Showing posts with label Work/Career. Show all posts
Showing posts with label Work/Career. Show all posts

Thursday, December 20, 2012

Cubicle baru la sangat

Assalam,,

Ish lama betul membiarkan blog ni tanpa cerita. Padahal banyak cerita. Reason ada..mesti ada punye.
Kali ni bukan reason busy. Bukan bukan padahal memang itu la ultimate reason.

Ok sebenarnya ni. Ofis saya buat dekor ulang deh. Alih kan workstation masing-masing, susun balik. Sementara je nih, sebab 2014 pindah bangunan baru. Harap-harap 2014 dah tukar kementerian lain.
Pastu i dapat la kedudukan baru. Baru la sangat padahal partition board, meja, kerusi sume yang lama, cuma alih tempat je. Lepas tu tempat haku paling tak best. Eh tak la paling, sebab yang paling tak best mestilah yang membelakangkan bos. Bila bos lalu belakang tak sedar tiba2 sergah, kantoi tengah bukak facebook.. haa itu la tempat paling tak best.
Saya punya up sket. Bos lalu depan, tak lalu belakang. Ok gak la.
Tapiii yang tak best..mamat sebelah saya ni direct nampak segala isi skrin pc i. Hish paling lemas lah. Dulu takde orang nampak apa i buat, heaven je takde sape nampak pc i. Sekarang no more.


Nampak tak? tengok tu mamat sebelah I. Sekali dia pusing straight nampak saya. Abaikan sepah itu






Alang-alang, meh saya tepek cubicle 'baru' saya yang tak best.




So bila ada je mood nak update, ada masa, line x clear pulak. Bila line clear, masa takde. Mood update pon takde. Abeh camno? Tapi selalunya adalah disebabkan line x clear muahahaa. Tu je nak bagitau.

Ok Bye!



Wednesday, October 3, 2012

Bonus

Ok. Pasal bonus. Gomen staff dapat bonus. Mesti jadi isu tiap kali. Kan.
Let me point out my view. Korang kalau tak setuju saya kisah ke? Bahasa urban "Like I care~~~!" heh.

Camni la. Staff gomen ni, boss diorang adalah pihak kerajaan. So staff gomen nak rasa bonus kene la mintak dekat kerajaan. Yang kerja private, korang mintak la kat bos korang. Yang tak puas hati pulak kenapa. Orang gomen pernah ke hentam bos bank rakyat "Weh, kami tak puas hati dato' bagi bonus 15 bulan dekat staff, abistu kami punya bonus cemana???"  Ada ke cmtu?

Pastu ada yang cakap, dah dapat bonus tak reti bersyukur. Tak sokong kerajaan. 
Saya ni bukan nak cakap pasal politik ok, ini nak bagi perumpamaan jela kat sapa-sapa yang tak paham.
Orang private, kalau rasa nak upgrade income, appply kerja lain kan. Rasa macam tak puas hati dengan company sekarang ke, tak suka kerja sekarang ke, benefit sekarang tak berapa nak best, nak benefit lebih ke, mula carik kerja lain. Selain dari dapat increase your value, (kita ni semua ada value dalam career kan, more experience, higher the value), gaji pon up. Ada tak bos cakap "Awak carik kerja lain awak ni tak reti bersyukur ke. Saya dah bagi gaji, dah bagi elaun, kenapa tak mengenang budi?" Ada tak camtu? Sukati dia la kan. Kalau bos tu sayang staff tu, dia akan counter balik. Kalau tak mampu counter, or dia rasa tak worth, let go jelah.

So kalau rasa macam ada bos lain yang boleh bagi lebih banyak kemudahan, benefit best cover medical sampai tujuh keturunan ke, apa salahnya kalau orang tu nak mencuba bos baru. Untuk kebaikan dia jugak. Selagi dia tak duduk bawah orang lain, dia tak tau bos baru dia tu best ke tak...atau mampu ke tak. Tapi...tak salah mencuba. Bila bos lama dia sedar yang bos tu perlu jaga aset (staff), bos dia akan improve.  Sape yang untung? Diaaaa jugak kan.
Kalau dalam bisness ada competitor yang kuat, dia akan compete, bagi yang terbaik. Tapi kalau competitor dia lemah, dia fedulik ke nak bagi harga murah? Kualiti dia nak jaga ke? Takde dia fedulik der. 

