. Banyak kes kan demam panas dpt kerosakan otak lah, sawan lah, ish macam2. Scaryyy..tsk. Bila budak demam, basahkan armpit ngn celah kelangkang (eh kelangkang ke? ke kangkang je?) dia. Cepat suhu tu turun.


Tapi saya di office, sungguh tak keruan. Tadi masa hantar kat nursery, panas dh turun. Cikgu kata nak call kalau dia demam. Tak call pun lagi. Manageable la kot. Jap lagi nak call lah.
And kepala adala ting tong. Tido adala sejam dua je. Nasib baik tak terlajak. Dah la semalam penat sangat.
Harini nak cuti masak. (Hint husband)


Oh dah ingat dah kenapa penat sangat. Semalam 'BFF' kami datang rumah. Sibuk tau husband pon nk ada 'BFF'. Pastu nak ajak datang umah jugak. Eh padahal husband tak ajak pon, diorang yang nak datang hahaa. Tapi 'BFF' saya, mmg saya ajak. Malas nak keluar anak demam tak sihat jumpa kt rumah lagi selesa kan. Tapi langsung tak amek gambar kerana menghormati permintaan kawan baik yang merasakan dirinya amat hodoh sekali ketika berbadan dua. Standard ar preknen kan, msti la hodoh2 sket sebab nanti anak ensem ngn cun macam ank2 saya. HAHAA.


Saya juga mode anti camera, sebab saya sedang mengalami pertambahan berat badan secara rela.
Rela la sangat. Lalu segala lelemak bersuka ria memunculkan diri. Amek gambar je delete, amek gambar je delete, pastu salahkan camera murah gmbar tak cantik. Padahalllll..dush!


Ha cikgu dah msg kata Ireen dah mkn ubat, tapi tak demam. Lega sikit.


Adeh kepala sakit la x cukup tido. Mood takde. Nak masuk HRMIS tapi load macam siput. Korang tau x HRMIS. Gomen servant je tau. Yang tak tau google la ye kalau rajin. 


Eh lupa satu lagi. Yang dinanti tu dah kunjung tiba. So confirm la Ireen belum boleh tukar panggilan jadi kakak lagi. Ahaks!.




Ok Bye!





Friday, December 2, 2011

Ryann Performing Solah



Ni solat Maghrib sebenarnya, tapi niat solat Asar je yang dia hafal. Asar pon Asar la nak oi. 
Video terpaksa di bahagikan atas sebab-sebab Ireen kacau. Kalau dia solat dengan Amsyar sepupu dia, lagi kelakar. Tapi tak dan nak rekod. Dedua claim dia la yg betul, ko salah. Hahaha..lenkali lah rekod yang tuh.












Tuesday, November 29, 2011

BBIM


Rata-rata blogger mummy yang ada anak lebih kurang 3- 6 tahun sibuk duk hunting kindergaten/day care/kids center untuk anak masing-masing. Saya tidak terkecuali. Ryann next year 5 tahun. Dari umur dia 6 bulan, kami hantar dekat Generasi, Putrajaya. Konsep dia macam baby to 2 years, satu rumah, tapi baby tingkat bawah, 1-2 tahun tingkat atas. Bila masuk 3 tahun, pindah rumah sebelah, still playschool konsep. 4-6 years pulak tadika dalam 1 building, separated by classes, agak besar, comfy and cosy. Ireen pon dekat situ jugak, the baby house. 

So far kami memang sangat berpuas hati dengan Generasi, nothing to complain, lagi nak berterima kasih dengan mereka sebab Ryann pandai banyak bende since skolah kat situ. Bacaan solat semua dah hafal, surah2 lazim pon dah hafal, walaupun dia belum pandai Iqra'. Of course lah sebutan dia belum betul, tapi upon seeing he performing the solah, hati ibu nih memang cair giller. Alhamdulillah, thanx a lot to all the teachers at Generasi. Macam2 lah lagi kan kepandaian dia hasil bersekolah di sana. Kids are very easy to memorize something especially when they keep listening to it everyday tambah2 bile melodically. Jenis2 ada irama ni memang senang lekat kat otak budak kan. Yes he still can't read, I'm expecting when he is 5 nanti, pandai la baca Insya Allah.

