Showing posts with label TingTong. Show all posts
Showing posts with label TingTong. Show all posts

Wednesday, September 19, 2012

Birthday Chronology


Sehari sebelum birthday saya, husband saya cakap nak dating on my birthday, anak-anak letak dekat rumah shah alam sekejap. Waah berbunga hati saya. "Kita pergi KLCC ok..i nak rainbow kek kat bisou" kata saya dengan gembira lalu terus wasap kawan "U, if nak datang rumah i Sabtu, datang malam ok, siang kami nak datingg..auwww". Dan kawan saya reply "ee..ngada2 nak dating bagai..bencilah..hahaha" :D

*imej kek ni dah bermain dalam otak selama berhari-hari. Sedap nakmamp*


Tetiba malam tu husband bagitau ada meeting pukul 10am on my birthday.  "Kita dating lepas i balik meeting ok.." kata beliau dengan manis sekali -__-. 
So bangun pagi  on the birthday masak nasi goreng untuk breakfast with love, babai suami nak pergi meeting, dan mengasuh anak serta mengemas rumah. Suami kata tak payah masak lunch, sebab nak dine out romantik bevelayyy..
 (bevelay = birthday dalam bahasa Ryann)

Kawan wasap wish birthday tanya dating kat mana. "I tak jadi dating la u, u datang la rumah i sekarang hahahaa..". Kawan saya reply "I tak dapat datang harini, ada orang nak datang rumah"
-__-

Eh tengok jam dah pukul 1 suami tak balik lagi, maka suap anak-anak lunch nasi goreng pagi tadi. Kata tak masak, makan jela apa yang ada. Licin la diorang makan, mummy yang remain kelaparan. Lepas tu kami 3 beranak tido, dan dikejutkan oleh suami yang baru pulang. 3 pm. Great. 
"Bangun siap2, kita keluar" kata beliau.
Dating apanya camni kalau dah pukul 3..memang dating ke laut la ni..kata saya dalam hati.

"U, i lapar, belum makan lagi".  Kata saya sambil ternampak rumah jiran depan host open house siap khemah bagai. "Tak jemput kita ke? Takkan la tak jemput??" 
"Ala kesiannya lapar. Jap I buat2 keluar rumah, mesti abang tu nampak i, dia mesti jemput i"
 Husband pon keluar rumah dan pergi ke kereta, macam nak amek barang tertinggal. OMJ husband sape la tu..kah kah kahhhhhhhh!!!
Dari dalam rumah saya terdengar jiran saya melaung "Zam! meh jemput, sampai pukul 9!"
Kah Kahhhh!!!!!
Suami saya masuk rumah sengeh2...lepas tu pecah perut ketawa.
Korang patut tengok macam mana kami ketawa kat dalam rumah berguling2, mengenangkan perangai kami laki bini yang OMJ tak boleh blah okehhh..kah kah.
Seriusly kalau abang jiran tu tau memang sangat memalukan. LOL.

Kemudian kami pon bersiap-siap, makan di rumah jiran (hihihiiiii). 
"Dah kenyang ni, dah lewat petang, nak pergi klcc macam malas, bukan nak makan best2 pon". "Kita pergi pyramid jelah..rainbow kek tu lainkali"   -__-,
Kata saya dengan sedih. 
Dekat pyramid lepas beli barang sikit, suami insist untuk belikan saya kek jugak. Dia tau bini dia ni hantu kek. Maka saya pon request Delicious Red Velvet cake and Choc Pavlova . (The best in town woooo). Tapau. 

*Choc Pavlova from Delicious*

Lepastu, pergi tengok newborn baby kawan sekejap. Lepas tu balik rumah.

Sampai rumah, ee..tak sabar nak makan kek..Bukak kotak..



















Tara...!! 

Birthday cake saya yang sangat 'delicious'!

*korang kalau beli cake make sure tak ada kejadian mengejar anak-anak yang berlari kegirangan macam mall tu bapak diorang yang punya*



Sebelum kek-kek ni jadi lebih teruk, baik saya bedal. Malam pon malam lah, gemok pon gemok lah.
Balun kek sampai licin, lepas tu tidurrrr!
Tak jadi dating, tak jadi celebrate, cake pulak terbalik.
Itulah kronologi birthday saya tahun ini.
Sekian.

