Showing posts with label Faith. Show all posts
Showing posts with label Faith. Show all posts

Friday, December 21, 2012

“ALLAH SEBAIK-BAIK PEMELIHARA DAN PALING KASIH DARI SEGALA KASIH”


Ya ALLAH, dengan kasih sayang-Mu Engkau kirimkan kepada kami penyeru iman
Berikan kami kesempatan dan kekuatan, keikhlasan dan kesabaran
Untuk menyambung risalah suci dan mulia ini

Kepada generasi berikut kami
Jangan jadikan kami pengkhianat yang memutuskan mata rantai kesinambungan ini
Dengan sikap malas dan enggan berdakwah
Karena takut rugi dunia dan dibenci bangsa

Ya ALLAH, perbaiki hubungan antara kami
Rukunkan antara hati kami
Tunjuki kami jalan keselamatan
Selamatkan kami dari kegelapan kepada terang
Jadikan kumpulan kami jemaah orang muda yang menghormati orang tua
Dan jemaah orang tua yang menyayangi orang muda
Jangan Engkau tanamkan di hati kami kesombongan dan kekasaran terhadap sesama hamba beriman
Bersihkan hati kami dari benih-benih perpecahan, pengkhianatan dan kedengkian

Ya ALLAH, wahai yang memudahkan segala yang sukar
Wahai yang menyambung segala yang patah
Wahai yang menemani semua yang tersendiri
Wahai pengaman segala yang takut
Wahai penguat segala yang lemah
Mudah bagimu memudahkan segala yang susah
Wahai yang tiada memerlukan penjelasan dan penafsiran
Hajat kami kepada-Mu amatlah banyak
Engkau Maha Tahu dan melihatnya

Ya ALLAH, kami takut kepada-Mu
Selamatkan kami dari semua yang tak takut kepada-Mu
Jaga kami dengan Mata-Mu yang tiada tidur
Lindungi kami dengan perlindungan-Mu yang tak tertembus
Kasihi kami dengan kudrat kuasa-Mu atas kami
Jangan binasakan kami, karena Engkaulah harapan kami

Ya ALLAH, berikan taqwa kepada jiwa-jiwa kami dan sucikan dia.
Engkaulah sebaik-baik yang, mensucikannya.
Engkau pencipta dan pelindungnya...




Beautifully written and nicely put word by word. This amazing doa was written by Datuk Dr. Maznah Hamid, the Malaysian Iron Lady. 

Hope that we could benefit something from this beautiful doa. 




Thursday, April 19, 2012

Rutin VS Nikmat

Assalam,


Morning all..
Sesampai saje dekat ofis terus ada mood untuk update blog.
Rutin saya sampai ofis before pukul 8, tapi harini hujan dan jammed, so terlewat 5 minit. Sekali sekala takpelah.
Tiap-tiap pagi rutin hantar anak ke taska dulu. Rutin balik kerja pulak biasalah fetch anak, masak, layan anak, mengadap kerenah anak yang macam-macam dan tak sudah-sudah, layan suami,  tido kan anak, mandikan anak etc etc. Rutin weekend adalah bawak anak jalan-jalan, visits parents, makan-makan, shopping etc. Itu semua rutin. Kadang-kadang kita bosan dengan rutin harian..kadang-kadang kita penat..kadang-kadang kita nak buat sesuatu bende yang di luar rutin harian.


Tapi sedarkah semua bahawa rutin itu adalah satu nikmat?
Nikmat itu kita tak sedar ianya suatu nikmat sehinggalah kita kehilangannya.


"Selamat Hari Lahir yang ke 3 untuk anak ku yg amat disayangi Nurul Batrisyia Bt Muhammad Badran..ayah doakan Kakak tabah menghadapi kehidupan yg mendatang..moga anak ayah menjadi anak yg solehah..ayah sentiasa mendoakan anak2 ayah memperoleh kejayaan di dunia & akhirat..sudah ditakdirkan ibu & adik zafri pergi meninggalkan kita tp ayah masih ada untuk membesarkan anak2 ayah, INSYALLAH jika umur ayah masih panjang..Nurul Batrisyia & Muhammad Zarif patut bersyukur sekurang2nya anak2 ayah tiada dosa dgn ibu..ayah rindukan nikmat menjadi ayah..hantar zarif ke sekolah,mandikan batrisyia,bawa anak2 pergi jalan2 & byk lg nikmat menjadi seorang ayah..ayah bangga anak2 kuat menghadapi UJIAN ini..ayah bersyukur ada anak2 yg hebat..ayah sayang & rindukan anak2 ayah..AL-FATIHAH untuk ALLAHYARHAMMAH ZAINURUL IRMA BT ZAMRI & MUHAMMAD ZAFRI B MUHAMMAD BADRAN"


Itu saya pinjam daripada wall FB seorang kawan. Dia baru kehilangan isteri dan anak ke 3 yang berumur 3 bulan dalam accident. Dua anaknya di jaga oleh ibu bapanya sehingga lah keadaan menjadi stabil. 




