Showing posts with label My heart says. Show all posts
Showing posts with label My heart says. Show all posts

Thursday, March 8, 2012

Naik gaji baru harini, Tapi harga barang? OMG


Gaji kakitangan kerajaan naik 13%. 
Bukan banyak pon.
Tapi gaji baru belum merasa..harga barang dah lamaaaa naik dulu.
Semalam groceries shopping dekat Carefour OMGGG..semuaaaaa barang dah naik ya ampun.
Seriusly SEMUA. Even Carbonara sos PREEGO, tin dah mengecil dan memendek. Sakit hati giller.
Belum la nak cerita pampers susu laundry beras segala  lagi kan. Macam hazab ok.
Colonge Johnson's dulu beli RM5.80, semalam dah RM6.50!
Memang pergh lah.

Bila dah announce macam ni, sendiri mau ingat la kan.
Semua pakat naikkan barang lagi.
Sila lah sila.

Oh Malaysia tanah airku

Thursday, February 23, 2012

Ada Yang Sedang Bersedih



Ayah : Farisss, faris nampak ayah tak?
Faris : *angguk (walaupun terlalu lemah anggukkan dia)
Ayah : Faris rindu ayah dgn ibu?...
Faris : *angguk
Ayah : Faris sakit tak?
Faris : *diam
Ayah : nanti nurse bagi susu supaya faris kuat & sihat ok?
Faris : *angguk
Ayah : ayah tunggu kat luar dulu ye? Nanti nurse bg susu, lap badan & tukar pampers tau.. ayah datang balik nanti. Kejab je ok?
Faris : *diam



source - blog mazidul


Ya Allah sesungguhnya saya tak dapat tahan airmata ni dari tadi..
Semoga keluarga adik Faris tabah. Syurga pasti tempatnya.


Al-Fatihah..



Friday, February 17, 2012

Cerita Hipokrit

Taken from someone's blog:


"Hubungan sesama manusia. Senang cerita kalau kita aplikasikan dengan saudara mara lah contoh. Kalau kau tak gemar dengan certain perangai mak saudara/mertua/adik beradik, tak bermakna kau boleh berlaku biadap dengan mereka dengan alasan taknak hipokrit. Buat baik je la macam biasa. Tak perlu konflik. Lama-lama sejuk la hati tu. Menjaga hati sesama manusia kan lebih baik dari kita layan diorang dengan biadap. Bukan Hipokrit pun."




Thanx for the reminder. Semoga Allah balas jasa anda.

Thursday, January 19, 2012

The 6th Sense

As salam,

Korang pernah tak rasa korang ada 6th sense. Ok saya ada. Wah dengan tak malunya mengaku.
6th sense saya adalah instinct. Bukan instinct yang biasa-biasa, tapi yang macam ni.

Saya mudah rasa bila ada orang ingat dekat saya. Selalu nye orang yang ingat ni bukan kawan-kawan rapat yang dekat, or family yang dekat. Tapi macam kawan yang rapat, tapi jauh. Family yang jauh. Yang jarang saya tau update mereka. Bila diorang teringat saya, selalunya saya akan mimpi dia, takpun saya tiba-tiba teringat dekat dia. Ini for real ye, tak tipu.

Contoh:
1. Saya mimpi sorang kawan ni. Next day saya cakap dekat husband - I rasa dia nak kawen la, dia teringat nak jemput I la tu. And yes tiba2 dapat sms, mintak address nak pos kad. Magik satu.

2. Saya mimpi sorang cousin, dalam mimpi tu dia nanges. Esok terus call mak tanya tau apa2 tak cerita pasal cousin, mak cakap memang dia tengah ada problem. Magik 2.

3. Saya ramai sangat kawan yang saya sangat rapat and baik before kawen dulu, be it lelaki or perempuan. Lepas kawen, macam bz melayan husband, asek la mimpi2 mereka. Saya tau mereka rindu dengan saya. (Bukan saya yang rindu ke haha??). Lepas tu jarang jumpa sampai bertahun-tahun. And 1 day, tengah minum, tiba2 saya teringat dekat sorang ni. Teringat yang macam nak terus pergi jumpa. Tak sampai 5 minit, dia call!!!!! Masa tu rasa macam nak pengsan. Menjerit-jerit ok masa angkat phone. Lepas tu dia cerita pasal wife dia sakit. Jantung berlubang. Dia tengah susah hati. No wonder.. :( . Magik 3.