Bila dah almost 4 years Ryann dekat situ, we're thinking to give him a new environment. Bukan tak suka Generasi, cuma we think that he needs a new environment. Lagi satu our concern is English learning..plus montessari. So our total concern in package are - English medium, montessari, Islamic, daycare and of course affordable dengan poket kami. Saya bukan banyak duit, kaya jauh sekali, (tapi doakan la kami kaya haha) jadi saya akan pastikan duit yang kita keluarkan (mahal or murah) itu berbaloi. Kalau bukan english medium, might as well remain dekat current kindy yang cheaper. I did a little reading on montessari, and baru tau yang kebanyakan well-known kindy bukan montessari konsep. Saya almost give up dengan montessari hunting. Yang ada pon jauh. So we search high and low, survey merata, call sana sini, and hampir2 nak enroll for CIC (Children Islamic Center) or Q'dees. I tell you this kindy hunting wasn't easy at all. Pening sangat. Until a friend of mine suggest me to survey the Brainy Bunch Islamic Montessari (BBIM). 

Anddd..saya rasa memang inilah yang saya carik selama ini. All in a package! Alhamdulillah..upon browsing the website yang sangat menarik, nampak ada brunch baru nak bukak dekat Puchong and Putrajaya for 2012. I guess our hunting come to the end. Last Sunday we attended the BBIM's open day, and we 100% confirm and satisfied with the programme they offer.

But apart from that, we just don't know how to tell the teachers, that we won't be sending Ryann to them by next year. Cikgu2 tu mesti sedih sangat, especially Cikgu Ekin yang sayang sangat dekat Ryann. They are so close to us, just like family. Seriusly tengah tulis ni pun saya rasa sedih. Kebanyakan cikgu dekat situ very loyal, imagine since Ryann baby sampai sekarang diorang memang di situ. Yang jaga masa Ryann baby, orang yang sama jaga Ireen now. They sure have a very kind and smart employer I must say. 

Takpelah at least Ireen masih dekat Generasi. Bila ada apa2 event still boleh datang and they still can see Ryann. We can't afford to send both of them at BBIM for now, so for the time being, Ryann sorang je dulu. Yang sorang ni pon will cost us double of what we are spending now. Tengok lah rezeki macam mana, 2013 Ireen boleh follow abang, Inysa Allah. Eh ke time tu Ireen dah ada adik?? Wah! hahahaaaa..

This post bukan untuk brag2 pasal sape hantar anak skolah apa, orang hantar skolah tu ko pon nak hantar skolah tu. Nothing at all. Ini hanya satu usaha dari kami, untuk menyiapkan keperluan anak, mengikut apa yang kami rasa mampu dan mengikut apa yang kami rasa perlu. Besides, entry ni jugak boleh jadi panduan parents out there yang tercari2 kindy yang bersesuaian. I spread out what I think is good.

Till then,
Ok Bye!






  

Wednesday, November 23, 2011

Harness



Salam, (Baca as Assalamu'alaikum ok. Itu short form sahaja)


Eh selalu lupe nak bagi salam bila post entry baru. Kadang2 je teringat macam harini. So lain kali kalau saya terlupe u oll terus je la jawab Wa'alaikuMMUSSalam (Bukan Wa'alaikum salam yang selalu kite sebut) yea? hehe.


Last weekned kami jalan-jalan KLCC. Dah lama giller tak jejak kaki kat KLCC. Serius lama..ermm..setahun? or more? tapi lama la. Sejak tinggal di Putrajaya, kemudian Puchong Selatan, dan ada anak 2, memang rasa malas nak ke sana, sebab selalunya barang yang saya carik ada je dekat tempat2 yang berhampiran (Pyramid, Empire, OU, IOI dan kwsn PJ yang seangkatan dengannya). 


