Wednesday, February 29, 2012

Shaema Surihani








*Ehem*
Baju kitew sameww lewww..
Hahahaaaa..

Ok Bye!


Adakah ini namanya kebenaran?




Serius? Yang bener nih??
I'm a cheapskate.
Pantang nampak bende2 murah macam nih mula la tak senang buntuit. Lagi-lagi RM1. Kalau ikut gambar tu maknanya RM8 utk semua part. 8 hengget?? Ko buat ni seminit je ke tiap part?
Memang la nanti diorang akan pujuk2 utk subscribe full session yang mencecah ribu-ribuan. Takkan saya tergoda punyee..sebab saya takde credit card hahaa padan muka diorang akan kecewa.
Tapi tapi..
Kalau yang ni singgit mau try lah.
Ke tak yah? Ke tipu je?

Ok Bye!


Tuesday, February 28, 2012

Cakap English



Abang n adik gaduh2 berebut aeroplane. Adik sangat kakak kawasan sebab dia nak dua-dua aeroplane. Dengan bangganya dia bermain dengan 2 ekor kapal terbang tanpa rasa bersalah. Sungguh diktator. Abang memandang sambil menahan kemarahan. Berombak2 dada dia tahan marah. Lalu abang pon menjerit sekuat hati (Kalau saya kata sekuat hati memang sangat kuat) sambil berkata:


Abang : Adik ni dah la garang! Suke tolak2 abang!
Adik : *Buat muke selamba*
Abang : Dah la suke sepah2 makanan!!
Adik : *Masih buat muke selamba*
Abang : Dahla beben (poopoo) busukkk!!!!
Adik : *Masih masih buat muke selamba*
Abang : Dah la tak cakap English! Speak english tau takkkk!!!!!


Mummy: Abang speak english la bila marah adik
Abang : Abang tak tau la!!!!! Mummy ni diam la. Abang tengah marah adik ni. Mummy pon cakap English boleh x???!!!!!!!!!!


*Mummy pon kene jugek.


Ok Bye!

Monday, February 27, 2012

Bajet Ustazah Pt. 2

Bila husband agree masuk kelas mengaji seminggu sekali..
Persediaan sebelum nak ajar anak sendiri mengaji kuang kuang..
Tapi ustaz mana yang nak ajar?
Takpelah ustajah shaema pon boleh ajar sikit-sikit..kah kah..


p/s - when u admit your weakness, and let your ego down, letting me to teach u, I am so thankful enough.
Syukran Ya Allah! 
 
p/s/s - Dia bukan tak pandai ngaji, tapi saya ngaji better dari dia in terms of Tajwid. So kene masuk kelas. Harusla daddy paling pandai sume bende dari mummy kan.

I'm ready to rumble!

Ok Bye!




Thursday, February 23, 2012

Ada Yang Sedang Bersedih



Ayah : Farisss, faris nampak ayah tak?
Faris : *angguk (walaupun terlalu lemah anggukkan dia)
Ayah : Faris rindu ayah dgn ibu?...
Faris : *angguk
Ayah : Faris sakit tak?
Faris : *diam
Ayah : nanti nurse bagi susu supaya faris kuat & sihat ok?
Faris : *angguk
Ayah : ayah tunggu kat luar dulu ye? Nanti nurse bg susu, lap badan & tukar pampers tau.. ayah datang balik nanti. Kejab je ok?
Faris : *diam



source - blog mazidul


Ya Allah sesungguhnya saya tak dapat tahan airmata ni dari tadi..
Semoga keluarga adik Faris tabah. Syurga pasti tempatnya.


Al-Fatihah..



