Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya and Happy Holiday!


Tengah menghabiskan masa chatting wif few frens yang dah lama tak borak.
Nak catch up their updates pasal raya.
Balk kg mana, raya mana, brape hari, jemput datang rumah. hehe
Pastu nanti bila raya rumah kawan-kawan,
Anak ko umor dh berape dah ni yea? Alahai dah besar..dulu ingat lagi bla bla bla..
Indahnye jumpa kawan-kawan lama yang setahun tak jumpa tapi still mesraaa gitewww..
Korang..aku dtg nanti masak best2 ye..nak makan. Kalau datang umah aku nti aku hidang muruku. Sedaapp.
(Sila sepak saya lite-lite)

Ok di kesempatan ini, saya, husband, anak-anak ingin Mohon ampun dan maaf kepada sapa-sapa yang kenal kami. Sepanjang kita kenal, mesti la ada terkecik hati ke, sakit hati ke, rasa tak puas hati ke..apa-apa la yang melibatkan hati..maafkanlah kami. Drive safely, semoga selamat balik kampung dan selamat balik rumah balik. 

Happy holidays people!!!! Yeayyyy!

Bye!


Wednesday, August 24, 2011

Entry Rojak Lagi

Salam.


Saya ada banyakkk sangat entry tertangguh. Bila dah tangguh malas la nak buat.
Sekarang mood nak cuti sudah mari. Bukan mood raya, tapi mood cuti.
Mood raya biasa2 je la..tak eksaited sgt. Pasal mak abah takde kot. Kat Mekah. Sobsss..


Selalu kan mak hias-hias rumah bila nak raya kan, lepastu bila balik rumah mak..masuk-masuk je ada bau raya.
Errr..tau x bau raya tuh cane? 
Bau cover kusyen baru, bau kapet baru, bau alas kaki baru..kalau ada langsir baru bau langsir baru..bau set bekas kuih raya baru..bau cadar baru (cadar bilik mak je bilik org lain lantak situ). Pastu sengeh-sengeh ckp kt sume org haa umah mak dah ada bau raya. Pastu sume org wt muke pelek geleng2 tak paham.
Oww sebab deria bau saya sangat kuat. Selalu terbau busuk-busuk yang lite-lite org tak perasan tapi saya perasan. 


Contoh: 
Scene semasa buka pintu masuk ke rumah:


I bau masam sket la umah ni.
.. I x bau pon pape
Ada ni mesti ada benda yg masam (sambil selongkar2)
..Mana ada..sampah sume dah buang aritu before keluar rumah
Ha ni ha yg masam. (Nasi basi dalam rice cooker :D )


Cool kan saya?? 

Tadi amek kuih raya yang dah ditempah. Ada 9 balang kau!. 8 balang utk Mak dan mak mertua.
1 balang je untuk rumah saya. 
Tengok.. double cool kan saya??
So tak payah la cari kuih raya kalo datang beraya rumah saya sebab 1 balang je. 


Saya curik gambar-gambar dari SIL saya, dah tertangguh so curik dengan izin ye. Mekasih..


 Specifically requested by Ryann 

 Happy betul potong kek ngn Abg Amsyar


 Ryann kata - Tok Bah malu la tu kene potong kek. Motif nak malu?


 In love~!

 Erna - Amni - Saya - Bang Is


 Mak - Saya - K Yana - Abang


 Bengkok la den kene dukung camtu


 Mak - Abah








Semoga Mak-Abah-Amni-Bang Is dapat mengerjakan umrah dengan sempurna, dan selamat kembali ke rumah.


Bye!





Tuesday, August 23, 2011

Gas - Trik


Tak de mood la..
Tak sihat..
Gastrik..
Muntah-muntah pahit..
Perut pedih-pedih..
Sendawa tak berhenti..

Bye..