Lepastu kalau dia dah duduk bawah bos baru tu, rasa macam tak best jugak, dia boleh carik kerja lain lagi. Kan. Simple je. Nak kerja balik dengan bos lama pon boleh kalau bos lama panggil balik. Lagi sekali sapa untung? Diaaa jugak. Bukan dunia ni kiamat pon kalau dia rasa bos baru lagi tak best. Carik la kerja/bos lain. 

Bagi staff yang tak berniat cari kerja baru, dia rasa apa yang dia dah dapat lebih dari mencukupi, terpulang la. Itu pilihan dia, hak dia. Perlu ke kawan tu nak bertegang urat mempertahankan bos dia sangat bagus, tak perlu carik kerja lain atau bos dia tak bagus langsung. "Hang ingat hang kerja tempat baru tu bos baru hang baguih ngat ka? Dia pon kedekut hang tau ka?" 
Boleh ke cakap camtu?
Hak masing-masing, pendapat masing-masing. Kalau yang nak stay tu, stay lah sampai mana yang dia boleh bertahan. 

Kalau orang kerja bank.. dia tak boleh lama buat certain task. Sebab bila dia lama buat kerja tu, dia akan jadi hustler, selok belok dia tau. Senang dia nak buat kerja penyelewengan. So kene reshuffle selalu. Sebab perihal kewangan ni crucial and critical. Semua pasal duit adalah critical. 

Tau kan konsep HIJRAH? Penghijrahan tu adalah sesuatu yang dituntut, and banyak hikmah. Sebab tu la ada sambutan Ma'al Hijrah. Mula-mula berhijrah memang susah, tapi lepas tu baru nampak hikmah dia.

Itu dalam konteks kerja/kerjaya.

Tulisan carca merba ni korang paham ke?. Kalau korang bijak korang boleh la relate. Kata semua belajar tinggi..setakat tulis bodoh2 camni tak paham taktaula.

p/s - Announce bonus, harga barang semua naik. Ni kene salahakan peniaga, pengusaha, pemborong, pembeli, peruncit etc etc. Tak yah lah marah orang gomen dapat bonus.


Ok Bye!


Thursday, July 5, 2012

July Yang Semput

Assalam..

Bz sangat la tak sempat nak update blog. 
Halah balik2 cakap bz, boringggg..
Kan.. tapi nak buat cemana memang bz.
Bulan ni semput. Semua nak buat bulan ni. 
Banyak kerja.
Nak squeeze kan kerja between meetings. 
Harini pulak dapat tau SEMUA server kene pindah Cyber before August.
Kat ofis ni pulak ada banyakkk portal and apps.
Eh sukati je kan. Pindah server bukan main hangkut letak je. Hadoiiii..Nangessss!!
Nak cuti pon tak sempat. 
Ireen batuk tak baik-baik. Ni nak bawak klinik homeopati pulak jap lagi.
Meeting 2.30 pulak. Klinik tutup pukul 6. Balik awal lah. Sorry bos.
Family first.
Tskk..

Ok Bye




Monday, May 28, 2012

Tip Of Borneo




Another interesting place I went.
Tip Of Borneo, Kudat, Sabah.

Tempat ni adalah pertemuan dua laut, Laut Sulu and Laut China Selatan.
Kalau bukan pasal kerja, tak sampai sini derrr. Jauh ok. Alhamdulillah dapat peluang datang sini.
Scenery was amazing.
Ada orang cakap tempat ni dipanggil telinga kucing, based on the map shape. Kalau tengok Borneo land kat map tu, up north tu kan macam telinga kucing, and to me bentuk Borneo itself dah macam kucing dah..kan?


@ Marina Golf Resort, Kudat. About 20km from here to the tip of Borneo

Cantik sangat Subhanallah..!

Kene jalan kaki from the parking.


Spot the line behind me? The border between Sulu and South China Sea. Ahmazainggg!










With the rest of team n bosses



Nice huh? Never I knew ada tempat menarik macam ni di Kudat. Ok I have 0 skills in photo capturing. Tapi reality dia sangattt cantik...!