Dia telah kehilangan rutin hariannya.
Bersyukurlah atas nikmat yang kita ada.
Al-Fatihah.





Wednesday, March 14, 2012

Thursday, March 1, 2012

Erykah Badu - My Point Of View

Rasi Yatim melalui kementeriannya membatalkan konsert Erykah Badu (EB) sebab NST menayangkan gambar EB dengan tattoo tulisan kalimah Allah.


And banyakkk sangat artis melayu Islam yang marah. (cth: Baki Zainal - sape dia ni tak kenal pon, Daphne Iking, Adibah Nor - sorri saya dah tak suke kau, and Hunny Madu - sama la dah tak suke jgk). Orang lain pon banyak yang marah. Semua ni bajet open minded. Penganjur pulak (melayu tapi tak tau la Islam ke tak) nak saman NST sebab siarkan gambar tu. Maksudnya kat sini kalau NST tak siarkan, orang tak tau, and concert boleh diteruskan. So dia nak saman lah NST.




Ok nampak tak kat sini level pemikiran dia macam mana?

Ini isu penghinaan ke atas Islam. Penghinaan ke atas Allah. Bukan isu terpesong akidah disebabkan oleh tattoo. Kau sebagai orang Islam tak marah ke? EB cakap that tattoo is for a shoot. Dia membiarkan kalimah Allah dihinakan atas badan dia. Muslims are greatly insulted by this. Kalau pun NST tak siarkan gambar tu, EB tak layak untuk buat konsert di Malaysia. Penganjur pun kene la selidik latar belakang artis tu dulu. 

Ini lah dia yang dinamakan bodoh tak boleh di ajar, pandai tak boleh nak di ikut. 

Apa lah nak jadi.

Ok Bye!





Wednesday, February 22, 2012

Bajet Ustazah



Bila makin banyak membaca, makin rasa diri ni cetek ilmu.
Ok lah saya saja nak share something yang saya dapat through my readings. Bukan nak bajet jadi ustajah. Saje la rasa nak share. Ini kira rumusan la bukan petik sebijik-bijik. Harini dalam meeting sempat saya curi-curi baca berkenaan hati yang kotor n perhubungan sesama manusia. So dari penulisan tu, ini yang saya dapat:


1. Kalau hati kita ada dendam, pemarah, dengki dan khianat, tamak, maknanya hati kita kotor. Sebab hati tu sibuk layan bisikan syaitan. Hati macam ni kene dibersihkan dengan sifat sabar, redha, pemaaf, rendah diri etc. Sebab hati yang kotor ni dah di kawal dengan iblis. So sikit je ruang hati yang tersedia untuk rasa cinta kepada Allah. Pasal apa plak nak bagi iblis control hati kita plak kan? No way u iblis durjana!


So macam terpikir la kan, agaknya orang yang baik2, yang memang cool je, tak simpan dendam, x marah2,  hati dia memang bersih, seiring la dengan tahap iman dia betul tak? Sebab nak jadi hati bersih ni kene seiring dengan amalan, barula capai tahap macam tu.


So maknanya orang yang hati kotor, amalan pon tak berapa nak ada la kan? Kalau ada pon maknanya belum cukup atau belum sempurna. Boleh relate tak? Sobsss..!(Sedih mengenangkan diri sendiri)


2. Dendam - dendam ni terhasil daripada marah yang tak diredhakan dengan segera. Pendengki akan rasa senang bila orang yang didengki tu ditimpa bencana. Kita kena memaafkan dan berlapang dada.


* Yang ni saya petik sebijik2
Pernah berlaku, apabila Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a bersumpah tidak akan memberikan bantuan (harta) kepada Misthah yang masih tergolong kerabatnya, kerana suatu penganiayaan yang dilakukan oleh Misthah, maka Allah menurunkan ayat-Nya yang bermaksud:


"Janganlah sampai bersumpah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kekayaan di antara kamu, kerabat, orang-orang miskin dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, tetapi hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada, tidakkah kamu suka, Allah Maha Pengampun dan Penyayang"


(Annur:22) - 


Sebaik sahaja firman itu disampaikan kepada Saidina Abu Bakar, maka beliau pun akur dan redha dengan pengampunan Allah itu. Lalu beliau pun kembali menyambung semula bantuannya terhadap Misthah, meskipun Misthah telah melakukan penganiayaan terhadap beliau.




