Friday, December 30, 2011

Triple Celebration




33rd Anniversary Abah and Umi (my PIL);
Birthday Gurl (my SIL);
Birthday Boy (Husband kitewwww)


Ni semua gambar-gambar tertunggak weekend haritu. 
Triple celebration at our crib, kecil-kecilan. Tapi best. Dan penat.
Penat thoooowwww.



 pengipas-pengipas (eh tapi kipas mana kipas?)




 Umi yang demam tapi brsemangat! Budak tecik tuh tebokk je.



 pengipas lagi (ha tu gmbar kipas masuk)


 Seumpama keseluruhan back yard itu kami yang punye!




 Budak hensem dah sihat!






 Bantal busok..mmg busukkkk 




 Teringat balik memang nak lagi. Besar sebanarnya udang ni tapi kat gambar tecik plak

  
 Yang diraikan 




Umar eksaited nak makan kek


Pengantin lama feeling lomantik :D

Eh gambar tuan tanah takde??
Sampai hati korang.


Tu je.
Ok Bye!




Benar Belaka



Dah tgk latest vlog Maria Elena?
Haha dia memang sengal seperti selalu. 
Rasa macam nak suruh dia g audition mana2 drama sengal2 macam drama Ungunya Cinta.
Sure dia leh berlakon punye lah. 
Sengal satu hal.
Satu hal lagi, point dia tu. Point dia tu yg sangat betul giller.
Kan. Ok la boleh la nak cakap saya tak macam tu sebab tak hook dengan social network sangat. Tweeter ada tapi maleh nk tweet. Serius malas. Facebook ok la, agak aktif tapi during office hour. Balik rumah dah tak berapa nak aktif, melainkan kebosanan melanda. Blog pon so-so je sebab saya tau reader saya hanya beberapa orang sahaja. Nama je blog, but my blog tak pegi public. Only u (yes you!) je yang baca pon. I'm just not ready to publicly expose my life yet sangat. Even blog yang ada ni pon, sangat la risau bila tau orang baca haha tah pape. Pastu tadi my ofismate tanya.


 "K shaema, tulis apa tu?" Saya dengan menggelabahnya terus minimize and jerit gelak2 "Go Away!!!!"
Haha! Pastu dia cakap "Alaa..takkan kitorang tak boleh baca blog k shaema???"" . I cakap sambil gelak2 "I mana ada blog!! Bila masa plak I ada blog ni??" Kah kah denial. "Tipu..K shaema ada blog..bagi la add..kitorang nak baca" (Ramai2 menyampokkkkkk) . "Saya tak ada blog la korang nih haishhhhhhh"
(Terus cuak. Diorang baca blog aku ke?? Homaiiigadddddd!! Blushhhhh)
See. Tah apa purpose blog ni pon xtau. Eh tau sebenarnya..saje nak merepek..biarla tak ramai orang nak baca pon. Saya selesa begini. Biarla ofismate tak baca, orang lain baca takpe hehe. Not now la.


Eh tadi cakap pasal vlog tuh kan dah merepek jauh. 
Betul sangat kan apa yang dia cakap tuh. Benar Belaka. Get real people. Wah!
Kalo facing orang macam ni lempang sekali terus blah.
Berani tak? Kah kah.


Ok lah, nanti sambung. Jiran sebelah ni sibuk tau usha2 saya. Nak stalk saya la tu..ahak ahak.


Ok Bye!







Wednesday, December 28, 2011

His Birthday!




No no, ni bukan birthday card I bagi malam tadi..
tapi birthday card  FIVE years back!!!!! Haaa kaauuuu..boleh masuk muzium nih.
Terjumpa haritu masa hubs godek2 kotak azimat dia. Pastu baca balik terus shy-shy cat.
Kad tu 1st time celebrate birthday dia as a HUSBAND. Pastu masa ni pregnant 2 bulan tak silap.
Dia still simpan.. tskk (mode - tacing). ahak ahak. Ryann pon dah besarrrrrr.
Ok abaikan poem saya yang *ehem tak berapa nak *ehem poem sangat *uhuk uhuk.
Sekarang kalau suruh buat poem mesti gempak tak percaya suruhlah.
hahahaaa  '-_-

Berbalik kepada mode tacing, walaupun saya dah tak beli kad dah, sebab dia kata kad dah tak best, banyak lagi bende yang best boleh bagi (eh..), tapi, saya masih suka lagi nak bagi2 kad sebanarnya. Tengok la bile terjumpa balik lepas 5 tahun, alololoo sweetnya saya bagi kad siap buat poem. Dulu-dulu memang selalu la buat poem cinta macam gituuu..tapi sukatila bahasa saya tunggang terbalik ke kan daripada nak buat bahasa melayu buat kekandaku tercinta adinda ingin merakamkan (sambung sendiri) lagi la tak reti kan.