Ok Bye!

Friday, May 25, 2012

Lil Experience



I was in Sabah!

Tapi Ya ampun..trip yang ni sangat la mencabar jiwa raga. Trip kali ni kene turun padang sampai ke Keningau and Kudat. Saya memang belum pernah sampai sana. Meeting dekat HQ Sabah, stayed KK at Le Meridien for 2 nights, next day tu pergi Keningau. 


Capek lepas seharian meeting




KK-Keningau by bus je dah 3 jam. Mind u 3 jam ni bukan highway, tapi jalan berbukit-bukit macam Cameron, dan banyak jalan yang still belum tar, berbatu2 kecik putih tu. Bila sekali jalan naik debu mcm padang pasir. Bukit dia sangat tinggi, sampai bas kami terundur ke belakang and that moment was sooo scaryyyyyy! Nasib baik driver bus skillfull enough to handle. Kalau tak memang jatuh ke belakang la uwaaaaaaa! Some said pernah ada lori yang terbalik sebab bukit tu curam. Takot giller!!! Haish kesian orang Sabah (minus KK). 
Sampai sana, meeting and lunch lebih kurang 2 jam, terus ke Kudat pulak. Tengok kat map atas tu, Keningau (yang highlighted merah) to Kudat (northen), kene lalu KK balik, makan masa 6jam! Total hours dalam bas was 9 jam. Seriusly macam nak patah pinggang lama sangat travel dalam sehari. 


Along the way, banyak sangat experience yang dapat. Penduduk sana mostly tinggal dekat rumah kayu, or should I say papan?? Tingkap pon tutup pakai kanvas. Kalau dekat Selangor rumah camtu dah lama masuk Bersamamu. Macam rumah orang asli. Tapi dekat sana, macam normal. Dhaif. Eh mana la peruntukan Sabah pergi eh? PRU nak dekat ni.. Kesian la.


Get it?? It has been ages.




Me + colleague (Fara) posing dengan Kendingau (kayu manis) souveniour from them. So that's how Keningau got it's name. 5 tahun  masak pon takkan habes kah kah! Thanxxx!





U may wonder kerja apa yang saya buat dekat sana. Well being me, tak berapa suka cerita pasal kerja dekat blog, tapi for the sake of sharing, I'm writing it here. Jakim (where I'm belong) ada Pusat Latihan Dakwah (PLD) at Keningau, Kudat, Kundasang and Lahad Datu. Purpose of those adalah sebagai Pusat Latihan Saudara Baru. PLD offers kursus-kursus pensijilan ERT, Komputer etc. Sarawak pon ada. Rural area macam tu dekat Sabah Kristian lagi ramai dari muslim. So PLD ni bagi latihan di samping latihan untuk jadi pendakwah, untuk tarik lebih ramai orang berminat dengan Islam. Terikat dengan peruntukan kerajaan, keadaan PLD ni sangat 'biasa', tak mewah, seadanya sahaja. My purpose there of course lah yang related dengan IT facilities. Tengok2 kan mana yang patut. Sapa2 yang nak bagi sumbangan adalah dialu-alukan. Sumbangan untuk PLD ni boleh la dibuat direct dengan Pengetua PLD. 


Jagung Bakar. Dengan kulit2 sekali dia bakar. Lagi sedap dari yang bakar biasa tu.




Lobster - santapan malam @ KK. Puas hati!



Of all places, boleh pulak terjumapa ex-colleague @ 'kawan-yang-baik hati-nak ajar swim-tapi-separuh jalan' dekat Sabah.. haha. Stay hotel sama plak tu. Kelakar giller! Padahal ofis masing2 tak sampai 3km tapi punyelah susah nak jumpa. Before pergi sini dah plan nk lunch date tapi x sempat, n masing2 x sempat nk bgtau nk pergi Sabah. Last2 jumpa kat sini hihi.  


Nanti sambung lagi.
Ok Bye!





Tuesday, May 22, 2012

Rindunye!