Wednesday, February 22, 2012

Bajet Ustazah



Bila makin banyak membaca, makin rasa diri ni cetek ilmu.
Ok lah saya saja nak share something yang saya dapat through my readings. Bukan nak bajet jadi ustajah. Saje la rasa nak share. Ini kira rumusan la bukan petik sebijik-bijik. Harini dalam meeting sempat saya curi-curi baca berkenaan hati yang kotor n perhubungan sesama manusia. So dari penulisan tu, ini yang saya dapat:


1. Kalau hati kita ada dendam, pemarah, dengki dan khianat, tamak, maknanya hati kita kotor. Sebab hati tu sibuk layan bisikan syaitan. Hati macam ni kene dibersihkan dengan sifat sabar, redha, pemaaf, rendah diri etc. Sebab hati yang kotor ni dah di kawal dengan iblis. So sikit je ruang hati yang tersedia untuk rasa cinta kepada Allah. Pasal apa plak nak bagi iblis control hati kita plak kan? No way u iblis durjana!


So macam terpikir la kan, agaknya orang yang baik2, yang memang cool je, tak simpan dendam, x marah2,  hati dia memang bersih, seiring la dengan tahap iman dia betul tak? Sebab nak jadi hati bersih ni kene seiring dengan amalan, barula capai tahap macam tu.


So maknanya orang yang hati kotor, amalan pon tak berapa nak ada la kan? Kalau ada pon maknanya belum cukup atau belum sempurna. Boleh relate tak? Sobsss..!(Sedih mengenangkan diri sendiri)


2. Dendam - dendam ni terhasil daripada marah yang tak diredhakan dengan segera. Pendengki akan rasa senang bila orang yang didengki tu ditimpa bencana. Kita kena memaafkan dan berlapang dada.


* Yang ni saya petik sebijik2
Pernah berlaku, apabila Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a bersumpah tidak akan memberikan bantuan (harta) kepada Misthah yang masih tergolong kerabatnya, kerana suatu penganiayaan yang dilakukan oleh Misthah, maka Allah menurunkan ayat-Nya yang bermaksud:


"Janganlah sampai bersumpah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kekayaan di antara kamu, kerabat, orang-orang miskin dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, tetapi hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada, tidakkah kamu suka, Allah Maha Pengampun dan Penyayang"


(Annur:22) - 


Sebaik sahaja firman itu disampaikan kepada Saidina Abu Bakar, maka beliau pun akur dan redha dengan pengampunan Allah itu. Lalu beliau pun kembali menyambung semula bantuannya terhadap Misthah, meskipun Misthah telah melakukan penganiayaan terhadap beliau.




3. Tak Mahu Berdoa - Orang yang paling sombong dan bongkak di sisi Allah adalah orang yang tak berdoa selepas solat. Dia bukan saja bongkak, malah hina dan jahil di sisi Allah s.w.t. Selalu je kita lepas salam terus bangun lipat telekung sejadah. 


Mode - saya nak jadi orang yang cool je..rilek jeeee (amin)
Nanti saya share lah lagi lain-lain. Ada keje plak.
Tapi kalau tak nak baca sudah :D


Ok Bye!






Umar Riezky Is One!

Happy 1st birthday dear nephew!
Make proud of your parents, Insya Allah!


Baby TV theme Cake!



Happy n Proud Parents

 Memula Ireen jauh sikit

 Tiba-tiba dah dekat! haha





















Ok Bye!

Tuesday, February 21, 2012

Binding

Sorang kawan dari bahagian lain call


Dia : Eh kat bahagian awak ada binding tak?
Saya : Jap eh nak tengok (Pergi cek kotak first aid kit). Tak ada la..
Dia : Ala kat tempat saya ni dah rosak
Saya : Rosak? 
Dia : A'ah..byk dokumen nk bind nih..
Saya : (*&%^$^#&$@*$#$)


Camana la saya boleh terpikir pasal binding balut luka tuh?
Sengal ko nih.
Ni ofis la bukan rumah.


Ok Bye!