Eh tapi saya tetap happy :)
Ok Bai!





Monday, April 2, 2012

-VE

Assalam..
Monday Morning!
Tengah selesema teruk..plus period pain. Great combo. 


Kalau ada yang tak puas hati dengan saya, confront and say it out la.
Hmm..I have 6th sense, remember?
Dah kawan elok-elok, tetibe lak camni.
Serius tak paham. Chill lah, boleh?


Tengah-tengah tak sihat ni memang -ve vibes senang masuk.
Apa-apa lah labu.


Nak masuk meeting dah.
Ok Bye





Thursday, March 29, 2012

Mimpi Indah Ke? Pt. 2



Assalam..
I'm back! Wah..macam la ko pegi obersee kan nak back back.
Harini Thursday blues..boley? Penat lagi..maka mari update blog.


Of all story, harini nak cerita pasal mimpi malam tadi dulu.
Saya mimpi sape tauuu?? Ceteke ceteke..
AARON AZIZ!!!!!!!!!!!
Sila lah muntah hijau..
Kah kahhhhhhh!


Ya Allah real abes ok. Camni, saya mimpi saya balik kerja lambat. Sampai rumah je... AA sambut sayaaaaa!!! Dalam mimpi tu memang macam dia husband saya la kiranya..kah kahhhh..Sumpah lawak.! Siap ada Rita Rudaini baru lepas masak (Rita tu mcm bini dia jugak..so kira madu saya la tu..lawak nak mati!!). AA sambut saya dengan romantik sekali terus bisik "Rita masak x sedap la yang..u masak lah!!!" Whaddahekkkkkk!!!! AA sayang saya lebih dari Rita muahahaaaa!!! Tersengeh-sengeh berbunga-bunga kembang happy dalam mimpi kah kah. Pastu baru nak manja-manja tetiba kawan saya nama Ija 1 family siap dengan mak pak dia sekali datang. Datang nak makan katanya. Kelam kabut I nak masak. Pastu saya tetiba teringat dekat husband saya yang sebenar. Macam terpikir alamak belum inform dia balik lambat sket. Kelasssss kooo ada 2 husband. Mimpi kannn..nak doblas husband pon ada ko kesah ahhaha...


Pastu AA siap cakap "u betul ke nak masak ke nak i beli je?" HAHAHAAA...sayang bini hahahaaa. Saya masuk dapur je tetiba dapur tu jadi dapur rumah Ija. Saya nak masak, tapi dok tanya Ija "Ja, mana ko letak bawang, pakai kuali nih boleh? garam mana garam??" Sengalll nak mampsssss...
Tengah-tengah masak saya teringat dekat husband sebenar, usha line agak-agak AA tak nampak, saya call husband. Cakap pon cover-cover..yela orang ada 2 laki  kang kantoi lak..kah kah!


Me : B..u katne? I balik lambat sket la bizi banyak kerja..
Husbnd : I kat IT fair ni..lambatnya u balik..
Me :  U beli apa kt situ?
Husbnd : Tak beli pape..tak best la g sorang-sorang..I nak g ngan u..


Saya terus senyum bangga sebab dedua suami sayang saya!!! HAHAHAAA..Cepat tikam saya cepatttt!!!!
Hahahaaa! Pastu terus terbangun. Sengeh-sengeh..sambung tido balik dengan harapan mimpi bersambung. Tapi tak.


Hadoi..sengal kannnn?!!
Yela malam tadi sampai rumah dari Terengganu dah pukul 10. Bersihkan diri, terus tido kan anak saya tido sekali. Penat sangat, doa tido pon tak baca. Hamekkk..mimpi indah..hahaaa..


Pagi tadi sempat cakap kt suami, mimpi AA. 
Dia buat muka..malas nak layan..
Muahahaaaa...


Ok la tu, dia mimpi Nora Elena, kita mimpi Seth Tan.
Fair n Square.


Ok Bye!





Thursday, March 15, 2012

Seri Wajah



Adeh..fening nye pale..Nih fening lalat ke fening apa nih?
Sakit pale lain macammmm je nih..
Haiyokkkkkkkk...hehe!


