Tuesday, February 19, 2013

Ma Pwincess Is Three!




Always be my sweetheart, until forever


Memang budak ini Drama Queen. In a minute boleh menangis berjurai-jurai air mata and in a minute boleh ketawa. Lepas tu marah mummy sebab dia kantoi hanya tangisan pura-pura. Nak kaver malu marah orang. Hehe.
 Every morning mesti ada drama, but still manageable sebab abang punya drama dulu2 worst!. But still mengundang kesabaran mummy. But today is an exceptional. Mummy tak marah langsung and layan je drama dia sambil rasa happy. Shayang mummy pretty sangat harini..*cium banyak2 tanpa henti sambil meleleh airmata*. Alhamdulillah untuk panjang umur dan kesihatan anak ini Ya Allah. Alhamdulillah.

Birthday present 'Guitar pwincess' special request by the birthday girl. Eh tetibe abang pon dapat guitar kapak. Terus request nk masuk guitar class.


Ireen Darnisa dearie,
Semoga menajdi anak yang solehah, berjaya dunia dan akhirat; Panjang umur dan banyak berbakti. My Prayers and prayers after you as long as mummy and daddy are alive. Insya Allah. Amiinn. 

Ok Bye!


Thursday, January 10, 2013

Level Riak dalam Kamus urban-sosio-maya

As salam.
Tajuk atas tu hanya ciptaan saya. Sebab baru baca pasal darjah-darjah riak oleh Kahuna. Kahuna ni antara feveret blogger saya, walaupun jarang update, tapi sekali tulis boleh buat kau gelak dalam berpikir dalam terasa dalam semualah. Yang dia tulis tu memang tak boleh disangkal. Meh saya tepek tulisan dia. (Korang kalau saya bagi link bukan nak klik pon).


"Jaringan sosial dan kepantasan akses internet tanpa wayar telah memangkin satu fenomena luar biasa: riak dan takbur tanpa batasan.

Setiap hari aku pegi suapan berita Facebook, mesti penuh dengan keriakan, yang lama-lama jadi norma. Orang yang kelihatan macam bijak agama pun tak boleh lari daripada riak. Tadi aku tengok ada satu status Facebook berkata, "Tengok 1 Juta Money Drop. Jumlah surah dalam Al-Quran pun tak tau? Layak ke bergelar Muslim? Such a disgrace!" Ini juga adalah sejenis riak bertopengkan pseudo-dakwah, sebab secara tak langsung dia rasa diri dia adalah Muslim yang lebih baik hanya berdasarkan pengetahuan berapa surah dalam Al-Quran. Senangnya. Kau nampak orang tu tak tahu satu detail tentang Al-Quran, terus tak layak bergelar Muslim. Tak tahu pulak aku dalam Rukun Islam atau Rukun Iman ada rukun tersembunyi iaitu "Tahu berapa banyak surah dalam Quran."

Yang kelakarnya adalah kat bawah status tu, ada satu lagi jenis riak yang sangat berlainan, iaitu perempuan Melayu urban yang tulis, "Dom Perignon". Ringkas, tapi berkesan, iaitu riak bahawa beliau baru menikmati champagne berjenama Dom Perignon, champagne paling berprestij di dunia.

Itu beberapa contoh dari suapan berita Facebook aku dalam jangkamasa sejam pagi ni. Darabkan dengan bilangan kawan yang aku ada dalam Facebook, dan bilangan jam dalam sehari, dan bilangan hari dalam setahun, dan bilangan tahun yang berlalu sejak aku mula bukak akaun Facebook. Jumlah keriakan adalah berbilion!

Mungkin cara hidup sekarang menyebabkan semua orang jadi kurang berkeyakinan diri, lantas memerlukan pujian/iri hati dari orang lain sepanjang masa untuk membina keyakinan. Atau mungkin riak dan takbur adalah naluri asas manusia, cuma kewujudan Facebook, Twitter dan Instagram memberikan satu saluran yang sesuai untuk membebaskan naluri tersebut.

Secara jujurnya, aku pun suka riak jugak. Tapi setelah lama hidup, aku mendapati ada 3 darjah keriakan, dan hanya satu jenis yang orang suka.

