Showing posts with label Hunny Bunch. Show all posts
Showing posts with label Hunny Bunch. Show all posts

Wednesday, January 2, 2013

Bring It On!!

Assalam..!

Kickstart 2013 dengan update blog. Harini saya masuk ofis lambat sket, hantar anak-anak ke tadika. As mentioned (eh ke belum mention?) Ryann no longer at BBIM. But Smart Soleh instead. So harini 1st day dekat Smart Soleh. Punyela excited nak tukar kindy before ni, tapi tadiiiiiiiiiiiii............melalak ok!
Tak pernah nangis masuk sekolah before ni, yg ni 1st time nangis. Pelik betul. Peluk tengkuk mummy ketat2 menangis ajak balik. Sungguh tak macho Ryann Darnis 2013. Haha..awek2 tengok pon pelik. Terpaksa saya lari dulu masuk dalam kete, daddy pulak handle. Lepastu cikgu terpaksa tarik dia. Seriously pelik dengan perangai dia tahun ni. 

Ireen on the other hand, rilek je. Masa hantar abg dia tu, dia kesian tgk abang nangis terus cakap nak school dengan abang, nak smart soleh. Protective sangat kan Ireen ni. Ireen stay dkt kindy yang sama, Generasi, just tukar kelas. Dah 3 years old, dah stat kelas. Pagi2 kene mandi dulu b4 hantar. B4 ni bangun pagi tukar pampers terus hantar taska. Now a bit challenging la for me nak drag dia mandi pagi. Macam pagi tadi dua-dua buat perangai nangis2 tak nak mandi. Takpela 1st day mummy layan je. Dah seminggu kalau macam ni jugak mummy akan bertukar jadi mummy monster. Heh!

As for me, 2013 disambut dengan penuh harapan. Harapan untuk menjadi yang lebih baik dari semua segi. Better parents, better wife, better daughter/daughter in law, better sister/aunty, and better Khalifah. Khalifah tu patut jadi nombor 1. Harapan untuk upgrade diri, upgrade family quality. Insya Allah. 

Me being a normal person, still ada je orang yang tak 'suka' atau tak 'senang' dengan saya. Ntah kenapa. Please, buang jauh segala rasa busuk hati dan dendam. Apa juga yang kita nak suarakan, pikir dulu sebelum bercakap. That's the reason why the brain is on top of others. Atas lagi dari mata telinga and mulut. Tak ada yang nak dibanggakan pun bila kita ni outspoken. U never know what the impact of being a celupar. Boleh bawa bencana. 

So.
Mari kita perbaiki diri.


Last day wearing BBIM's uniform. 311212.



Ireen's entering 3 years old!!  My Baby girl dah besar




2013, bring it on!!!!!!
Ok Bye!




Wednesday, October 31, 2012

Barbie Girl


That day hantar Ireen lewat sikit to school. Sampai2 je budak2 tengah practise. Ireen masuk dalam terus amek blue pom pom dia and join. So apelagi saya cepat2 record!

Spot her? She's the tiniest! 

Oh my look at my girl dancing and remembering the steps. Terkejut mummy. And kelakar pun ada. Parents memang always praising their kids kan haha. She is so small compared to kawan-kawan lain. Walaupun kecil in size, tapi ligat dia tak padan dengan kecik. Since dapat record dia practise ni, semuaaa orang dia tunjuk dance ni. doplohpatjam asek barbie girl sampai mummy cannot take it anymore hahahaa. Tak sabar nak tengok dia perform this saturday. Janganlah buat perangai macam abang last year. And oh dia juga adalah salah seorang pelajar cemerlang bahahaaahahaaa. Strike ok 3 taun berturut2 dapat award pelajar cemerlang since baby. Ireen Ireen u make my day! 

Thursday, October 11, 2012

Penangan Kak Ros

Masa raya:

"Abang nak biskut yang Kak Ros buat tu.."