4. Ada sorang lagi kawan, saya mimpi dia three days in a row. Pun saya dapat rasa yang dia ada problem, or tengah teringat saya. Tapi saya tak call or tanya dia, sebab erm..maybe sebab saya tau dulu dia sangat suka dekat saya (matikla perasan). Better biar je lah dia. Magik 4.

5. Tak pun kan yang macam simple-simple la. Tengah2 makan ke saya cakap kat husband. Eh apa citerla kawan saya sorang tu dah lama tak dengar cerita senyap je (sebab dia duduk UK). Andd..macam biasa, malam tu dia call. Dia cakap dah berapa hari duk teringat nak call asek tak sempat. See! saya tau memang dia ingat kat saya sebab tu saya pon ingat. Husband saya pon kagum ok. Magik 5.

6. Ok ini latest. Semalam baru terjadi. Saya baik dengan cikgu-cikgu kindy anak saya. Ada sorang ni nama Teacher Pah, dia sangat sayang Ryann n Ireen. Masa saya nak pindah rumah, dia yang offer jaga anak2 saya, without pay, untuk saya senang kemas barang. Then last year mak dia meninggal, and dia terpaksa balik kampung utk jaga adik dia yang yatim piatu. Dia baru je preknen masa tu. Sedih tak payah nak cakap la. Then last week saya asek teringat dia. So semalam saya tanya la cikgu lain. "Pah dah bersalin ke?" "Belum lagi kak, dia operate weekend ni. Dia cakap dekat saya dia rindu sangat kat Ireen". Ok saya rasa teringat sangat dekat dia terus saya call masa dalam kereta. Dia cakap "Kak, saya baru je lepas operate, baru naik ward. Akak la org 1st yang tau. BB boy, Ireen dah ada boyfren, Ryann ada kawan baru". Hmmm..no wonder la saya sangat teringat dekat dia. Magik 6.

Banyak lagi la cerita magik yang lain, itu yang teringat je. Pastu saya ni mudah rasa la kalau orang keliling saya ada problem ke, sebab saya memang akan teringat. Kalau dah magik cam ni, dengan anak2 lagi la kan..tak leh nak kata dah la instinct mummy dengan anak dia, dengan husband pon sama la magik. Dia belum sebut saya dah tau dah dia nak pergi pasar malam.. haha

Motif nak cerita 6th sense ni? Saje je nak cerita kelebihan diri sendiri kah kah.
Ok motif adalah, kawan-kawan out there, kalau korang teringat saya, saya memang tau. (hahahaa riak sungguh bunyinya).

Ok Bye!





Friday, December 30, 2011

Benar Belaka



Dah tgk latest vlog Maria Elena?
Haha dia memang sengal seperti selalu. 
Rasa macam nak suruh dia g audition mana2 drama sengal2 macam drama Ungunya Cinta.
Sure dia leh berlakon punye lah. 
Sengal satu hal.
Satu hal lagi, point dia tu. Point dia tu yg sangat betul giller.
Kan. Ok la boleh la nak cakap saya tak macam tu sebab tak hook dengan social network sangat. Tweeter ada tapi maleh nk tweet. Serius malas. Facebook ok la, agak aktif tapi during office hour. Balik rumah dah tak berapa nak aktif, melainkan kebosanan melanda. Blog pon so-so je sebab saya tau reader saya hanya beberapa orang sahaja. Nama je blog, but my blog tak pegi public. Only u (yes you!) je yang baca pon. I'm just not ready to publicly expose my life yet sangat. Even blog yang ada ni pon, sangat la risau bila tau orang baca haha tah pape. Pastu tadi my ofismate tanya.


 "K shaema, tulis apa tu?" Saya dengan menggelabahnya terus minimize and jerit gelak2 "Go Away!!!!"
Haha! Pastu dia cakap "Alaa..takkan kitorang tak boleh baca blog k shaema???"" . I cakap sambil gelak2 "I mana ada blog!! Bila masa plak I ada blog ni??" Kah kah denial. "Tipu..K shaema ada blog..bagi la add..kitorang nak baca" (Ramai2 menyampokkkkkk) . "Saya tak ada blog la korang nih haishhhhhhh"
(Terus cuak. Diorang baca blog aku ke?? Homaiiigadddddd!! Blushhhhh)
See. Tah apa purpose blog ni pon xtau. Eh tau sebenarnya..saje nak merepek..biarla tak ramai orang nak baca pon. Saya selesa begini. Biarla ofismate tak baca, orang lain baca takpe hehe. Not now la.