Darjah keriakan pertama adalah riak yang jelas, terang, in your face dan tak bagi can. Contoh riak darjah pertama adalah letak gambar kereta Audi TT baru di Facebook dengan caption, "Audi TT baru, bitchaaaassss!!! Sila jeles." Ini adalah riak yang sepatutnya paling menjengkelkan, tapi kebanyakan orang tak kisah dengan riak jenis ni. Malah, riak macam ni adalah yang paling banyak mendapat like. Mungkin sebab orang menghargai kejujuran, dan riak secara jujur kelihatan lebih mulia.

Darjah keriakan kedua adalah riak dalam selamba, secara tak langsung, dan tersembunyi. Contohnya semalam ada kawan aku letak gambar anak kecik beliau tengah mencapai sesuatu dalam sebuah beg Louis Vuitton. Caption gambar tersebut adalah, "Kantoi carik iPad dalam bag I." Adakah gambar seorang bayi mencapai barang dalam beg merupakan satu detik yang perlu dikongsi dengan 1000 rakan Facebook? Pada aku, setakat budak kecik letak tangan dalam beg, macam tak payah ambik gambar pun takpe. Kalau kejadian sehari-harian macam tu pun nak kongsi dengan 1000 orang, maknanya adakah aku patut kongsi gambar aku tengah ketip kuku kaki semalam? Oh lupe, aku tak amik pun gambar macam tu, sebab tak relevan untuk diabadikan, apatah lagi dikongsi.

Maka kenapa kawan aku tu memilih untuk kongsi gambar bayi dengan tangan dalam beg tersebut? Sebab beg tu besar gabak dan berjenama LV. Dan budak tu tengah mencapai iPad. Mestila kena bagitau! Disebabkan iPad tu tersorok dalam beg, maka perlu dijelaskan kewujudannya dalam caption, manakala beg LV tak perlu diterangkan, sebab dah jelas kelihatan dalam gambar. Ini adalah contoh riak darjah kedua, di mana periak berpura-pura menggunakan alasan "Oh tengok telatah anak aku, kiut sangat taww" untuk mengetengahkan beg LV dan iPad beliau.

Riak darjah ketiga adalah yang paling hina, iaitu riak bertopengkan emosi negatif. Contohnya sorang kawan Facebook aku letak gambar semangkuk mi segera, tapi kalau perhatikan dalam gambar tu ada satu iPhone 5, kamera DSLR dan buku panduan melancong ke Itali. Caption gambar berbunyi, "Sedih gila, malam ni makan megi je. Takde sape nak sponsor I makan sedap ke??" Tergelak aku. Boleh pulak kau muatkan segala gajet elektronik dan buku melancong, sekali dengan mangkuk mi segeradalam satu frame tu. Nampak sangat penat susun secara strategik. Pastu buat caption sedih (emosi negatif) supaya nampak rendah diri.

Dan berpusu-pusulah orang komen "Eh, nak pergi Itali pun sedih lagi ke?" atau "Ala sekarang makan megi, kat Rome kang makan spaghetti, sama la tu." Pastu si periak pun reply, "Ehh, siapa cakap I nak pegi Rome? You ni paparazzi tau!"

Dan aku pun muntah cair di kibod.



Sesungguhnya entry ni bukanlah bertujuan mengutuk orang riak, sebab kita semua riak. Tapi pada aku, kalau kau nak riak tanpa dibenci, tak payah tapis-tapis, tak payah sembunyi-sembunyi. Cakap je terus, sebab orang lebih menghargai riak darjah pertama, iaitu riak dalam kejujuran.

Contohnya riak macam ni:

" Cuti Krismas ni aku nak pergi Morocco! Suck ittttttt !!! "


Amacam? ada yang terasa? Korang riak darjah ke berapa?
kah kahhhh...!

Ok Bye!

Wednesday, January 9, 2013

Point To Ponder - Thankful





"Macam mana nak bahagia kalau awak tak reti bersyukur. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Bukan mengeluh dengan apa yang tak ada. Dan perbaikilah apa yang sudah ada" - Twitter friend

"Cuba tengok kenapa dia asik mengeluh mengadu domba. Tengok kenapa dia asek merungut. Sebab dia tak pernah redha. Tak pernah redha dengan apa yang dia ada, apa yang suami/isteri dia ada. Bila tak redha tak bersyukur. Bila tak bersyukur takkan bahagia. Hidup dia berpaksikan duit. Jarakkan diri dengan orang yang macam ni." - Twitter friend

"Count your blessings instead of your trouble. Count your smile instead of your tears. Count on God instead of others"


#remindertoselfandothers

Ok Bye!