Lepas masak panggil Ryann makan:

"Waa banyaknya Kak Ros masakkkkkkkk"

"Kak Ros..nak ayam goreng"

Lepas marah Ryann:

"Kak Ros ni asik nak marahhh je"

Penangan Kak Ros. Mummy pon bertukar jadi Kak Ros. Hmmm.



Belum lagi dia berangan jadi Upin Ipin. Lagi macam-macam.
Ok Bye!





Friday, October 5, 2012

Parents should listen




Credit : tripletsplusone

A reminder to myself. Kadang-kadang bila balik kerja penat kita ignore apa yang anak-anak cuba nak cerita. Especially budak range umur 4-6 tahun yang dah pandai bercerita and full of imaginations. Bila parents tidak mendengar sekarang, 10 tahun lagi bila kita tanya anak dia malas nak jawab. And kita start complaining anak2 tak nak bercakap dengan kita. Sebenarnya we didn't talk to them. We didn't play with them. So itu lah hasilnya.
Munirah tripletsplusone kata don't just buy them toys, but play with them. Ada campaign play with your kids lagi. Betapa pentingnya bermain dengan anak sebab proses bermain bersama tu develop banyak skills anak-anak and strengthen the bonding between parents and child.

So be a good listener to your child, else later they won't listen and they won't tell .


Thursday, September 6, 2012

Mael ke Ryann



Bukan Mael..tapi Ryann..


Ryann Lambong

Raya ke dua dapat cakaran padu. Sapa cakar? 
Kucing..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Ni la kucing tu

Grrrrrr!
Ok Bye!


Wednesday, August 15, 2012

Ryann is 5!

As Salam,

As mentioned before, my boy turned 5 on 9th August 2012. 
Memandangkan birthday jatuh bulan Ramadhan, maka celebration at kindy sangat simple, as ada kids yang puasa. So only kek and party pack sahaja. Takde bawak makanan lain. Tu pon ada budak yang dah monyok-monyok tak dapat makan kek. Mummy rasa guilty ;P. Btw saya tak dapat attend birthday dia, only daddy. Ada meeting yang tak boleh skip. Hubby wasap saya cakap sangat syahdu and sedih,  tengok anak dia dah besar and berdikari dekat school :D.




Party Packs

 Candle tertinggal dekat bakers, and daddy couldn't find any. So no candle blowing. Time ni pulak candle sume habis.



 Kesian yang puasa :D


 Itu Aina, girlfriend Ryann. Muahahaaaaa. Cun ok. kah kah


He's giving away the party packs


Later that night, tok mum n others datang bawak kek lagi! Thanx tok mum!


Celebrate dengan adik Ireen pulak :)


Semoga jadi anak yang berjaya dunia dan akhirat. Mummy, daddy and adik loves u eternally.

Ok Bye!




Thursday, May 24, 2012

Friday, March 30, 2012

BBIM Sports Day



Date : 17th March 2012 (Saturday)
Venue : Padang SK Percint 8 (2), Putrajaya


Ok, a little review untuk BBIM's sport day. Event ni combine 2 branches, which is Putrajaya and Puchong Utama. Tengok gambar dulu lah k.


Upon arrival - aunty pakaikan penguin and chicken cap



Trophies



Towels



..march to the starting point





Emcee of the day. Tak ingat nama





1st activity - Marching



Happy Ryann!




Dia paling excited




2nd - Doa recitation





 3rd -  Lagu Selangor, Lagu WP and Chicken dance




4th - Star Programme - Silat (Putrajaya)



5th - Star Programme - Taekwondo (Puchong Utama). Yang ni sepatutnya Ryann join, dia dah practise dah, tapi uniform dia tak dapat lagi, so tak join. Gurl kat depan tu comel giller.



Ireen marah orang pegang abang dia. Budak ni,,!!


 Ryann in action. Activity utk 5 years



Ryann dengan Matin his BFF (hahahaaa!). Haritu Matin gigit pipi Ryann. Sabar jela. Tp he and his mom did apologize. And Matin bagi lollypop tanda sorry :). Mak dia pandai ajar anak.