Tapi kerinduan bau-bauan KLCC sudah terasa..(shoping complex nya bau differs kan? KLCC bau lain, Empire bau lain.. ke korang tak perasan saya je yang perasan?..kah kah)..tambah2 lagi request anak bujang yang dah ke 100 kali mintak naik train.. ("Abang 1 kali je naik train mami..adik kecik dulu..bila kita nak naik lagi??") so daddy decide kita pegi KLCC dengan train. Ye I can forsee trip ke KLCC ni sangat adventurous sekali. Pagi-pagi lepas breakfast terus bersiap. Andd satu lagi kesilapan ialah kami tak bawak stroller pikir susah nk hangkut stroller bagai dengan 2 budak hyperactive dengan sesak orang ramai so plan nak sewa stroller KLCC sahaje.


 Anak and bapak  teruja dapat naik train



Sampai je terus tanya stroller, tapi weekend kan whaddaya expect? harusla fully occupied! Keciwa dan hampa. Ok takpe budak2 masih manageable. Pergi Garrett untuk melempiaskan keinginan. Kenapa lempias eh? Sebab sangat teringin haha. 



Time ni dah penat ok. Baru smpai dah penat. Anak2 berlari-larian seumpama tidak pernah menjejakkan kaki ke shopping complex  -_-' . Lagi-lagi si kecik Ireen. Ya Allah dia punye skill mengelak untuk di tangkap sangat hebat sekali sampai mak surrender. Dan bila dia dah stat naik binatang yang berpusing itu, tak sah kalau tak 3 round. Pastu satu KLCC bergegar dengan jeritan dia yang tak nak turun.




 Ok jom kita tengok fountain dekat park nak?? Makan popcorn tengok air fountain ye anak2!. 
Tapi fountain tak berfungsi itu hari.


 Dah lama tak datang kan, haruslah tawaf satu KLCC. Seminit je terlepas pandang, budak kecik ni dah hilang!  Berderau darah. Jenuh carik and panggil2 dia, nasib baik tetibe muncul je sambil sengeh2. Dia menyorok dalam kaunter braun buffel. Ish rasa nak nanges je tau. Sapa yang kenal Ireen ni tau la dia punye peramah macam mana. Semua orang dia 'hi'. Semua orang dia tegur. Semua bende nak pegang. Curiosity level very high. 


So mummy kene pikirkan safety harness dengan serius. Bile balik cerita dekat mak, mak pon cakap kenapa tak pakai harness. Abang saya dulu memang kene ikat. Time tu kat UK so tak kisah. Problem is masyarakat kita yang masih ada perasaan macam anak kene dera bila kita pakaikan harness. Even saya ternampak from their eyes kita boleh tau ketidak senangan hati mereka tengok parents yang pakaikan harness. Eh what is your problem eh? Bende tu untuk keselamatan, bukan nak mendera or menyiksa anak. Maybe your kids jenis baik duduk diam alolololo tomei, tapi kau tau ke anak kau yang next next next tu jenis active terlebih? Kan. Ryann dulu masa baya Irenn, takde nak melilau-lilau active panjat2..dia type yang very clingy, berkepit bawah shetek mummy doplah 4 jam. Dah besar ni yang baru menunjukkan sifat-sifat kejantanan dan kebrutalan dia. Tapi Ireen dari baby dah nampak potensi untuk jadi very the berani gitu. So tak payah la u nak bagi that kind of 'look' ok. Just accept la bende tu satu keperluan.


 Not a single moment these 2 kids can sit still alolololo tomei. Jangan harap.



 Saya yang sangat capekkkkkkkk. Sukati la korang nak buat apa mummy dah tak kose.