3. Tak Mahu Berdoa - Orang yang paling sombong dan bongkak di sisi Allah adalah orang yang tak berdoa selepas solat. Dia bukan saja bongkak, malah hina dan jahil di sisi Allah s.w.t. Selalu je kita lepas salam terus bangun lipat telekung sejadah. 


Mode - saya nak jadi orang yang cool je..rilek jeeee (amin)
Nanti saya share lah lagi lain-lain. Ada keje plak.
Tapi kalau tak nak baca sudah :D


Ok Bye!






Thursday, December 22, 2011

Ustaz Ismail Kamus - Parenting



1. Jangan Pukul Anak





  • Jangan Pukul anak dari umur 1 hari, hingga 10 tahun.
  • Pukul anak jika meninggalkan solat, umur 10 tahun.
  • Pukul anak kat tapak kaki.

2. Ayat-Ayat untuk Anak Degil


a.  Cara 1
  • Baca Bismillahirrohmaanirrohim -  786x
  • Baca Suroh Yaasin Ayat 71 (Wazallalnaaha..) - 71x
  • Baca depan air (Jag) sekali gus, tak boleh stop2, sekali jalan.
  • Pastu dia tak cakap plak bagi air tu minum ke, sapu ke. Saya rasa logik akal bagi minum la kot kan.
b. Cara 2
  • Baca Suroh Toha Ayat 1-6, - 1000x
  • Boleh baca secara ansur, stop sambung.
  • Dah habis baca 1000x, malam2, baca ayat tu 3x, tiup dekat ubun2 anak masa anak tengah tido.
  • Jangan cium anak waktu dia tido, nanti dia degil (OooEmmJayyyy)

Parents..Good Luck!
Ok Bye!






Tuesday, December 13, 2011

Passion



"Work, as if u will be living forever.
Ibadah, as if u know u will die in a minute.
Have passion in what you are doing;
Passion in your work,
Passion in your solah, 
Have passion when reciting Quran.
Passion with your family.
Have passion in Islam.


Insya Allah, u will gain happiness
Today and Hereafter"




Ok Bye!

This is shock!



I posted this video at my FB and I wanna share it here.
Just watch and read the translation. I believe with the translation thou.
Illuminati and anti-Christ/Dajjal....those are the topics of my readings lately.





"You know presidents, and kings, in Arab countries, and we are with them"


Dangg!!!! 
All the rumors of these is correct! I couldn't believe this.


The world is reaching it's end..







Friday, December 2, 2011

Ryann Performing Solah



Ni solat Maghrib sebenarnya, tapi niat solat Asar je yang dia hafal. Asar pon Asar la nak oi. 
Video terpaksa di bahagikan atas sebab-sebab Ireen kacau. Kalau dia solat dengan Amsyar sepupu dia, lagi kelakar. Tapi tak dan nak rekod. Dedua claim dia la yg betul, ko salah. Hahaha..lenkali lah rekod yang tuh.












Wednesday, November 9, 2011

Ujub


Ujub ialah Perasaan KAGUM atas diri sendiri. Merasa diri HEBAT. Bangga diri. Terpesona dengan kehebatan diri.

Perasaan ujub boleh datang pada bila-bila masa.

Orang yang rajin ibadah merasa kagum dengan ibadahnya.

Orang yang berilmu, kagum dengan ilmunya.
Orang yang cantik, kagum dengan kecantikannya.
Orang yang dermawan, kagum dengan kebaikannya.
Orang yang berdakwah, kagum dengan dakwahnya.

Sufyan at-Tsauri mengatakan ujub adalah perasaaan kagum pada dirimu sendiri sehingga kamu merasa bahawa kamu lebih mulia dan lebih tinggi darjat.

Muthrif rahimahullah telah berkata, “Kalau aku tidur tanpa tahajud dan bangun dalam keadaan menyesal, adalah lebih baik dari aku bertahajud tetapi berasa kagum dengan amalan tahajud tadi.”

Seorang sahabat Nabi Abu Ubaidah al-Jarrah yang menjadi imam. Setelah selesai beliau berkata, “Syaitan sentiasa menghasut aku supaya merasa aku ini lebih hebat dari orang di belakangku. Aku tidak mahu jadi imam sampai bila-bila.”

Ingatlah, semua kelebihan adalah anugerah dari Allah, oleh itu kagumlah hanya kepada Allah, bukan diri sendiri.

Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri."(Surah An-Nisaa', sebahagian ayat 36)

Nabi saw. bersabda, "Apabila seorang lelaki sedang berjalan dengan memakai baju yang kemas dan rambut yang disikat menyebabkan dia rasa kagum dengan pakaian dan dandanan rambutnya (perasan lawa). Lalu Allah tengelamkan dia ke dalam muka bumi dan dia terus ditenggelamkan sampai hari kiamat.” (HR Bukhari dan Muslim)

Nabi saw. bersabda, "Ada tiga hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan ujub (rasa kagum dengan diri sendiri).”. (HR Al-Bazzar dan Al-Baihaqi).







p/s - Kita semua terdedah kan? Mari beringat dan berubah :)







Wednesday, October 5, 2011

A little Thinking



Pagi ni je I did a lot of thinking..
Fikirkan pasal macam-macam..
Hmm..
Ok to be exact, fikir pasal kelalaian sendiri, kealpaan, kemalasan..
Untuk improve diri..untuk improve rohani..untuk improve ibadat..


Sedih..


How am I gonna be a good mother, a good parents, to my kids..
If me myself  have lack of knowledge, lack of ibadah, lack of everything! 
Back then when I was a kid my dad was and still very strict on Ibadat.
He taught us everything.. Mengaji, Solat, bacaan dalam solat, he will asked us to recite bacaan dalam solat and betulkan tajwid, ajar cara wudhu' yang betul..bacakan Hadis, makna hadis, ajar abang saya jadi Imam and kami makmum, Everything!!!!!!


Ustaz dekat ofis saya kata saya pandai mengaji, (mind u, dulu every morning we start our day with reciting the Quran beramai-ramai dekat ofis, it's somehow a tradition tapi bila dah tukar bos dah tak praktik dah :'(  ), sampai suruh saya masuk Tilawah (ok..ini lawak!) and everytime dia cakap camtu, saya sangat bangga dengan abah sebab abah yang ajar saya ngaji sampai pandai. Sebab abah cakap, abah malu kalau orang lain yang ajar anak-anak dia mengaji. Hmm..


Selalu bila dah tertido sebelum solat Isya' (tertido lepas buat homework) abah akan kejut sampai bangun. Kadang2 sampai 1 jam abah tggu saya bangun, dah nampak saya atas sejadah baru lah abah masuk bilik tidur. Tak kisahlah pukul berapa 1 ke 2 pagi ke..takde kompromi pasal solat.
If let say abah and mak tau saya tertinggal solat, sehari la akan dengar mak abah membebel kalau tinggal solat macamana belajar nak berkat, rezeki tak lekat, etc etc sambil bebel sambil geleng-geleng kepala tanda sangat sesal dengan saya.. :(


While mak pulak very strict on the education. Garang ok mak dulu. Mak buatkan time table untuk revision, Tengokkan kami study, No TV at all. Sampai keluar bilik nak pergi dapur minum air pon kene marah. Biar dia ambikkan air or ambikkan apa2 tapi never step out the room masa study. Hoihh teringat je pun dah gerun. Paling garang ialah pasal kebersihan dan kekemasan. Ok ini banyak sangat nak cerita tapi malas.


Satu perangai saya yang keji, suka solat akhir waktu. Sangat Keji.
Jaga solat, bukan setakat tidak tinggal solat, tapi lebih dari itu.
Jaga waktu solat awal waktu, jaga bacaan solat, jaga khusyuk solat. (Ok ini paling susah).
Lepas jaga semua, baru la ikhlas hati kita untuk solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu.
Dan lepas tu menyusul la ibadat-ibadat lain yang kita buat dengan ikhlas (Mengaji-Dengar ceramah-Baca tafsir Al-Quran-Baca Hadis-Tambah ilmu agama-Belajar tajwid etc etc).


Saya sangat percaya solat yang sempurna akan pelihara keperibadian kita.


Tak taulah kenapa saya tulis ni dekat blog. Maybe sangat sedih dengan diri sendiri. I just wanna be like my parents.


Bye.. :'(



Thursday, August 18, 2011

Share Your Wealth



"If u have wealth, share it with those less fortunate,
If u have little wealth, do good and offer kindness and any help u can to those who need it without asking anything in return,
If u need help, accept it from those who give it to you, 
And return that help when u are able at some point of your life to return the good deed"

Source : A Friend's FB Wall 

Pernah tengok video orang Somalia? Sedih? So what is our part? 
Marilah kita sama-sama menjalankan tanggung jawab masing-masing mengikut kemampuan (as said above).
To find out more just click http://irmblog.org/ (Islamic Relief Malaysia).
Semoga kita semua diberkati Allah di atas usaha yang sangat daif ini, Insya Allah.


Bye!


Friday, August 12, 2011

He was chosen



I am emotionally disrupted by watching this video below.














Such a lucky person he is..chosen by Allah
To be granted such Hidayah.




Ya Allah please bless us too, helps us and guide us to your path, to a better Muslim.
Insya Allah..Amiinn..