Rindunya nak update blog...!!
Tapi tak sempat...haishhhh
Seminggu tak masuk ofis..macam2 hal. Email pon berderet-deret, tak sempat reply semua.
Tangan dah macam dewa india. Kelam kabut.
Baru nak rilek, esok kene kerja luar lagi.
Takpelah I'll find the time untuk update betul2.


Ok lah tu je..
Bye!

Thursday, March 15, 2012

Seri Wajah



Adeh..fening nye pale..Nih fening lalat ke fening apa nih?
Sakit pale lain macammmm je nih..
Haiyokkkkkkkk...hehe!


Anyway, perasaan di kala ini adalah ingin bertukar tempat kerja. Walaupun ini baru tahun ke 4 dekat sini, tapi rasa macam dah cukup la kot pengalaman di sini. 
Tak kisah la tukar jabatan/kementerian mana, tapi mesti di Putrajaya of kos.
Saya mau new environment. To re-boost my eager on work, motivation, production, etc.


Tapi, dilema saya adalah, pertama : bos dah cakap dia tak nak sokong pertukaran saya. (I kill u boss) Yang ni kene gosok bos kaw2 dulu. Yang kedua adalah : Saya enggak mauk buat system development. Ewah dah la nak tukar ko boleh demand plak. Saya sayang project management. Sapa kata senang? Susah tau jaga projek. Tapi kalau buat networking pon best jugak. Wpun knowledge networking saya di tahap beginner, saya rela belajar bersungguh-sungguh. Tapi buat sistem?? Euuuwwwww..


Dulu dekat private memang buat sistem la kan, bergelumang dengan codings. Masuk gomen, 1st task still buat sistem. Tapi 1 je. Pastu babai. Saya tak sanggup mengulang bercakap dan berdialog dengan monitor semasa buat sistem dulu.






Ini la reason utama takmo buat system development. Heh!
Ok Bye!



Monday, February 13, 2012

Selamat Pagi

As salam,
Morning!
Lamanya tak update belog.
Hari-hari meeting, tak sempat nak update. Bila meeting pagi, petang kene buat keje, or buat meeting minit.
Bila meeting petang, pagi kene pulun siapkan kerja. Tempat yang kurang pegawai macam ni la, tak menang tangan, kadang-kadang abes sume pegawai takde kt ofis, sume keluar meeting.
Curik2 masa hapdate fb je, senang, cepat dan pantas, (sempat lagi tu).
Harini sebenarnya sangat malas nk pergi kerja, 2 weekend berturut2 asek berjalan jauh, letih.
Last 2 weeks pergi Jasin n Cameron, malam tadi baru balik Kota Tinggi. Perghhh jauh gillerrrrr..hehe.
Tapi sebab malam tadi HRMIS buat hal, tak dapat nak apply coti, terpaksala kerja. Malas nak EL.
Tapiiii..nasib baik datang. Kalau tak datang, agaknya diorang kene datang rumah saya mintak sign satu bende penting urgent.


Ok lah, nanti sambung lagi.
Nak prepare pergi meeting (lagi).
Hopefully harini rilek sikit sebab badan masih letih and mood belum mari.
Ok Bye!

Thursday, December 8, 2011

Phewwww!






Lega! Event went well. 
http://www.islamgrid.gov.my/ - is what IslamGRID are all about. Please do visit ok!
This year we are so occupied with this project, islamgrid portal, the launching, the preparations, seminars..etc..
Alhamdulillah.
Leave u with the pictures of us camwhoring hehe. Bagi can la..










Ok Bye!





Thursday, December 1, 2011

Beku



Weh serius ofis saya sejuk macam kat ice world i-city.
Eh padahal tak penah pon pegi ice world kat sana.
Tapi tak kisahla, kesejukan melampau.
Otak pon beku la weh, nak buat slide utk Dato' KP ni idea tak mari.
Tengok saya dah membuang masa seploh minit nak post entry beku.
Daripada paper dia yg 58 muka surat, saya kene bg compress slide takat 20 slides max.
Mampukah siap hari ni? Mampukah?? Baru page ke 9. Help!


Ok Bye!



Monday, October 24, 2011

My Ex-Boss Story



Ok harini cerita pasal one of my previous job experience. Saya banyak experience kerja I tell you. Very the interesting. Ni salah satu.