Seriosly tak paham mana budak2 kecik ni dapat energy. Tapi bila dah petang, dua-dua dah start penat, dah mintak dukung. Sekejap je. Pastu Ireen mintak turun sebab banyak sangat bende lagi yang dia nak explore. Ryann je yang dah layu. 


Ok saya nak tengok harness, nak beli online aje. 
Bye!





Wednesday, November 16, 2011

Needs VS Wants



U know when your inner self tells you that you have to have that thing.
And another part of your heart says..u better buy this first..it's at the top of your priority. 
Remember your checklist? Remember? Focus focus.
And so you wouldn't dare to think about that 'thing' because that thing is just a luxury (wants) , not your needs. (as your Abah always told..that is luxury, not a need..please differentiate).
And at a blink your mind wanders about your needs, things that you have to have, because it is a needs. U forgot about your checklist already.
Yeah u need a new bed, a new pillow, new mattress, new TV, new bed sheets, new wardrobe..Oh u need a whole complete sets of new bedrooms (read: bedroom-S). And suddenly u think that your living just need a splash of new colors..And u need a lot of thing for your kitchen and the list goes on. It is just a complete NEED.


If u spend your money to that particularly thing, U will be regretting for the rest of your life, because the same amount of the money plus some extra bucks u could have your dream complete set of a new bedroom..or at least a new KING BED with a new 1000 threads count of bed sheets. 


But still the thing that you want and need is just sooooo tempting. E eh now that thing becomes a wants and needs pulak.


Oh wait I know what is your problem here : You need EVERYTHING. You just can't differentiate..whether it's a needs..or a wants.




P/S - Why la this Galaxy Note is just so damn tempting..and EXPENSIVE. I wanna cry.


Ok Bye!



Tuesday, November 15, 2011

Konserto




teeheeheeeee!

Weekend haritu membizi uruskan Ryann for his konsert. Jumaat malam rehearsal sampai 10.30pm.
Next day start 1.30pm. Ryann akan perform, Ireen akan dapat award. Tak sabar ok nak tengok Ryann dance. Pastu tak sabar nak amek award di atas. Ryann sibuk bagitau adik "adik tengok abang menari tau".
Dalam hati berdoa semoga dia menari dengan baik, jangan lah tetibe nak wat perangai. Tapi last year dia perform ok sangat..xde masalah..so this year I'm expecting better..or at least sama.


My kids getting ready for the event




Receiving the award

And..the climax of the day..





Please2 watch..especially bila sampai minute 2:58 onwards..haha paksa2 orang suh tengok lantak la kan.
Dia tiba2 menangis ok! Pastu saya boleh lips reading mulut dia. Dia cakap sakit perut. (Skill lips reading nih bukan senang ye nak dapat, unless kepada mummy2 semua yang ada anak suka auta haha). 


O'oooo..kami dari gelak2 terus senyap. Straight face. Nervous dah ni. Jangan la kau buat perangai wahai anak ku yang comel..Mummy sangat malu disitu kalau awak nak melalak atas pentas. Serius suspen! Dalam hati berdoa please2 Ryann sambung la dance pleaseeeee! Akhirnya dia berjaya control emosi dan menari sehingga habes. Legaaaa I tell you. Saya pon syak dia menanges sebab dia malu, maybe dia nampak ada orang gelak2 kan dia, maka dia menanges, dan bagi alasan sakit perut. Huhhh mummy know u well son!.


So bila jmpa je Ryann, bila tanya dia kenapa nanges, dia ckp sakit perut. Saya kata abg tipuuu kan..abang malu kan sebenarnya..dia gelak je ok! Sengal ok anak saya. Lepas tu kami tengok balik video tu..haaa..dah dapat jawapan.
Dia rasa dia tak pandai buat twist..lutut dia je yang goyang dan dia tau dia sangat tak cool bile dia buat camtu. Tak perfect..dan tak hensem.
Terus otak dia yang bergeliga tu bagi alasan sakit perut supaya dia tak perlu buat twist yang tak cool.
Bijak kan anak saya??
Adoii la anak.
Tapi saya tetap bangga Ryann ingat step tanpa pandang kiri kanan..dan saya rasa dia sangat comel menari begitu. Hahahaa..
Taun depan jangan buat pangai lagi ok.