Monday, February 20, 2012

576 Steps


Turun kereta dari parking area, sayup je nampak building ofis nun atas bukit. Jauh nyeeeee nak jalan kaki hari-hari masuk ofis. Selalu park dekat visitor area depan kompleks ofis ni, tapi this year macam tak boleh dah. Strictly for visitors. Staff pegawai cabuk macam saya tak dapat parking lot khas. (Rasa nak tukar kementerian lain je pegawai semua dapat parking). Maka terpaksa parking jauh nun belakang sana bawah bukit kalau double parking blok kereta orang lain tak boleh release hand break nanti orang tolak-tolak kereta jalan jatuh masuk tasik phewwww  -_- .

Soo..
Menapak la kite ye. Bila dah biasa dah tak rasa jauh dah. Kadang-kadang kalau teringat, lengkap la zikir harian sambil berjalan ngam-ngam sampai tempat duduk. Dari termengah-mengah panjat tangga bukit tu, dah tak mengah dah sekarang. Pastu terpikir nak kira berapa langkah. So itu la dia 576 steps from the very 1st step keluar dari kereta (pagi tadi punya). Of cours the counting varies depends dekat mana saya park. Lagi jauh, lagi banyak langkah. Itu counting pagi tadi. Dia dalam range 560-600 steps. So kalau return trip jadi 1120-1200 langkah pagi dan petang. Terus terasa badan macam fit dapat exercise setiap hari. Yakin la walaupun tak pegi gym tapi saya brisk walking (ayat org malas exercise memang camni).

Tapi bila handphone tertinggal dalam kereta, dah sampai workstation baru tersedar hand phone takde terus letak handbag gigih pergi balik kat parking sambil berlari-lari anak sebab gerimis mengundang lepastu amek handphone jalan naik tangga tapi terlupa amek payung sekali lepastu berlari-larian patah balik amek payung takot basah kehujanan nanti seksi tak suka pastu teruskan perjalanan bersama payung bajet ayu bersama telefon di tangan.

Sampai ofis..SEMPUTTTT..
Takda maknanya nak fit. Tak fit pon takpe.

Saya nak parking lot! 

Ok Bye!


Ireen Is TWO!





Happy Birthday dear daughter..
My love to u is eternally..
Your tears and laughter..
Are my soul rhythm so melodically..!

Semoga menjadi anak yang solehah, berjaya dunia dan akhirat, hormat orang tua, baik perilakunya...etc etc
*Sambung doa dalam solat banyak sangat nak mintak


Ok Bye!




Friday, February 17, 2012

Cerita Hipokrit

Taken from someone's blog:


"Hubungan sesama manusia. Senang cerita kalau kita aplikasikan dengan saudara mara lah contoh. Kalau kau tak gemar dengan certain perangai mak saudara/mertua/adik beradik, tak bermakna kau boleh berlaku biadap dengan mereka dengan alasan taknak hipokrit. Buat baik je la macam biasa. Tak perlu konflik. Lama-lama sejuk la hati tu. Menjaga hati sesama manusia kan lebih baik dari kita layan diorang dengan biadap. Bukan Hipokrit pun."




Thanx for the reminder. Semoga Allah balas jasa anda.

Wednesday, February 15, 2012

Cameron Short Trip

Before entry jadi basi, baik citer cepat-cepat hehe.
So cuti panjang haritu we (the whole family-my side) went for a short trip to Cameron Highland. Kami jarang bercuti ber4 beranak saje, selalu akan pergi dengan family lain. Semua jenis suke sebok nak ikut and saya pon jenis sukee ada orang sebok-sebok nak ikut :D.
Tapi..I would say that this trip was a mistake. Sebabbbbbbbbbb....


TRAFFIC WAS SOOO FREAKING RIDICOLOUS!!
HAZABEDAH!!!!
Jam yang sangat hazabbbbb!