I once worked as an admin exec at a small local custom furniture company (err..furniture workshop kot), owned by a Lady. Middle age lady. Office dekat lot bengkel, kawasan Perindustrian, depan ada bengkel kereta, tepi ada stor, kanan ada kilang besi welding, sana depan sket ada kilang kaca, and banyak immigrants yang menakutkan.


Kawan saya yang recommend, masa tu baru lepas grad dan memang takde kerja.
Projek buat custom furniture, projek banyak dapat dekat government agencies. Buat kaunter pejabat, buat office partition, buat librabry, mahkamah, as well as kitchen cabinet. Semua buat. So saya kene tau jenis kayu kayan, accessories cabinet, materials, suppliers, etc etc. Saya sorang je staff admin, and kawan saya sorang adalah Autocad designer.


Bos saya macam "Im! (shorform Shaem), berapa harga sekaki cornice yang Hup Seng Sdn Bhd. jual?? (sambil sketch design cabinet and buat estimation kos).
Saya "Err..jap (smbil bukak katalog laju2)". "Awak tak hafal harga??? those prices should already in your mind! bukan time ni nak cari2 harga!. 
Masa tu baru seminggu kerja.


Lepas tu, dah kata admin exec, makanya saya juga kene buat gaji staff, filing (ofis tak pernah ada proper filing-so saya buat filing 1-1), kene oder barang, manage account, chase payment, kene tadah makian oleh suppliers sebab lambat bayar, kene manage staf kilang, tengok attendance diorang, (lambat seminit potong seposen)..pagi2 saya dengan super kelam kabut sampai ofis terus pegi kilang tengok sapa yang belum datang, trus cek punchkad sebab nanti bos akan call tanye sapa yang lambat :P. 
"Im! awak jangan bagi muke dkt staff, check punchkad, kalau lambat, call! Potong gaji!!"
Pastu terus tengok projek apa on going, cek progress production, sambil2 call utk monitor staff yang ada dekat site, tengah pasang apa, wiring dh settle ke? ada complain tak? 
"Im how's the mahkamah project? apa progress?" and she's expecting my answer tanpa ada err..arr..


Pastu naik ofis baru nak buat air nak brekfast bos sampai "Im! Kak *** dah sampai cpt trn!" Maka saya kelam kabut trn bawah dan angkut 2 beg bos yang berat + 3 handphone + 2 organizer + macam2 jenis file naik atas sambil dengar herdikan bos tentang segala-galanya.
SEMUA orang di kawasan berhampiran keluar dari workshop masing2 untuk menyaksikan saya kene herdik.
Lepas tu, "Im! ada apa-apa makanan tak? Buatkan Kak *** roti and Milo" (Senyum2)
"Milo habes kak ***"
"Eh apesal tak beli?? Awak kene make sure sume barang ada, kan ada petty cash beli la!" (terus enyum hilang).
Lepastu belajar buat account and manage 3 account company, 1 account personal bos.
Prepare cek utk sume hutang2 and bills, bill anak2 dia tuition, bil piano and violin lesson, bil hp.
Selalu tengah2 bizi dapat call "Im! Kak *** ada presentation dekat Seremban. Awk kene ikut. 5 minit lagi sampai. 
Ke seremban la kita, or ke mana-mana sahaja yang disuruh.
Tak pun "Im! Kak *** tak sempat smpai on time pls fetch my doter dkt skolah ye pkul 1". Saya pon hegeh2 la ke Dengkil amek anak dia, hantar rumah, and balik ofis.
"Im! pegi Putrajaya now hantar invois/quotation. or pegi Pjaya jumpa Encik/Puan itu ini discuss. Now!"
And kalau dia masuk ofis tghari, "Im, Kak *** lapar la, awk bli lauk kite mkn sama2". Pegi kdai jalan kaki tapau lauk pauk, smpai ofis hidang dalam mangkuk, makan, lps mkn cuci pinggan, kemas2.
Saya juga call kawan2 yang kerja HR ke Admin ke, tanya pasal secretary company. Apa kejadahnya secretary company ni eh?? Mak blurrrrr!
Hari2 kene herdik sebab keje, hari2 kene puji sebab keje bagus.
Semua-semua tu, saya buat seorang diri. ye SEORANG.