Ok Bye!




















Thursday, October 27, 2011

Mini Rumah Bunga..Ke Rumah Bunga Mini..

Salam,


Kesukaan saya adalah  pegi tempat-tempat macam ni. Home furnishing, decors, accessories, dan yang seangkatan dengannya. Suke!
Semalam pergi IKEA just nak cuci mata and cari2 idea. Plan asal nak pergi after asar, nak elak peak hour dan nak elak kempunan tak dapat makan meatball sebab Q panjang. Tapi anak-anak tido dan bangun dekat-dekat pukul 6, maka lepas maghrib terus zassss ke IKEA. Lagi cun sebab memang tak ramai orang..makan meatball dengan tenang.


Biasala kalau dah sampai sana, bende yang tak perlu pon rasa perlu. Eh cantik la kita boleh letak kat bilik. Eh sesuai la letak kat hall. Eh ni kene ada ni sebab kita takde bende ni. 
:D


Jadi husband berkenan dengan sesuatu dan tiba2 kata perlu jugak beli bende ni untuk rumah. Perlu tu maksudnya ada keperluan. Tapi saya tak nampak keperluan di situ. Tiba2 ting! idea saya datang. Saya terus cakap ok la kalau nak beli jugak, kita letak dekat luar, untuk kasuts. Tapi shelf yang atas sekali saya mau letak pokok-pokok kecil untuk hiasan. Husband kata deal (Tengok la perangai husband saya yang mengalahkan bini dia, dia nak jugak beli). Beli juga la 3 pokok kecil yang agak sedih keadaanya tapi sebab itu je yang tinggal rembat sahaja. Menghabiskan masa di IKEA sampai tutup pukul 11pm, sampai rumah dekat pukul 12.
Saya dipaksa untuk teman dia assemble barang yang di beli dan-dan tu jugak. Layankan aje. Susun pokok2.
Lepas tu macam Eh..cantik la letak pokok..cancel lah letak kasut..kita letak pokok sahaje ok husband?? Tetibe rasa nak buat Mini rumah pokok.  I rasa macam nak pegi nursery je beli pokok sekarang. Walaupun pokok memang tak berapa mesra dengan tangan saya, saya tak kira.
Pasang bende tu tengah2 malam, susun2 dekat luar pukul 1am. 
GIGIH! Tadi sape tah yang komplen ngantuk kan? Dia yang hover. Hehe.


Bende apa la tu kan?


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

suke :)


Tu je pon bendenya..eksited lebih..hehe.
Balik ni nak pergi nursery, bile dah penuh pokok saya tepek sini gambar ok?


Ok Bye!!

Thursday, October 20, 2011

Bukan Semua Doctor Macam Ni

Salam.


Hi all.


Anak tecik saya baru je baik demam. 5 hari demam. But batuk still there. Knowing my childrens, memang semua jenis batuk yang ala2 bronchitis, . Memang ikut mummy sian diorang. even Ryann memang sah broncholitis child. 2 kali admitted hospital, once masa 8 bulan, 2nd masa..err.. setahun lebih kot. Now pon dia memang dah pakai inhaler. And dulu sebulan tu at least sekali MESTI ryann akan pegi hospital (emergency) tengah-tengah malam untk amek NEB, amek darah, wheezing yang severe and high fever. Inhaler dah tak lut. But Alhamdulillah, so far Ireen belum pernah admitted, setakat amek Neb dekat klinik je. 