Anyway, perasaan di kala ini adalah ingin bertukar tempat kerja. Walaupun ini baru tahun ke 4 dekat sini, tapi rasa macam dah cukup la kot pengalaman di sini. 
Tak kisah la tukar jabatan/kementerian mana, tapi mesti di Putrajaya of kos.
Saya mau new environment. To re-boost my eager on work, motivation, production, etc.


Tapi, dilema saya adalah, pertama : bos dah cakap dia tak nak sokong pertukaran saya. (I kill u boss) Yang ni kene gosok bos kaw2 dulu. Yang kedua adalah : Saya enggak mauk buat system development. Ewah dah la nak tukar ko boleh demand plak. Saya sayang project management. Sapa kata senang? Susah tau jaga projek. Tapi kalau buat networking pon best jugak. Wpun knowledge networking saya di tahap beginner, saya rela belajar bersungguh-sungguh. Tapi buat sistem?? Euuuwwwww..


Dulu dekat private memang buat sistem la kan, bergelumang dengan codings. Masuk gomen, 1st task still buat sistem. Tapi 1 je. Pastu babai. Saya tak sanggup mengulang bercakap dan berdialog dengan monitor semasa buat sistem dulu.






Ini la reason utama takmo buat system development. Heh!
Ok Bye!



Tuesday, March 6, 2012

Can't Wait!



Hehe..
Tajuk penuh propa..biasala tajuk memenag kene penuh drama..
Padahallllll..xdek mende pon..
Sendiri je rasa eksaited..hihiiii..


Insya Allah..mudah-mudahan..
Amiinnnn..!


p/s - Good luck untuk semua, yang sedang kerja, yang dekat rumah, yang dekat dalam kereta...(HAHAHAAA..berangan ada reader..padahal yang baca berapa ketol je kah kah)


Ok Bye!

Monday, March 5, 2012

Mondayitis



I thought it was 'Mondaygitis' as what a friend told me, but when I google-d the word, turn out to be Mondayitis.



Call it what you want, but "Mondayitis" is a feeling of weariness, sadness, apathy and general distress that many individuals feel when starting the Monday morning work week. This feeling is usually enhanced after a large weekend.
Boss: "good morning, looking a little worse for wear whats wrong?"

Worker: "Got a case of Mondayitis"
Tepek sebijik2 maksud dia dari mana tah dah tutup x smpat tgk address.

I tend to annoy to people whom always put the monday-blues status in their FB. What is your problem meh? Just work la imagining monday is Friday. Cannot ah?

And today yes I am here with the illness - mondayitis @ monday blues.
Padan muke kata orang lagi sekali kene baru tau. Allah the Almighty.
Looking at my Google Chrome tab - blogsssss, Facebook, Interior design images, cabinatary design google images, office email account, yahoomail,  more blogs and blogss. Where is my work.doc again?

My office has come up with a new policy which is - Audit Tugas Harian - ATH (Daily task audit).
So my ATH today would be this:
1. Facebooking - 4 hours
2. Blog-hopping - 4 hours
3. Google-ing - in between no1 n 2. Approx. 2 hours
Total 10 hours. And there goes my Monday.

Ok Bye!

Wednesday, February 29, 2012

Shaema Surihani








*Ehem*
Baju kitew sameww lewww..
Hahahaaaa..

Ok Bye!


Adakah ini namanya kebenaran?




Serius? Yang bener nih??
I'm a cheapskate.
Pantang nampak bende2 murah macam nih mula la tak senang buntuit. Lagi-lagi RM1. Kalau ikut gambar tu maknanya RM8 utk semua part. 8 hengget?? Ko buat ni seminit je ke tiap part?
Memang la nanti diorang akan pujuk2 utk subscribe full session yang mencecah ribu-ribuan. Takkan saya tergoda punyee..sebab saya takde credit card hahaa padan muka diorang akan kecewa.
Tapi tapi..
Kalau yang ni singgit mau try lah.
Ke tak yah? Ke tipu je?

Ok Bye!