Thursday, August 18, 2011

Share Your Wealth



"If u have wealth, share it with those less fortunate,
If u have little wealth, do good and offer kindness and any help u can to those who need it without asking anything in return,
If u need help, accept it from those who give it to you, 
And return that help when u are able at some point of your life to return the good deed"

Source : A Friend's FB Wall 

Pernah tengok video orang Somalia? Sedih? So what is our part? 
Marilah kita sama-sama menjalankan tanggung jawab masing-masing mengikut kemampuan (as said above).
To find out more just click http://irmblog.org/ (Islamic Relief Malaysia).
Semoga kita semua diberkati Allah di atas usaha yang sangat daif ini, Insya Allah.


Bye!


Wednesday, August 17, 2011

Rojak Entry

Salam..


Today as Selangor's public holiday, my hubs kinda pursue me to take leave so that boley bercuti bersama-sama. Tapi tidakla as I'm planning to take leave on Friday or next Monday.  Kereta saya hubs bwk workshop for MAJOR service. Semua bende kene tukar. Absorber, Belting, Brake Pad, Chamber, Tyres (all 4 of them), Aircond service..err sume lah u just name it. Just about an hour ago he told me that both of my brake pump already leaks, so kene tukar. Ada jugak eh brake pump. Ingatkan brake pad je. Apekebende lah lantak situ sume mau mintak tukar. Kereta pon nak raye ke. I'm officially broke. Uwawawawawaa... 


Weekends are just too tight we don't even have time to shop. So kalau cuti either Friday or Monday bolehla pegi shopping. Plus if weekdays we could leave the Darnis(a) beradik at their nursery so shopping will be much easier n faster. Satu hape pon belum beli kesian ank2 belum ada baju raya mak dia xpe la lagi kan eh tapi mana boleh mak dia nak jugak baju raya.  This year I did not tailor made my kurung for raya. Sebab plan asal just nak pakai baju masa Gurl's and Ilmam's wedd. (Teringat I have not blog bout ilmam's wedd yet). Tapiiiii.....mcm dah bosan pulak so kene jugak beli baju siap. But the thing is hand made baju are sooooo expensive I wanna cry. Material and design biaseeee je tapi harga aiseyman boleh pengsan. And macam takde mood nak pikir baju raya sangat as my parents, abang is and Amni will be going umrah this Saturday. Raya ke 4 baru balik. So raya without them so sedih. Sedih tak dapat ikut pon 1 hal la jugak. Tskk..Tapi happy for Bang is and Amni akhirnya dapat jadi tetamu Allah.


Tadi bloghop so bukak 1 blog ni tunjuk kuih putu piring. Oh my favvy. Segala putu2 sume my favvy terus teringin. Maka harini plan nak terjah Bazar Putrajaya. Yeah for the 1st time in this year nak pegi sana. Last year we stayed at Putrajaya so memang selalu pegi sana but this year dah jadi Puchong's resident, bazar tak meriah but price wise cheaper than Putrajaya. I just don get it why la Putrajaya mesti mahal padahal sume pon government servant and as we know org gomen bukan la kaya kan. Huh tak paham!. Harini  tak payah masak, beli je semua. Wink wink!.


Duit raya pon belum tukar lagi bende ni la yang paling malasss sangat nak buat. EEEee just thinking of it saya dah malas dah. Kan best kalau keje dekat bank no hassle beratur panjang2. Time ni la ko nak keje bank eh. Kuih raya pon belum beli. Every year tak habis so my hubs kata tak payah beli. Tapi I nak beli jugak hihi. Nantilah beli je kat mana-mana.


Eh haa..Levi's skrg kenape x cun dah eh? Dah lama x tengok2 levis now dah pelik2 la cutting dia. Sungguh la tak berkenan. Kene tengok jeans lain la pulak.


Ok lah till then.
Bye!











What's Your Flava

Currently in love with this





Nak lagi..


p/s - Birthday saya bulan depan. 


Bye!



Monday, August 15, 2011

Brilliant. Enuff Said

Salam 15 Ramadhan.
15 Ogos 2011 = Abah 60!

Entering 60. Taken last month, on Ilmam's wedding


Sayu lagi..
Abah dah tua lagi setahun. Semoga Abah panjang umur, dan dikurniakan kesihatan yang baik. Itu je la yang seorang anak mahukan. Amiin.