Tapi Ireen pulak, since umur dia 14 months, ada Otitis Media-telinga bernanah. Everytime dia batuk and flu, telinga akan nanah. Both telinga, tapi yang kanan lagi teruk. So dia dapat treatment ENT Specialist at Putrajaya hospital. Doc cakap, everytime dia batuk, dia MESTI makan antibiotik AUGMENTIN, to prevent Otitis. So ok la, dengar cakap doctor, batuk je, sumbat augmentin. And for the past 2 months, bila batuk, telinga dah tak bernanah. So stop Augmentin. Kalau dia demam sahaja, tak risau sangat, tapi kalau dia demam and batuk, saya memang risau. Batuk dia memang saya tau sempit. 


By the way haritu dia demam and batuk, bawak pegi klinik on the 3rd day demam. Doc cek tekak telinga paru2 semua ok, so continue ubat demam and batuk je katanya. But demam tak kebah, batuk worsen, so the 4th day balik kerja terus bawak klinik near my house. 1st time pegi situ.


Doc: Dah 4 hari demam, kene bawak hospital amek darah ni, takut denggi.
Me: Ok nanti saya bawak pergi hospital. Paru2 dia ok ke?
Doc: (Cek paru2 pkai stateskop). Ada kahak..bunyi.
Me: So....? 
Doc : (Silence)
Me: Kene start antibiotik ke?
Doc: Nak start? Boleh. nanti saya bagi antibiotik.
Me: Augmentin ke?
Doc: Kalau nak augmentin, boleh.
Me: Kalau bkn augmentin, doc nak bg antibiotik apa?
Doc:  (Sebut nama ubat-can't recall)
Me: Sama ke dgn augmentin?
Doc: Tak sama. Low sikit. Tapi kalau parents mintak yang kuat, kita bagi la yg kuat (Augmentin)
Me: Ni perlu NEB tak?
Doc: Nak neb? boleh


At this point, saya dah hangen. U should consult me, bukan haku yang tanya-tanya.Tengok muka husband pon dah berangin, lebih baik saya cantas dia sebelum doctor tuh kene sound. Kang tak pasal-pasal  Dr tu bagi dia nye title doctor dekat Husband jadi la husband ku Dr Iezam.


Me: Saya bukan nak ke taknak ke..saya mana tau tahap severe anak saya ni. Doctor yang tau!
Doc: Tak la, kalau u nak neb, saya boleh bagi, kalau taknak, tengah2 malam nanti boleh datang klinik kita 24 hours.
Me: GRRRRRRRRR....
Hubs: Saya rasa baik neb la nanti susah pulak dia nak tido.
Doc: Ha ah.. (angguk2)
Me: Lepastu boleh tak continue Salbutamol? dia ada salbutamol kt rumah.
Doc: Sama je, Neb tu pkai gas, salbutamol tu makan, fungsi sama
Hubs: Yela tau.  Sekarang ni kita neb, sok baru bagi salbutamol.
Doc: Ha camtula.


GRRRRRRRRRRR. Ko nih doctor ke, penjual ubat??? Saya ni dah biasa sangat dah dengan penyakit anak, dah tau dah hari ke berapa kene amek apa, kalau tak baik jugak kene buat apa, nasib baik la kan. Buatnya parents yang tak biasa..?? Apa yang ko nak consult? Berat mulut sangat..tunggu orang tanya baru ko cakap. Serius la memang macam tak layak jadi doctor.



After Neb, before keluar consultation room
Me: Doctor, saya nak ubat bontot jugak.
Doc: Ubat demam??
Me: Ubat bontot untuk demam la
Doc: Boleh





Sungguh la amarah.
Pangkah klinik tu.


Tapi tak semua doktor camni.
Bye!.



Wednesday, August 10, 2011

Slow ke?

Bulan puasa ni, jam sangat teruk. 


Bukan dkt jalan raya, tapi dekat parking ofis saya. From parking to entrance paling kejap 1/2 jam. Lepas tu jam nak ke percint 9 tuh. Eh saya ni bab2 drive mmg krg kesabaran. Mulut x banyak bising sangat tapi x leh diam ikut je traffic. Saya mesti nak mencelah/menyelit. Pernah kawan lelaki yang saya baru kenal dekat induksi, panggil saya pempuan baik punye cilok sebab dia drive blkg kereta saya tanpa saya sedari dari hiway MEX Putrajaya - KL. Hehe.