Balik rumah hari-hari nanges dekat mak stress kerja.


4-5 bulan after, tekad nak berhenti sebab tak tahan, walaupun belum dapat kerja lain lagi.
"Kak ***, Saya dapat kerja lain. Saya nak berhenti"
" What???? Awak cari kerja lain behind my back?? How could u!!! U know I have never love my staff as much as I luv u! U know I put so much trust on u, Kak *** anggap awk macam anak sendiri, tak pernah I dapat good staff like u, Awk very good learner, catch up things so fast! I dah rasa macam u are apart of the company. Now ur quitting?? Don't do this to me IM!! How could u!!!!!!! 
Memang Kak *** byr gaji awk tak banyak, tapi if awak loyal, gaji awk Kak *** naikkan." 
etc
etc
Dia cakap super laju macam peluru, sambil nanges.


Sedih. Kesian kat dia. Tapi saya tak de pilihan. Saya tak tahan.


Dia memang merepek sebagai bos, tapi sebagai kawan sebenarnya dia sangat best.
Dan sangat penyayang. Dan sangat pemurah.
And experience di situ sangat berharga. Saya, IT background, pandai buat account, pandai sket2 Autocad, pandai pasal furniture bisnes, pandai pasal nak bukak company. Banyak sangat kepandaian.


After 7 years, semalam saya nampak dia dekat TV.
She is in Masterchef Malaysia!!
U have my support dear Bos!! Luv Ya!!
Rindu pulak nak keje ngan dia..challenging. Eh..




Hehe..
Good luck Bos!!


Ok Bye!









Thursday, September 29, 2011

Lawatan Sambil Belajar

Salam..


Morning! Dah 3 hari tak masuk ofis..rinduuuu! Hehe.
Dulu2 masa sekolah kan selalu pegi lawatan sambil belajar padahal cikgu cikgi nak jalan2 dia letak la sambil belajar baru la ilmiah sket kan. Muahahaa..sorry cikgu saya saje main2..


So last week saya pon jadi budak sekolah pegi lawatan sambil belajar. Dapat invitation untuk visit TM Unify Center, Cyberjaya. Canggih la..sukee..
Since saya dah berkecimpung dalam webtv, broadcasting, etc, saya rasa memang saya minat la bidang ni.
Dulu 2007 saya applied Uitm for Master in Mass Comm (Broadcasting). Interview punyela susah yela from IT nak jump field lain haruslah confuse interviewer tu. Tapi somehow saya dapat! Tapi lagi, saya reject sebab masa tu baru pregnant and mabuk giiler just pikir pasal Master je boleh muntah. Sayang betul.


That's why I'm putting so much effort and passion untuk merealisasikan Jakim.tv. Alhamdulillah. Tu pon baru phase I. Sekarang ni the only obstacle is Budget. Biasala government always stuck dekat bajet. Phase 2 terpaksa postpone. Insya Allah kalau ada bajet, phase 2 dpt dilaksanakan dengan jayanya..ewah.


 Ni dekat operation center, where all video editing, trans coding being done..24 hours! Pitam mak

All Unify Channels..ada 40+ channels kot x silap 


 Tetibe saya menyelit and snap


 Canggih kan

 At the Data Center




Before balik terus naik level 3 jumpa BFF Ija hehe
Saje nak enterpremekan bantal busuk Ija


Ok..Bye!



Friday, May 6, 2011

Just So Many Things Happening

Salam..


Never thought of having this feeling..
which is...
.
.
.
.
MISSING MY BLOG!! Serius la..saya rindu tulis blog..but I just have so little time, yet so many things happening.
I don't call myself a blogger..yet.
Blogger tegar jauh sekali. Because a true blogger won't neglect their blog. Which I did. Sobs.




Okey I just about to make a new entry and my boss panggil suruh join the meeting. lagi. See!
ok this week HARI2 meeting.


Yes bos I'm coming. Huh! Nanti saya sambung.