Btw, came across this 1 article, dapat from facebook. A very young kid, but with a brilliant brain. If you want to read, read till the end. Jangan skip. Then only you can conclude, or comment. Of course u have all rights to agree or not to agree with him. We are in the 'democracy' country :D .

Please do read:

Surat Seorang Remaja Kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib



I am hardly trying not to show or express any of my opinions on Malaysia politics, in my blog. I just don't prefer. But this sentence may express my standings on Malaysia politics. Got it from Nabila, a friend of mine, and I just couldn't agree more : Politics are just like a diaper. And it should be change for the same reason. (Read with your own risk).

p/s - Semalam berbuka dengan Bakso nenek masak. Terbaik lah.

Bye!

Friday, August 12, 2011

He was chosen



I am emotionally disrupted by watching this video below.














Such a lucky person he is..chosen by Allah
To be granted such Hidayah.




Ya Allah please bless us too, helps us and guide us to your path, to a better Muslim.
Insya Allah..Amiinn..



Thursday, August 11, 2011

Kezutan..?

Kezutan u olls..
I dapat invitation berbuka puasa dari VVIP...






























































Ko ado?
Nan ado..
I sorang je dijemput kt ofis nih..
PM kenal I u ollss..
Feeling very da important gitewwww..





Hahaha..
Yo yo la tuh sorang..
Semua pegawai dijemput ok..
Gigihla dia taip sorang-sorang nama pegawai
Bersungguh-sungguh menjemput.

I nak pegi lah..
Bukan sebab nak makan free..
Bukan jugak sebab nak jumpa Najib..
Bukan jugak jugak nk jumpa Rosmah..
Tapi I nk tengok sesuatu u olls...









Cincin terhangat spekulasi seantero negara..
Cincin USD 24M = RM 72 juta u olls..




Harap2 la dia pakai haritu.
Hihi..

P/S - Dorang kata sape tak pegi tak dapat bonus. Takut u olls..Terpaksa la I pegi..

Bye!

Wednesday, August 10, 2011

Slow ke?

Bulan puasa ni, jam sangat teruk. 


Bukan dkt jalan raya, tapi dekat parking ofis saya. From parking to entrance paling kejap 1/2 jam. Lepas tu jam nak ke percint 9 tuh. Eh saya ni bab2 drive mmg krg kesabaran. Mulut x banyak bising sangat tapi x leh diam ikut je traffic. Saya mesti nak mencelah/menyelit. Pernah kawan lelaki yang saya baru kenal dekat induksi, panggil saya pempuan baik punye cilok sebab dia drive blkg kereta saya tanpa saya sedari dari hiway MEX Putrajaya - KL. Hehe.


Saya balik pukul 5, so dpt keluar dari kompleks ofis yg parking mcm harrrr ni 530. Terus fetch anak2 and sampai rumah 6pm.
Tukar baju, breastfeed Ireen, terus bersilat di dapur. Ok normally saya akan masak 3 jenis lauk yg simple. Saya bukan pandai masak dan bukan suka masak sangat..haha. Tapi husband saya kalau beli lauk di bazar, dia akan makan hanya secubit dan selebihnya buang. Beli satu lauk RM2 je, bkn byk. Maka gigihlah saya memasak yang simple2. Asalkan husbnd saya sangat suka masakan saya so okla kan.


Macam semalam saya masak 3 ekor ikan cencaru sumbat sambal belakang berkicap (panjang kan nama menu ni haha), sayur tumis kangkung dan sotong 3 rasa. Lepastu saya goreng kuih2 frozen. Buat air panas dan sejuk, hidang2 semua, ngam2 730 azan baru siap masak + kemas dapur yang mana sempat. .Terduduk kepenatan. Lampu otromen dah blink2 hampir malap menunjukkan tenaga saya dah nyawa2 ikan.