Saya balik pukul 5, so dpt keluar dari kompleks ofis yg parking mcm harrrr ni 530. Terus fetch anak2 and sampai rumah 6pm.
Tukar baju, breastfeed Ireen, terus bersilat di dapur. Ok normally saya akan masak 3 jenis lauk yg simple. Saya bukan pandai masak dan bukan suka masak sangat..haha. Tapi husband saya kalau beli lauk di bazar, dia akan makan hanya secubit dan selebihnya buang. Beli satu lauk RM2 je, bkn byk. Maka gigihlah saya memasak yang simple2. Asalkan husbnd saya sangat suka masakan saya so okla kan.


Macam semalam saya masak 3 ekor ikan cencaru sumbat sambal belakang berkicap (panjang kan nama menu ni haha), sayur tumis kangkung dan sotong 3 rasa. Lepastu saya goreng kuih2 frozen. Buat air panas dan sejuk, hidang2 semua, ngam2 730 azan baru siap masak + kemas dapur yang mana sempat. .Terduduk kepenatan. Lampu otromen dah blink2 hampir malap menunjukkan tenaga saya dah nyawa2 ikan.


Haritu saya masak udang lomak cili padi, sayur campur, telur dadar  dgn goreng karipap
Haritu lagi saya masak bayam lemak putih, ikan kembung masak taucu, sambal terung, makaroni goreng - eh yg ni saya masak 4 jenis laaa.
Haritu lagi lagi saya masak sup sayur, sambal udang, dgn ape eh x ingat la 1 lagi dgn goreng popia.


Soalan dia kat sini, saya nak tanye la..slow ke saya masak??
3 jenis lauk + masak nasi + goreng kuih + kemas dapur + basuh periuk belanga + buat 2 jenis air + hidang
(Yang gangguan wajib anak2, tarik2 baju menangis2 x kasi masak, yang bergaduh kat dapur berebut botol mineral kosong nak buat kompang, yang carik sudu garpu sume hilang rupenye anak sorok dalam fridge,yang tumpah air tumpah yogurt pecah2 kan biskut utk hiasan lantai dan gangguan2 lain perlu di consider)


Saya rasa saya dah sehabis pantas dah macam Nasha Aziz dalam citer Super Mak. Dewa keleng byk tangan pon kalah.


Lepas solat2 sume jangan tanya saya kat mana. FENGSAN!


Slow ke??
Bye!





Friday, May 20, 2011

Within Our Will, With Our Best.

Salam,
Bile hari Jumaat je mood nk update blog teros datang. Why la eh?
Hari lain xde plak semangat sangat. 


Sebenarnya I wonder la how every mommies divide their time?


Everyday saya rasa macam x cukup masa. And penat. Bila smpai rumah around 630 terus bfeed Ireen, than tukar baju sume sambil kuarkan apa2 yang patut utk masak. Kalau x masak still prepare apa2 utk tea time. My husband mmg kne minum petang.


Lepas tu duduk minum2 kejap smbil layan ank2 sambil tengok tv. This is most crucial time nak2 bile kita start follow citer kt TV3 drama Nora Elena. Because time ni anak2 memang amek kesempatan nak manja2 n attrack our attention. They have a lot of stories to tell, in their own way. Time ni jugak abang and adik tu menunjukkan kerinduan masing2 dengan bermain bersama2 smpai last2 bertumbuk, berguling dan sebagainya. Ireen lagi ganas dari abang dia, mind u. Grrrr!


Me n hubs pon nk update kisah masing2 dekat ofis seharian. Memang we all kadang2 x boleh nk bercerita sebab melayankan anak2. I sampai cakap dkt Ryann " abang, diam kejap boleh tak mami nk cakap dengan dedi." Then dia diam I pon borak ngn husbnd sekejap je then Ryann pulak "Diam2 sume abang cerite pulak" Gosh!