Thursday, January 3, 2013

Birthdays and anniversary


28th Dec haritu birthday suami kitew lewww. Biasala entry basi. Banyak lagi entry basi tapi malas dah nak update hua hua.
So traditionally  memang December adalah triple celebration (husband's side). Birthday suami, birthday adik, and anniversary our parents. 
Bila December nak makan ramai-ramai macam ni kena carik tempat makan yang sedap and affordable. Sebab yang mengeluarkan uwangg terhad kepada kami bertiga. Saya, Along and Uppa (biras kita). Kami adalah yang bukan diraikan. Cuma yang membayarkan hahaha. Yang diraikan adalah mereka ber4, jadi sumber kewangan untuk tong-tong berkurangan disitu kah kah kahhhhh. Eh tapi, walaupun begitu, saya berjaya pilih tempat yang dikehendaki. Sedap dan affordable. Percayalah! 


Kek dah cair by the time nak potong 



December babies


Where we dine





Antara food dia. Sedap dan murah dan big portion.



All of us minus 1 missing tak dapat hadir.


Happy birthday and happy anniversary dearest!
Semoga Allah memberkati kita se-family. Amin.

Ok Bye!


Wednesday, January 2, 2013

Bring It On!!

Assalam..!

Kickstart 2013 dengan update blog. Harini saya masuk ofis lambat sket, hantar anak-anak ke tadika. As mentioned (eh ke belum mention?) Ryann no longer at BBIM. But Smart Soleh instead. So harini 1st day dekat Smart Soleh. Punyela excited nak tukar kindy before ni, tapi tadiiiiiiiiiiiii............melalak ok!
Tak pernah nangis masuk sekolah before ni, yg ni 1st time nangis. Pelik betul. Peluk tengkuk mummy ketat2 menangis ajak balik. Sungguh tak macho Ryann Darnis 2013. Haha..awek2 tengok pon pelik. Terpaksa saya lari dulu masuk dalam kete, daddy pulak handle. Lepastu cikgu terpaksa tarik dia. Seriously pelik dengan perangai dia tahun ni. 

Ireen on the other hand, rilek je. Masa hantar abg dia tu, dia kesian tgk abang nangis terus cakap nak school dengan abang, nak smart soleh. Protective sangat kan Ireen ni. Ireen stay dkt kindy yang sama, Generasi, just tukar kelas. Dah 3 years old, dah stat kelas. Pagi2 kene mandi dulu b4 hantar. B4 ni bangun pagi tukar pampers terus hantar taska. Now a bit challenging la for me nak drag dia mandi pagi. Macam pagi tadi dua-dua buat perangai nangis2 tak nak mandi. Takpela 1st day mummy layan je. Dah seminggu kalau macam ni jugak mummy akan bertukar jadi mummy monster. Heh!

As for me, 2013 disambut dengan penuh harapan. Harapan untuk menjadi yang lebih baik dari semua segi. Better parents, better wife, better daughter/daughter in law, better sister/aunty, and better Khalifah. Khalifah tu patut jadi nombor 1. Harapan untuk upgrade diri, upgrade family quality. Insya Allah. 

Me being a normal person, still ada je orang yang tak 'suka' atau tak 'senang' dengan saya. Ntah kenapa. Please, buang jauh segala rasa busuk hati dan dendam. Apa juga yang kita nak suarakan, pikir dulu sebelum bercakap. That's the reason why the brain is on top of others. Atas lagi dari mata telinga and mulut. Tak ada yang nak dibanggakan pun bila kita ni outspoken. U never know what the impact of being a celupar. Boleh bawa bencana. 

So.
Mari kita perbaiki diri.


Last day wearing BBIM's uniform. 311212.



Ireen's entering 3 years old!!  My Baby girl dah besar




2013, bring it on!!!!!!
Ok Bye!