Haritu saya masak udang lomak cili padi, sayur campur, telur dadar  dgn goreng karipap
Haritu lagi saya masak bayam lemak putih, ikan kembung masak taucu, sambal terung, makaroni goreng - eh yg ni saya masak 4 jenis laaa.
Haritu lagi lagi saya masak sup sayur, sambal udang, dgn ape eh x ingat la 1 lagi dgn goreng popia.


Soalan dia kat sini, saya nak tanye la..slow ke saya masak??
3 jenis lauk + masak nasi + goreng kuih + kemas dapur + basuh periuk belanga + buat 2 jenis air + hidang
(Yang gangguan wajib anak2, tarik2 baju menangis2 x kasi masak, yang bergaduh kat dapur berebut botol mineral kosong nak buat kompang, yang carik sudu garpu sume hilang rupenye anak sorok dalam fridge,yang tumpah air tumpah yogurt pecah2 kan biskut utk hiasan lantai dan gangguan2 lain perlu di consider)


Saya rasa saya dah sehabis pantas dah macam Nasha Aziz dalam citer Super Mak. Dewa keleng byk tangan pon kalah.


Lepas solat2 sume jangan tanya saya kat mana. FENGSAN!


Slow ke??
Bye!





Tuesday, August 9, 2011

He is 4!



There goes my status today. Sangat sayu sebenarnya.


Last night when the clock struck 12, me n hubs lari2 masuk bilik wishing him birthday even tho he's sleeping. We whispered our doa to his ear, strongly hope Allah akan makbulkan..Amiin. 
So I stared him, hugged and kissed him a lot. Oh my he is so long now hehe..penuh katil. Yes my mind wandered to 4 years back, the moment I gave birth to him..the feeling that was indescribable. 1st time to feel the experience, the labour pain, and the feeling of being a MOM, for real. Bliss..


..Abang nk present ape for birthday?
Abang nak kek ben10, jam ben10, dengan basikal. Kek Ben 1o warna green.
..Pilih 1 je..jam Ben10 ke basikal?
Ala abang nak 3!


Mami  abg dah big la mami shoe abg dah ketat
..yeke?
Tengok ni dh ketat
..ok nanti mami beli baru ok
Nak shoe green tau, blue abg taknak.
.. -__- 




Ryann Darnis is a very fussy kid, since he was a baby. Dia kuat nangis and nangis kuat - Ciwek!. On my confinement period, he refused to sleep and cries from 7pm-2am every night. It was like a nightmare to me-us. Whenever he sleep, we easily get mad with the people around who make noises, because to put him to sleep takes forever n he easily wakes up even with the sound of the creaking door. Yes that bad.


Speaking of his fussiness, I don't know how to explain. Tapi situasi di bawah maybe dapat menjelaskan keadaan:


1. Some of drawers, ada handle yang boleh naikkan and turunkan. Ok dia x boleh tengok mana2 handle drawer yang ternaik. Semua mesti turunkan. Bila dia pass by drawer macam tu, dia akn patah balik and betulkan. Sejak dia kecik dia buat amcam tu.


2. Same goes to pintu almari (slide). Saya selalu tutup pintu almari tak rapat, itu kepantangan husbnd saya :P. And juga kepantangan Ryann. Dia akan tarik pintu tu tutup betul2. :D


3. Alas kaki/ mat. I like to crumple the mat with my leg while cooking, sbb kaki saya suke nak geli dgn lantai dapur bile tgh masak. Bila saya pegi tempat lain ie-fridge, dia akn betulkan balik alas kaki tu seperti yang sepatutnya. Everytime ok.


3. Haritu mak saya basuh semua alas kaki rumah saya, masa saya berpantang Ireen. Ryann tgh nanges, sambil masuk dapur, tetibe stop nanges terus tanya. "mami mana lap kaki kt sini?" Saya tengah confuse dia boleh stop nanges nk tanye bnde tu je smbil jwb "Umi wash..belum kering lagi". "Oh.." sambung nanges balik. Boley??


4. Kami datang rumah kwn saya. Ryann terus cakap "Mami kipas tu sama dgn kipas bilik Tok Bah.." Budak 2 tahun lebih boleh datang rumah orang tgk kipas?? and dia ingat kipas bilik tok bah macam mana
 -__-.