Eh tadi cakap pasal vlog tuh kan dah merepek jauh. 
Betul sangat kan apa yang dia cakap tuh. Benar Belaka. Get real people. Wah!
Kalo facing orang macam ni lempang sekali terus blah.
Berani tak? Kah kah.


Ok lah, nanti sambung. Jiran sebelah ni sibuk tau usha2 saya. Nak stalk saya la tu..ahak ahak.


Ok Bye!







Wednesday, November 9, 2011

Ujub


Ujub ialah Perasaan KAGUM atas diri sendiri. Merasa diri HEBAT. Bangga diri. Terpesona dengan kehebatan diri.

Perasaan ujub boleh datang pada bila-bila masa.

Orang yang rajin ibadah merasa kagum dengan ibadahnya.

Orang yang berilmu, kagum dengan ilmunya.
Orang yang cantik, kagum dengan kecantikannya.
Orang yang dermawan, kagum dengan kebaikannya.
Orang yang berdakwah, kagum dengan dakwahnya.

Sufyan at-Tsauri mengatakan ujub adalah perasaaan kagum pada dirimu sendiri sehingga kamu merasa bahawa kamu lebih mulia dan lebih tinggi darjat.

Muthrif rahimahullah telah berkata, “Kalau aku tidur tanpa tahajud dan bangun dalam keadaan menyesal, adalah lebih baik dari aku bertahajud tetapi berasa kagum dengan amalan tahajud tadi.”

Seorang sahabat Nabi Abu Ubaidah al-Jarrah yang menjadi imam. Setelah selesai beliau berkata, “Syaitan sentiasa menghasut aku supaya merasa aku ini lebih hebat dari orang di belakangku. Aku tidak mahu jadi imam sampai bila-bila.”

Ingatlah, semua kelebihan adalah anugerah dari Allah, oleh itu kagumlah hanya kepada Allah, bukan diri sendiri.

Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri."(Surah An-Nisaa', sebahagian ayat 36)

Nabi saw. bersabda, "Apabila seorang lelaki sedang berjalan dengan memakai baju yang kemas dan rambut yang disikat menyebabkan dia rasa kagum dengan pakaian dan dandanan rambutnya (perasan lawa). Lalu Allah tengelamkan dia ke dalam muka bumi dan dia terus ditenggelamkan sampai hari kiamat.” (HR Bukhari dan Muslim)

Nabi saw. bersabda, "Ada tiga hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan ujub (rasa kagum dengan diri sendiri).”. (HR Al-Bazzar dan Al-Baihaqi).







p/s - Kita semua terdedah kan? Mari beringat dan berubah :)







Wednesday, November 2, 2011

He/She Is The Best!





HAHAHAHAAA
Kelakar kan?
Tak ke?
Serius kelakar.
Ok kesimpulan dia, terimalah pasangan anda seadanya..He/She is the best! Absolutely!


Ok Bye!



Thursday, October 6, 2011

Wahai Suami

Jika isteri menangis dihadapanmu….


“hargai lah ia sblm terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!


Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!


Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.


Wahai suami2,
jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.


Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?


Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”


Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..


Dia TERHARU & Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..


TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.


Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI...
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…


p/s - taken from Facebook

Wednesday, June 8, 2011

Hati Yang Susah

Pernah tak rasa susah hati?
Sape yang x pernah rasa kan.
Tapi pernah tak rasa susah hati yang sampai tak boleh nak telan makanan? 
Tak lena tido? 
Smpai kene asma attack yg sampai sangat depanding on inhaler every 2 hours?
Susah hati and takut?
Ramai yang pernah.


Tapi ramai jugak yang kita estimate lemah, x pandai handle situasi, sebenarnya sangat tenang dan kuat.
Kekuatan mentalnya ada ketika kebanyakan orang tiada.
Dia bukan tak risau, cuma dia dapat berfikir secara rasional.
Sebab dia kekuatan kepada banyak orang. 
Orang macamni sangat2 diperlukan. 
Dia la hero.


Saya sedar saya semakin lama semakin lemah.
Lemah untuk berfikir rasional.
Lemah untuk kekuatan mental.
Kenape ye?
Dulu tak macam ni.
Harus berubah.


I may look strong outer, but very weak inner.