Tuesday, February 21, 2012

Binding

Sorang kawan dari bahagian lain call


Dia : Eh kat bahagian awak ada binding tak?
Saya : Jap eh nak tengok (Pergi cek kotak first aid kit). Tak ada la..
Dia : Ala kat tempat saya ni dah rosak
Saya : Rosak? 
Dia : A'ah..byk dokumen nk bind nih..
Saya : (*&%^$^#&$@*$#$)


Camana la saya boleh terpikir pasal binding balut luka tuh?
Sengal ko nih.
Ni ofis la bukan rumah.


Ok Bye!

Monday, February 20, 2012

576 Steps


Turun kereta dari parking area, sayup je nampak building ofis nun atas bukit. Jauh nyeeeee nak jalan kaki hari-hari masuk ofis. Selalu park dekat visitor area depan kompleks ofis ni, tapi this year macam tak boleh dah. Strictly for visitors. Staff pegawai cabuk macam saya tak dapat parking lot khas. (Rasa nak tukar kementerian lain je pegawai semua dapat parking). Maka terpaksa parking jauh nun belakang sana bawah bukit kalau double parking blok kereta orang lain tak boleh release hand break nanti orang tolak-tolak kereta jalan jatuh masuk tasik phewwww  -_- .

Soo..
Menapak la kite ye. Bila dah biasa dah tak rasa jauh dah. Kadang-kadang kalau teringat, lengkap la zikir harian sambil berjalan ngam-ngam sampai tempat duduk. Dari termengah-mengah panjat tangga bukit tu, dah tak mengah dah sekarang. Pastu terpikir nak kira berapa langkah. So itu la dia 576 steps from the very 1st step keluar dari kereta (pagi tadi punya). Of cours the counting varies depends dekat mana saya park. Lagi jauh, lagi banyak langkah. Itu counting pagi tadi. Dia dalam range 560-600 steps. So kalau return trip jadi 1120-1200 langkah pagi dan petang. Terus terasa badan macam fit dapat exercise setiap hari. Yakin la walaupun tak pegi gym tapi saya brisk walking (ayat org malas exercise memang camni).

Tapi bila handphone tertinggal dalam kereta, dah sampai workstation baru tersedar hand phone takde terus letak handbag gigih pergi balik kat parking sambil berlari-lari anak sebab gerimis mengundang lepastu amek handphone jalan naik tangga tapi terlupa amek payung sekali lepastu berlari-larian patah balik amek payung takot basah kehujanan nanti seksi tak suka pastu teruskan perjalanan bersama payung bajet ayu bersama telefon di tangan.

Sampai ofis..SEMPUTTTT..
Takda maknanya nak fit. Tak fit pon takpe.

Saya nak parking lot! 

Ok Bye!


Tuesday, December 27, 2011

Harini anniversary kitewww lewww

Yang ke 14 tahun 
Hahahaaa..
Nak jugak tuh Anniversary ..tak tahan...
Anak pon dah form 2 kah kah...


eh tapi ryann baru 5 taun.
Ini anniversary gedik2 namanya..
Anniversary start jadi an item gitewwww..start couple2..kah kah..
Kenal tahun 1997, after 9 taun baru kawen, iaitu pada 2006.
Cinta Agung katanyaaa...hahaha..


Ok Bye!


p/s-Blush!

Monday, December 19, 2011

Monday Babble



Saya adalah super risau.
Risaukan ank yang belum fully recover dari demam. 
Demam since Khamis. On paracetamol 6 hourly. Tak settle than pegi klinik hari Sabtu. Dapat antibiotik.
Doc cakap if Selasa still belum settle, than baru kene amek darah. 
Harini Isnin, belum baik lagi demam. Tapi this time takde batuk, which is syukur jugak lah. Kalau batuk satu hal lagi nak mendengar wheezing kat lung pulak. Double risau.
Tapi bila anak demam, macamana kita nak tidur kan. Kene monitor temperature dia. So dari Rabu malam tak tido betul, smpai malam tadi. Weng kepala. Saya ni memang style basah kepala ank macam mandi bila panas sgt. Tak kira la pukul berapa. Budak tu pon bkn tido lena. So bila panas sangat, saya kejut anak betul2, basah kepala ketiak badan sume. Bagi ubat, tidokan balik. Setengah jam kalau panas balik, bwk pi toilet lagi sekali. Budak kecik tu sangat membenci towel basah di kepala. Boleh amukan ablasa. Sebab tu la saya siram je dia ngn air kat toilet. Senang. Risau sangat bila kepala dia panas, takot la efek otak ke. Banyak kes kan demam panas dpt kerosakan otak lah, sawan lah, ish macam2. Scaryyy..tsk. Bila budak demam, basahkan armpit ngn celah kelangkang (eh kelangkang ke? ke kangkang je?) dia. Cepat suhu tu turun.