5. And dia mat smart. decide sendiri baju apa nak pakai. Sukeee sangat jeans. That day after bfast dkt s alam, we all terus nk balik rumah. Tapi dia nanges nk ikut unty n uncle to klcc. So trpaksa lepaskan, and dia pegi sana dengan baju rumah + slipper. Smpai klcc dia kol dedi "Dedi sume org pkai shoe dgn sox abg je pkai sliper. abg x pkai jeans. dedi ni lupeee je nk bwk jeans abg" Sape suruh nak ikut kan..


6. And the list goes on..byk sgt kejadian x larat nk tulis hehe.




Ryann 8 months


 Ryann 10 months


  Ryann 10 months


 Ryann 6 months

Ryann 1 year

Ryann 2 years

Ryann 3 years

Ryann 4 years old belum snap pix lagi. Later k.

Ryann Darnis, mummy, daddy and adik Ireen loves u so much!!
Happy Birthday!!

Bye!

Wednesday, August 3, 2011

JB + Gigi

Salam..
Hi all. been a while kan takde update.
Sebenarnya..sibuk + malas + xde masa + lame excuses yg biasa saya bagi tiap kali tak update blog :P.


Oh haritu saya dapat merealisasikan impian saya yang ni. Alhamdulillah tercapai jugak.


Btw last week sangat horror sebab :


1. Saya cabut wisdom tooth kanan through minor surgical on Rabu 9am (27 Julai 2011). Dapat mc 3 hari.
2. Lepas settle surgery terus balik rumah and packing beg untuk 4 beranak..by 3pm, fetched ank2 from school dekat Putrajaya and off to JayBee. Kenape pergi jgk even baru lepas cabut gigi? Yela kalau tak ikut nanti duduk rumah jaga little monster 2 orang tu sorang2 tanpa husband...dengan sakit gigi. Ko sanggup?? Hakak x sanggup u olls.
3. On the way bius dah hilang, sakit pun datang. Anak2 bosan dan penat dalam kereta buat hal nanges2 mengamok2 + saya kesakitan gigi. Nice!
4. Oh dan saya tak boleh makan sbb sakit and still darah keluar, gauge (yeke spelling cmni?) pun masih dalam mulut. Maka kelaparan sepanjang perjalanan. Super Nice!
5. Reached JB dh malam sbb traffic was terrible I tell u. Worst than KL kot JB ni. Check-in dekat The Zone Hotel, dinner (time ni darah dah stop, pain killer took over, so boleh makan dengan melantak kekenyangan) and Fengsan. Soopa Doopa Nice!


Dinner 2nd day tu yang dapat merealisasikan impian makan dekat Senibong. Mula2 ingat tak jadi sebab husbandku capek amat berjumpa client dan mengadap jam seharian. Tapi "demimu..segala kukurniakan, susahku senangkan agar hajat dipenuhi....cewah...." katanya..lagipun the next day tu our 5th Anniversary, so dia menggagahkan diri jugak. Wee..dapat makan lobster steam telur, udang goreng nestum, ketam black pepper. RM120..lobster tau. Sambil patah2 kan ketam sambil jerit2 tgk bola bengang dengan Pussyngapore. Ketam jadi mangsa. Ryann n Ireen dah pengsan dalam kereta lagi, tapi si kecik tu boley pulak terjaga masa dekat kedai. So ketam x habes makan. Tapau.


Anyway, sebelum terlupa, Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Semoga Ramadhan kali ini kita dapat sama2 kejar pahala free..FOC ya all. Insya Allah. 


p/s - ada ulcer yang super besar dekat dengan bekas surgery gigi. Paling best, benang yang belum tertanggal tu mmg menari2 dekat ulcer tersebut. Saya rasa saya mmg kurus bulan ni.


p/ss - Happy 5th anniversary my dear hubs..memang rasa muda belia remaja lagi pastu rasa baru 5 bulan kawen. Camana 2? tapi takpe sebab sedar diri anak dah 2.hehe. Laff u..Muaxxss!!




Bye!