Then mandikan Ireen, mandikan diri sendiri, solat Maghrib, dinner ke tiba2 tengok jam dah pukul 9+. Anak2 dah start merengek than put Ireen to sleep which kadang2 smpai 1/2 jam baru dia tido. Lepas tu Ryann pulak take turn nak nenen dengan Mummy, trus nak sleep. Tu pon kalau dia tak menangis2 sebab dia saje suka nanges. Dia memang sukeee nanges ok. Ish kdg2 stress. Bukan kadang2 tapi selalu. Ok dah pukul 10 lebih. and kadang kala saya baru nk mandi pukul 10 ye, sebab anak2 cranky and all.


Then teros solat Isya', Iron my baju, n Ryann's uniform, jemur baju and lipat baju kalau larat. Pukul 11 dah.
Prepare kids bag for tumoro, than baru nk tengok school beg Ryann. His school ada provide communication book, for teachers and parents to write whatever we want. Teacher remind ada homework ke, or I nak bagitau yang Ryann kene makan ubat ke, whateva la. So dah malam2 baru teringat communication book and his teacher suruh I read him the English Book1 everyday. Nak read macamana dah kroh kroh dah Ryann tido. Settle sume me and hubs pon tdo and the clock struck 12 pon kdg2 ada je lg bnde nk buat.


So this morning on my way to send kids to school, I read Ryann the English book. 3 minutes je Ryann dh boring. Dia lagi suke cerita about surronding. like "kenape uncle tu tak pakai baju work mami", "Uncle tu naik train nak pegi mana mami", "Bas tu kenape color blue?", "Nape car tu stop?", Uncle tu work dekat mana mami?" -______-


Everyday is like that and I wish evreyday is more than 24hours!. Macamana parents out there ye? Itu pon  kids belum start skolah which is kene tengok kan homework, kene ajar ngaji tiap2 malam just like my parents did..ni diri sendiri nak ngaji pon tak sempat..tsk.. Ya I tau itu bukan alasan. So how la? Abah kata kalau tak smpat sangat nak ngaji, amek Al-Quran and peluk with regrets, sbb x sempat. AT LEAST. but itu pon kadang2 saya tak buat. :( .


I just hope and pray, Allah gives us the strength to raise our kids, with what is supposed a kids to be raised, within our will, with our best. I sure do hope that we can be a real Role Model for our kids, ukhrawi and duniawi, Insya Allah. This world is soo challenging, hence the worries. Jadikan anak2 kami, anak yang soleh and solehah, berjaya dunia dan akhirat. Aminnnn! 



Friday, April 8, 2011

Confession

I have a confession to make.








Errr ..............  I rarely cook. hihi..


On the weekdays I cook only 2-3 times.
I have a very good reason to that.


When I cook for dinner once I got home from work, my hubs have to look after the kids, both kids.
He bath them both, and later he will do other house chores, while keeping his eye on the kids. My kids are super active I tell you..especially Ireen. They can turn my living hall into kitchen just in a blink..haha. Super fast. Segala periuk belanga senduk pinggan mangkuk sume dia hangkut pegi depan. Nice.


And being my hubs, he can't stand with mess. Sakit mata katanya. When the kids shows the boring sign and start to look for other toy, he will kemas2 all the mess. But being kids pulak, cannot see things that nicely put and arranged, so they happily mess them, again and again until I done my cooking. My hubs are all exhausted by then.


So when I ask him what to cook today, he went "Tak payahla masak, I penat la kalau u masak, besok masak balik". 
*Wink Wink.


Very good reason right?  :)




Anyway yesterday was my cooking day, so today I don't have to cook. 


 terung masak tauchu - hubs favvy


kari ikan merah - my favvy

Sedapnya I masak...
Ok Bye!