OK SAMBUNG:


April - May is the month of workshops/ trainings/Technology Update sessions/ Meetings etc..
Its really tiring. Bile berbengkel kita akan focus and kene banyak berfikir. Otak sangat penat. 1 workshop session biasanya 3 hari, full sampai malam, and after habes 1 bengkel sambung bengkel lagi dan lagi. 3 weeks straight. And masa bengkel kt PD I have no choice but to hangkut sume ank and suami tercinta. 


This week saya sangat penat juga. Bile penat balik rumah tido seawal jam sembilan. Suami kejutkan jam 11 untuk solat Isya; tapi saya bangun jam 3 pagi. Solat, iron baju, prepare beg anak, kadang2 bila ada keberanian saya jemur baju yang yang baru di cuci, di luar rumah. ye pada pukul 3 pagi. Sungguh berani.
Tapi time tak berani pegi dapo sorang pon jangan harap.


Mei juga adalah bulan preparation untuk wedding adik saya. Sape yang tak pening bila family nak kawen angkat tangan!. takde orang angkat tangan pon. Memang takde yang nak angkat tangan sebab tak ada orang yang tak pening. So saya bertambah kalut dan serabut.


Di dalam kesibukan dan keserabutan otak, saya telah ditimpa musibah. Musibah itu sangat kecil, saya bersyukur saya selamat. 


I hit a BMW! 2 days back.
Best! A brand new 5 series. How awesome was that?
Agak kuat la saya langgar smpai terhantuk di stereng and pecah bibir. Dada pon sakit.
Tapi condition kereta x teruk sangat. and the beemier got scratch, but it cost me more than 2k to retouch the bumper. So report polis semua and maybe besok i'll send my car to the workshop. Hopefully tak lama If not I akan patah kaki takde kereta.


I have a list of things to do during the weekend, believe me none going to be fun. Tapi..saya redha. Semua ni cuma ujian kecikkkk je..and temporary. Insya Allah semua akan settle.


Tapi serius..so many things happening. Lepas satu, satu. Tapi saya redha saje. Semoga hari2 esok akan bertambah baik dan lebih rilex. Can't wait for the wedding, so that I can breath normally, tapi at the same time sedih, adik saya nak kawen tak lama lagi. It will never be the same, but I am truly happy for her.


Okay peeps, enjoy your weekend ya!










Thursday, March 31, 2011

Shine!

Salam,


2 days away from the office, memos are scattered on my desk.
There's 4 of it, and 1 of the memos brings really shines on me! Big GRIN. 
I am selected to one of the receiver of the 'Anugerah Perkhidmatan Cemerlang'!.  Ok it is really nothing u see, to some of you. But it is a big thing to me. I feel so much appreciated for what I've been delivering until now. This award is so important at this moment, for me to get back my work motivation. I don't know how to explain but lately I think that I really need a new environment, a new workplace, and new colleagues. I need the +ve vibes, It is sadly nowhere to be found here. 


Ohh..I shouldn't say all these. I should never tell people about my job here. I shouldn't. Ok enough of it.


By the way the event will be tomorrow! I have nothing to wear! Seriusly. Tak sempat nk tempah baju. Uwaaaaaa! Camana ni? Short notice sangat la..iskkkkkk.
I really need to buy a new baju. Come on, it is once in a life time kot, so bagi chance la I nk lawa2 kn? hihi.
Now I'm thinking where to get a ready made kurung yang cantik and x mahal, URGENTLY. Mak kedekut okkk...haha. kat mana ada??? Adoii..
I hope I will find 1 today. But If I can't find any, I'll be wearing the OLD-x CANTIK kurung tomorrow. Lets hope for the best. Amin.



Friday, March 18, 2011

t.h.i.r.d Anniversary


OMG i almost forgot today is my third anniversary! 
18 Mac 2008 - the day i reported my duty as a servant. A government servant.
Yes, the third anniversary of my duty.. :D
Am I happy being a government servant?
Of course I do! (sounds fishy..??haha..).

 But one thing I wanna emphasize here,
sape cakap org gomen rilek? xde keje..?
Duhh, I totally disagree!.
I dont know elsewhere, 
but this place, where I'm working, totally NOT.
We have a lot of systems, events, projects, portals, etc etc to do/look after,
with the lack of staff.
Me myself have no assisstant. see? told ya.

Well, Happy 3rd Annyversary, yours truly.

yours truly in action