Tapi saya di office, sungguh tak keruan. Tadi masa hantar kat nursery, panas dh turun. Cikgu kata nak call kalau dia demam. Tak call pun lagi. Manageable la kot. Jap lagi nak call lah.
And kepala adala ting tong. Tido adala sejam dua je. Nasib baik tak terlajak. Dah la semalam penat sangat.
Harini nak cuti masak. (Hint husband)


Oh dah ingat dah kenapa penat sangat. Semalam 'BFF' kami datang rumah. Sibuk tau husband pon nk ada 'BFF'. Pastu nak ajak datang umah jugak. Eh padahal husband tak ajak pon, diorang yang nak datang hahaa. Tapi 'BFF' saya, mmg saya ajak. Malas nak keluar anak demam tak sihat jumpa kt rumah lagi selesa kan. Tapi langsung tak amek gambar kerana menghormati permintaan kawan baik yang merasakan dirinya amat hodoh sekali ketika berbadan dua. Standard ar preknen kan, msti la hodoh2 sket sebab nanti anak ensem ngn cun macam ank2 saya. HAHAA.


Saya juga mode anti camera, sebab saya sedang mengalami pertambahan berat badan secara rela.
Rela la sangat. Lalu segala lelemak bersuka ria memunculkan diri. Amek gambar je delete, amek gambar je delete, pastu salahkan camera murah gmbar tak cantik. Padahalllll..dush!


Ha cikgu dah msg kata Ireen dah mkn ubat, tapi tak demam. Lega sikit.


Adeh kepala sakit la x cukup tido. Mood takde. Nak masuk HRMIS tapi load macam siput. Korang tau x HRMIS. Gomen servant je tau. Yang tak tau google la ye kalau rajin. 


Eh lupa satu lagi. Yang dinanti tu dah kunjung tiba. So confirm la Ireen belum boleh tukar panggilan jadi kakak lagi. Ahaks!.




Ok Bye!





Friday, December 16, 2011

Yang Di Nanti Belum Kunjung Tiba



Apakah yang dinanti?
Kenapa belum kunjung tiba?
Kunjungan atas jemputan kah?
Selalu tak pernah jemput pon, tiba je.
Tapi kenapa yang ni..??
Why oh why???
Benci tau.


Ok Bye!



Thursday, December 8, 2011

Determine Baby's Sex a.k.a Tentukan Jantina Bayi

Eh saya terjumpa ni la:




Source sini.


Nak percaya? 
Takpe jom kita cek.
Ok my 1st child Ryann born Aug2007, tp conceived masa saya umur 25 tahun, bulan November. So tengok dekat column 25, Nov = M (Male). Ok ni betul.
2nd pulak Ireen, concieved on Jun, me 28. F (Female) Betul jugak!
So korang boleh la pasni mulakan projek baby, tengok chart ni dulu, leh planning..hahahah!
Eh tapi janganla percaya sangat..bende2 ni biasala kan..petua2..kaji selidik..
Kita amek sebagai pengetahuan jela..kang ada yang kata saya percaya ngn tilik cina plak..haha.




Ermm...kalau taun depan umur 31 nak anak boy..maka..bulan Januari? Aiseyman cpt sangat..Ok Mac lah.
Kah kah..


Ok Bye!

Thursday, December 1, 2011

Beku



Weh serius ofis saya sejuk macam kat ice world i-city.
Eh padahal tak penah pon pegi ice world kat sana.
Tapi tak kisahla, kesejukan melampau.
Otak pon beku la weh, nak buat slide utk Dato' KP ni idea tak mari.
Tengok saya dah membuang masa seploh minit nak post entry beku.
Daripada paper dia yg 58 muka surat, saya kene bg compress slide takat 20 slides max.
Mampukah siap hari ni? Mampukah?? Baru page ke 9. Help!


Ok Bye!