Bila makin banyak membaca, makin rasa diri ni cetek ilmu.
Ok lah saya saja nak share something yang saya dapat through my readings. Bukan nak bajet jadi ustajah. Saje la rasa nak share. Ini kira rumusan la bukan petik sebijik-bijik. Harini dalam meeting sempat saya curi-curi baca berkenaan hati yang kotor n perhubungan sesama manusia. So dari penulisan tu, ini yang saya dapat:
1. Kalau hati kita ada dendam, pemarah, dengki dan khianat, tamak, maknanya hati kita kotor. Sebab hati tu sibuk layan bisikan syaitan. Hati macam ni kene dibersihkan dengan sifat sabar, redha, pemaaf, rendah diri etc. Sebab hati yang kotor ni dah di kawal dengan iblis. So sikit je ruang hati yang tersedia untuk rasa cinta kepada Allah. Pasal apa plak nak bagi iblis control hati kita plak kan? No way u iblis durjana!
So macam terpikir la kan, agaknya orang yang baik2, yang memang cool je, tak simpan dendam, x marah2, hati dia memang bersih, seiring la dengan tahap iman dia betul tak? Sebab nak jadi hati bersih ni kene seiring dengan amalan, barula capai tahap macam tu.
So maknanya orang yang hati kotor, amalan pon tak berapa nak ada la kan? Kalau ada pon maknanya belum cukup atau belum sempurna. Boleh relate tak? Sobsss..!(Sedih mengenangkan diri sendiri)
2. Dendam - dendam ni terhasil daripada marah yang tak diredhakan dengan segera. Pendengki akan rasa senang bila orang yang didengki tu ditimpa bencana. Kita kena memaafkan dan berlapang dada.
* Yang ni saya petik sebijik2
Pernah berlaku, apabila Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a bersumpah tidak akan memberikan bantuan (harta) kepada Misthah yang masih tergolong kerabatnya, kerana suatu penganiayaan yang dilakukan oleh Misthah, maka Allah menurunkan ayat-Nya yang bermaksud:
"Janganlah sampai bersumpah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kekayaan di antara kamu, kerabat, orang-orang miskin dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, tetapi hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada, tidakkah kamu suka, Allah Maha Pengampun dan Penyayang"
(Annur:22) -
Sebaik sahaja firman itu disampaikan kepada Saidina Abu Bakar, maka beliau pun akur dan redha dengan pengampunan Allah itu. Lalu beliau pun kembali menyambung semula bantuannya terhadap Misthah, meskipun Misthah telah melakukan penganiayaan terhadap beliau.
3. Tak Mahu Berdoa - Orang yang paling sombong dan bongkak di sisi Allah adalah orang yang tak berdoa selepas solat. Dia bukan saja bongkak, malah hina dan jahil di sisi Allah s.w.t. Selalu je kita lepas salam terus bangun lipat telekung sejadah.
Mode - saya nak jadi orang yang cool je..rilek jeeee (amin)
Nanti saya share lah lagi lain-lain. Ada keje plak.
Tapi kalau tak nak baca sudah :D
Ok Bye!
No comments:
Post a Comment