So bagi hadiah dah, celebrate ramai-ramai pon dah, suap kek dah jugak, tinggal dating berdua2an je belum. Jap lagi ada meeting, petang pon ada jugak, tapi try jugak la lunch date harini. Bila dah besok dah tak best la kan.

Ok Bye!

p/s - I heart u deep deep (Bak kata Boyfren I Aaron Aziz), more than words!






Tuesday, December 27, 2011

Harini anniversary kitewww lewww

Yang ke 14 tahun 
Hahahaaa..
Nak jugak tuh Anniversary ..tak tahan...
Anak pon dah form 2 kah kah...


eh tapi ryann baru 5 taun.
Ini anniversary gedik2 namanya..
Anniversary start jadi an item gitewwww..start couple2..kah kah..
Kenal tahun 1997, after 9 taun baru kawen, iaitu pada 2006.
Cinta Agung katanyaaa...hahaha..


Ok Bye!


p/s-Blush!

Thursday, December 22, 2011

Ustaz Ismail Kamus - Parenting



1. Jangan Pukul Anak





  • Jangan Pukul anak dari umur 1 hari, hingga 10 tahun.
  • Pukul anak jika meninggalkan solat, umur 10 tahun.
  • Pukul anak kat tapak kaki.

2. Ayat-Ayat untuk Anak Degil


a.  Cara 1
  • Baca Bismillahirrohmaanirrohim -  786x
  • Baca Suroh Yaasin Ayat 71 (Wazallalnaaha..) - 71x
  • Baca depan air (Jag) sekali gus, tak boleh stop2, sekali jalan.
  • Pastu dia tak cakap plak bagi air tu minum ke, sapu ke. Saya rasa logik akal bagi minum la kot kan.
b. Cara 2
  • Baca Suroh Toha Ayat 1-6, - 1000x
  • Boleh baca secara ansur, stop sambung.
  • Dah habis baca 1000x, malam2, baca ayat tu 3x, tiup dekat ubun2 anak masa anak tengah tido.
  • Jangan cium anak waktu dia tido, nanti dia degil (OooEmmJayyyy)

Parents..Good Luck!
Ok Bye!






Wednesday, December 21, 2011

December 'Baby'



7th Dec;
My dearest sista, Hana;



14th Dec;
Dearest Nephew, Amsyar;

21st Dec (Today!);
Dearest Sista jugak, Gurl;




28th Dec (Lambat Lagi);
Dearest, Bestest, HUBSTER!!!!!; Iezam (teeheheheee);






Ehem.
You know I loves all of you.
My best gift is always the thing that Muslims has the best - Doa.
Am Praying for your best condition of health (just can't imagine any of u fall sick), Bright future, Prosperous, always under the Blessings of HIM, Happiness dunia wal akhirah.


"I.. love u like a love song baby..I.. luv u like a love song baby..I love u like a love song baby..
And i repeat peat peat peat peat peat peat peat." (Kene nyanyi sama macam Selena Gomez).


Ok Bye!



Odi, Barut dan Tuam


As Salam,

Hujung bulan memang ada jualan kat auditorium (odi) sebelah blok ofis saya. Tak sampai doploh langkah dah sampai dekat situ a.k.a pusat-menghabiskan-duit orang gomen-time gaji. Gaji awal dia pon ada awal. Efisyen sungguh bab2 menghabiskan duit orang. 3/4 tudung2 dan shawl saya adalah hasil rembatan di odi. Bila orang tanya eh cantiknya tudung..beli kat mana..saya jawab odi, eh cntiknya suar tido beli kt mana..odi lagi.. sampai dorang kata odi ialah TAR Road saya. Jangan tak tau sume bende ada jual. Yang saya suka sebab harga dia lebih murah dari kedai2 dekat Bangi, Shah Alam, tp mhl sikit dari KL. Sikit Je. Ok la tewwww..

