Thursday, October 27, 2011

Mini Rumah Bunga..Ke Rumah Bunga Mini..

Salam,


Kesukaan saya adalah  pegi tempat-tempat macam ni. Home furnishing, decors, accessories, dan yang seangkatan dengannya. Suke!
Semalam pergi IKEA just nak cuci mata and cari2 idea. Plan asal nak pergi after asar, nak elak peak hour dan nak elak kempunan tak dapat makan meatball sebab Q panjang. Tapi anak-anak tido dan bangun dekat-dekat pukul 6, maka lepas maghrib terus zassss ke IKEA. Lagi cun sebab memang tak ramai orang..makan meatball dengan tenang.


Biasala kalau dah sampai sana, bende yang tak perlu pon rasa perlu. Eh cantik la kita boleh letak kat bilik. Eh sesuai la letak kat hall. Eh ni kene ada ni sebab kita takde bende ni. 
:D


Jadi husband berkenan dengan sesuatu dan tiba2 kata perlu jugak beli bende ni untuk rumah. Perlu tu maksudnya ada keperluan. Tapi saya tak nampak keperluan di situ. Tiba2 ting! idea saya datang. Saya terus cakap ok la kalau nak beli jugak, kita letak dekat luar, untuk kasuts. Tapi shelf yang atas sekali saya mau letak pokok-pokok kecil untuk hiasan. Husband kata deal (Tengok la perangai husband saya yang mengalahkan bini dia, dia nak jugak beli). Beli juga la 3 pokok kecil yang agak sedih keadaanya tapi sebab itu je yang tinggal rembat sahaja. Menghabiskan masa di IKEA sampai tutup pukul 11pm, sampai rumah dekat pukul 12.
Saya dipaksa untuk teman dia assemble barang yang di beli dan-dan tu jugak. Layankan aje. Susun pokok2.
Lepas tu macam Eh..cantik la letak pokok..cancel lah letak kasut..kita letak pokok sahaje ok husband?? Tetibe rasa nak buat Mini rumah pokok.  I rasa macam nak pegi nursery je beli pokok sekarang. Walaupun pokok memang tak berapa mesra dengan tangan saya, saya tak kira.
Pasang bende tu tengah2 malam, susun2 dekat luar pukul 1am. 
GIGIH! Tadi sape tah yang komplen ngantuk kan? Dia yang hover. Hehe.


Bende apa la tu kan?


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

suke :)


Tu je pon bendenya..eksited lebih..hehe.
Balik ni nak pergi nursery, bile dah penuh pokok saya tepek sini gambar ok?


Ok Bye!!

4 comments:

~Mrs Fred~ said...

Cian pokok2 ni nanti mati..hehe

sha said...

kalau mati beli lain..hahahaaa!!

yana halim said...

Scindapsus aureus sgt senang dibela. Konfem susah mati. Dun worry. Takmo bubuh dalam tanah, dalam air pun membesar dgn sihat. Dracaena Fragrance pun senang bela. Jangan kena panas je. Selamat jaga pokok. hehe

sha said...

tuh dia pakar pokok dah komen hahaha. tak sangka pokok2 tuh sume senang jaga gud2. kne beli yang ssh nk mati cmni lah