Dengan unty Fiza. Dekat BBIM, no teachers, except Aunties. Semua pon aunty. Tak nak ada barrier. gitu.


 Price giving

Ada activities for 2 years old jugak, and for the parents. Tak snap banyak gambar, sebab panas hehe. Overall ok, cuma ada la sikit-sikit benda nak komen. Ok untuk event ni, parents are required to pay RM100 for each kids. Bayangkan kalau anak ada 2 or more. Lepas ramai parents yang complaint, dia reduce to RM80. Ada jugak yang refused to pay and tak join. So bila ada extra payment ni kita mesti expect more kan. Sebab kita dah bayar banyak on the registration and monthly fee pon RM600+ quite high. Ok la tu takpe sebab swimming and taekwondo class included. Tapi at least for refreshment ada la food yang proper untuk semua. Dia just bagi bihun goreng 2 bungkus (sikit sangat Ryann pon tak cukup) and mineral water. Sebab previous kindy Ryann, parents just have to pay RM5/head. Maksudnya kalau parents 2 orang je RM10 la. Lepas tu ada buffet Bihun Sup for parents or anything la siap ada bubur for babies. Student dapat makanan lain. Pastu ada potluck, parents bawak la apa-apa additional food, so food memang banyak and tak ada problem. Decoration pon lebih meriah. Activity banyak and experienced in handling kids and babies. So from there I boleh compare la Tadika Generasi sangat bagus I tak deny pon before ni.


Maybe BBIM baru so belum ada banyak experience in handling event. Give them more time. Tapi so far saya puas hati dengan montessori konsep by BBIM. Ryann's mother tongue memang Bahasa Melayu, tapi English vocab bertambah and dia boleh faham lah bila saya speaking dengan dia and he try to answer. Saya pon banyak belajar from him. Contoh makna doa makan Ryann yang ajar : O Allah, U bless, whatever food U have provided us, and save us from the punishment of hell, in the name of Allah. (If I'm not mistaken). 


So that's for now.
Ok Bye!



Friday, March 23, 2012

One Fine Day


Boring la mami nih asek amek gambar..



Ok lah bagi chan. Semaiiiilll...!



Adikk..jom main chak-chak.


Ok Jom! Abang start dulu



AAA.....Chakkkkk!!!!





Chaaaaakkkkkkk !!!!!!!!!


 Chhhaaaaaaaaaakkkkkkkkkkkkkk!!!


 Penat la main chak-chak abang... Jom main nyanyi-nyanyi






Old Mcdonald had a farm..ee aaa ee aaa oooooo...


Twinkle-twinkle little star..how I wonder what u are..



1 little 2 little 3 little fingers..4 little 5 little 6 little fingers..


 Hmmm..dah penat dah ni tak sampai-sampai lagi ke??





Ok Bye!

Thursday, March 22, 2012

Hot Balloon


Nak naik belon konon..bangun Subuh pon pukul 6.45. Harapannnnnn!
 Ryann frust giler..tapi nak buat camana. Nak naik belon kene beratur seawal 630 pagi. Hmm..sudahnya belon ni jela yang ke udara..Kah Kah!




Bila kata tak dapat naik balloon..dia jeling mummy




 Mengubat kelukaan..daddy belikan pistol bubble dengan balloon angry bird



Gaya kene ada



 Pastu main dekat inflatable playland ni.




Punyela panas terik sampai kene pkai sox kalau tak tak boleh pijak


Mummy dah tak tahan kepanasan. Panas yang sangat terik..tak sukeee. Ok jom-jom kita balikkkkk..
Hahaa..nasibla anak..mummy daddy memang tak betah panas-panas ni, nanti korang jugak yang meragam. Jomlah balik. Carik tempat makan yang aircond. Alamanda la jawabnya.

Jemput minum..


So apa motif pergi Putrajaya ni eh??
Muahahaaaa..
Mission failed!

Ok Bye!