Tapi yang kezutan tadi, ada peniaga baru. Nak tau jual apa?
Jual kelengkapan berpantang. Confinement gear. Best! 
Tapi dulu masa saya preknen ko takde plak kan.
Terus teringat dekat kawan saya Zaf. Teringat jugak dekat adik ipar, Eirna. Tapi Eirna banyak sifoo, kakak2 dia je dah 4 org kot ke 5, so I kakak ipar yg kurang berpengalaman disitu. Tapi, utk Zaf, I la sifoo dia :D
Zaf ni preknen dah 5 bulan, semua bende dia refer sifoo dia. Ceh konon2 dah berpengalaman. Check list semua dengan senang hatinya dia serahkan dekat saya. 

"U dah ada barut baby?"
"Barut tu apa?"

"Nanti pantang u makan set jamu apa?"
"Kene makan ke u? Tak makan x leh eh?"

"U apply stretch mark cream tak?"
"I x letak apa2 pon u. Tak nampak pon stretch mark"

I know2..she's noob like that.
Zaf u jangan marah i ok hahahaa..

So dah kata kawan sejati kan, saya beli kan la. 

 Barut and penuam perut/pusat/bebird baby.

Kelas  barut sekarang kalerful u olls. Tapi saya tetap suke yg putih2 plain je untuk baby, nampak bersih dan suci gitew. Tapi malas nak carik, yang ada depan mata beli jelah u jangan banyak songeh ye zaf.
Penuam tu pon ada jual..senang giller. Dulu kakak ipar saya bagi pinjam penuam anak dia. Mak saya pon buatkan jugak, tapi dia tak tau cemana nak buat, tanya2 orang apa isi dalam penuam tu maka dia beli sup bunjut adabi, keluarkan isi dia, ganti dengan black pepper ahhahaaa. Kreatif i loike. 
Sebenarnya banyak dah confinement gear ni jual online, tapi mak tak preknen mak tak rajin google. Baik google baju bajan ank ngan mak skali. Eh anak je.

Ok Bye!






Monday, December 19, 2011

Monday Babble



Saya adalah super risau.
Risaukan ank yang belum fully recover dari demam. 
Demam since Khamis. On paracetamol 6 hourly. Tak settle than pegi klinik hari Sabtu. Dapat antibiotik.
Doc cakap if Selasa still belum settle, than baru kene amek darah. 
Harini Isnin, belum baik lagi demam. Tapi this time takde batuk, which is syukur jugak lah. Kalau batuk satu hal lagi nak mendengar wheezing kat lung pulak. Double risau.
Tapi bila anak demam, macamana kita nak tidur kan. Kene monitor temperature dia. So dari Rabu malam tak tido betul, smpai malam tadi. Weng kepala. Saya ni memang style basah kepala ank macam mandi bila panas sgt. Tak kira la pukul berapa. Budak tu pon bkn tido lena. So bila panas sangat, saya kejut anak betul2, basah kepala ketiak badan sume. Bagi ubat, tidokan balik. Setengah jam kalau panas balik, bwk pi toilet lagi sekali. Budak kecik tu sangat membenci towel basah di kepala. Boleh amukan ablasa. Sebab tu la saya siram je dia ngn air kat toilet. Senang. Risau sangat bila kepala dia panas, takot la efek otak ke. Banyak kes kan demam panas dpt kerosakan otak lah, sawan lah, ish macam2. Scaryyy..tsk. Bila budak demam, basahkan armpit ngn celah kelangkang (eh kelangkang ke? ke kangkang je?) dia. Cepat suhu tu turun.


Tapi saya di office, sungguh tak keruan. Tadi masa hantar kat nursery, panas dh turun. Cikgu kata nak call kalau dia demam. Tak call pun lagi. Manageable la kot. Jap lagi nak call lah.
And kepala adala ting tong. Tido adala sejam dua je. Nasib baik tak terlajak. Dah la semalam penat sangat.
Harini nak cuti masak. (Hint husband)


Oh dah ingat dah kenapa penat sangat. Semalam 'BFF' kami datang rumah. Sibuk tau husband pon nk ada 'BFF'. Pastu nak ajak datang umah jugak. Eh padahal husband tak ajak pon, diorang yang nak datang hahaa. Tapi 'BFF' saya, mmg saya ajak. Malas nak keluar anak demam tak sihat jumpa kt rumah lagi selesa kan. Tapi langsung tak amek gambar kerana menghormati permintaan kawan baik yang merasakan dirinya amat hodoh sekali ketika berbadan dua. Standard ar preknen kan, msti la hodoh2 sket sebab nanti anak ensem ngn cun macam ank2 saya. HAHAA.