Lebih kurang pukul 10 gerak from Restoran Jejantas Sg. Buluh, pukul 5 camtu baru sampai pekan Brinchang! 7 jam in total..boleh sampai Kelantan u olls. Dah la Ireen demam, on the way sampai mana tah dia muntah elok2 je kene kt my jeans yang kt zip tu. Adoii..benti basuh abes jeans basah kuyup macam kencing dalam suar, pastu tukar seluar yang pesen seluar duk rumah..terus Tak diva langsung jadi kah kah!. Jeans bawak satu jewww..


Oh lupe nak cakap yang kami ikut Simpang Pulai, sebab mak saya tak nak pening ikut Tapah jalan kecik pusing-pusing. Dia tak berapa sihat. Jauh kalau ikut Simpang Pulai ni, tapi jalan elok and besar. Tak sangka la pulak jam teruk. Sampai Brinchang terus pegi pasar malam, sebab langsung tak lunch stuck dalam jam. Tapau makanan, sampai apartment Strawberi Park semua kelaparan makan tak pandang orang. Jagung Cameron ya ampunnnnn...sedap gillerrrrrr!. Manissss..lembutt..macam lemak2 gitu. Tak snap gambar makanan ye sebab lapar tahap langit ke 7. Jumpa satu stall melayu jual stoberi coklet. Akhirnya ada gak melayu jual. Sedapppppp!! (Ok nak lagi uwawawawaaaa!). Tapi jagung tetap dapat hadiah no. 1.


Sebab ramai sangat umat manusia, so abah saya malas nak pergi Tea Farm n kebun sayur-sayuran. :(. Tapi takpe sebab jumpa Opah Strawberry Farm dapat mengubat luka di hati. Strawberry jam, Strawberry juice, Strawberry muffins, Strawberry scones, Strawberry ice cream ngan ice cream Malaysia, and Strawberry pie (yang ni sold out tak dapat rasa) semua meletoppp. Must go! Apa pun, bercuti bersama keluarga memang best. Kene repeat datang sini sebab haritu tak puas.
Pasty tengok jelah gambar ye. Yang sama dalam FB je pon. hehe.







Mummy, mummy to be, Mama


View from the balcony - Ryann yang snap!






Anak bujang hensem saya :)


Us :)




Ahli rombongan




Daddy the best!



Lobby




Opah's product



Ni la dia. Tapi parking susah kat sini.





Ryann ni suke sangat dengan camera. Besar sikit mummy anta kelas ok cea cea



Ok pasni ni citer pasal trip ke Kota Tinggi pulak.
Tu pon kalau rajin ngeh ngeh..

Ok Bye!

Tuesday, February 14, 2012

Current Mode

I'm in the state of ...
.
.
.
.
.


MALAS UPDATE BELOG!


Semoga mode ini cepat berlalu.


Ok Bye!

Monday, February 13, 2012

Selamat Pagi

As salam,
Morning!
Lamanya tak update belog.
Hari-hari meeting, tak sempat nak update. Bila meeting pagi, petang kene buat keje, or buat meeting minit.
Bila meeting petang, pagi kene pulun siapkan kerja. Tempat yang kurang pegawai macam ni la, tak menang tangan, kadang-kadang abes sume pegawai takde kt ofis, sume keluar meeting.
Curik2 masa hapdate fb je, senang, cepat dan pantas, (sempat lagi tu).
Harini sebenarnya sangat malas nk pergi kerja, 2 weekend berturut2 asek berjalan jauh, letih.
Last 2 weeks pergi Jasin n Cameron, malam tadi baru balik Kota Tinggi. Perghhh jauh gillerrrrr..hehe.
Tapi sebab malam tadi HRMIS buat hal, tak dapat nak apply coti, terpaksala kerja. Malas nak EL.
Tapiiii..nasib baik datang. Kalau tak datang, agaknya diorang kene datang rumah saya mintak sign satu bende penting urgent.


Ok lah, nanti sambung lagi.
Nak prepare pergi meeting (lagi).
Hopefully harini rilek sikit sebab badan masih letih and mood belum mari.
Ok Bye!