Saya juga mode anti camera, sebab saya sedang mengalami pertambahan berat badan secara rela.
Rela la sangat. Lalu segala lelemak bersuka ria memunculkan diri. Amek gambar je delete, amek gambar je delete, pastu salahkan camera murah gmbar tak cantik. Padahalllll..dush!


Ha cikgu dah msg kata Ireen dah mkn ubat, tapi tak demam. Lega sikit.


Adeh kepala sakit la x cukup tido. Mood takde. Nak masuk HRMIS tapi load macam siput. Korang tau x HRMIS. Gomen servant je tau. Yang tak tau google la ye kalau rajin. 


Eh lupa satu lagi. Yang dinanti tu dah kunjung tiba. So confirm la Ireen belum boleh tukar panggilan jadi kakak lagi. Ahaks!.




Ok Bye!





Friday, December 16, 2011

Yang Di Nanti Belum Kunjung Tiba



Apakah yang dinanti?
Kenapa belum kunjung tiba?
Kunjungan atas jemputan kah?
Selalu tak pernah jemput pon, tiba je.
Tapi kenapa yang ni..??
Why oh why???
Benci tau.


Ok Bye!



Tuesday, December 13, 2011

Passion



"Work, as if u will be living forever.
Ibadah, as if u know u will die in a minute.
Have passion in what you are doing;
Passion in your work,
Passion in your solah, 
Have passion when reciting Quran.
Passion with your family.
Have passion in Islam.


Insya Allah, u will gain happiness
Today and Hereafter"




Ok Bye!

This is shock!



I posted this video at my FB and I wanna share it here.
Just watch and read the translation. I believe with the translation thou.
Illuminati and anti-Christ/Dajjal....those are the topics of my readings lately.





"You know presidents, and kings, in Arab countries, and we are with them"


Dangg!!!! 
All the rumors of these is correct! I couldn't believe this.


The world is reaching it's end..







Thursday, December 8, 2011

Determine Baby's Sex a.k.a Tentukan Jantina Bayi

Eh saya terjumpa ni la:




Source sini.


Nak percaya? 
Takpe jom kita cek.
Ok my 1st child Ryann born Aug2007, tp conceived masa saya umur 25 tahun, bulan November. So tengok dekat column 25, Nov = M (Male). Ok ni betul.
2nd pulak Ireen, concieved on Jun, me 28. F (Female) Betul jugak!
So korang boleh la pasni mulakan projek baby, tengok chart ni dulu, leh planning..hahahah!
Eh tapi janganla percaya sangat..bende2 ni biasala kan..petua2..kaji selidik..
Kita amek sebagai pengetahuan jela..kang ada yang kata saya percaya ngn tilik cina plak..haha.




Ermm...kalau taun depan umur 31 nak anak boy..maka..bulan Januari? Aiseyman cpt sangat..Ok Mac lah.
Kah kah..


Ok Bye!

Phewwww!






Lega! Event went well. 
http://www.islamgrid.gov.my/ - is what IslamGRID are all about. Please do visit ok!
This year we are so occupied with this project, islamgrid portal, the launching, the preparations, seminars..etc..
Alhamdulillah.
Leave u with the pictures of us camwhoring hehe. Bagi can la..










Ok Bye!





Friday, December 2, 2011

Ryann Performing Solah



Ni solat Maghrib sebenarnya, tapi niat solat Asar je yang dia hafal. Asar pon Asar la nak oi. 
Video terpaksa di bahagikan atas sebab-sebab Ireen kacau. Kalau dia solat dengan Amsyar sepupu dia, lagi kelakar. Tapi tak dan nak rekod. Dedua claim dia la yg betul, ko salah. Hahaha..lenkali lah rekod yang tuh.












Thursday, December 1, 2011

Beku



Weh serius ofis saya sejuk macam kat ice world i-city.
Eh padahal tak penah pon pegi ice world kat sana.
Tapi tak kisahla, kesejukan melampau.
Otak pon beku la weh, nak buat slide utk Dato' KP ni idea tak mari.
Tengok saya dah membuang masa seploh minit nak post entry beku.
Daripada paper dia yg 58 muka surat, saya kene bg compress slide takat 20 slides max.
Mampukah siap hari ni? Mampukah?? Baru page ke 9. Help!


Ok Bye!