Monday, October 24, 2011

My Ex-Boss Story



Ok harini cerita pasal one of my previous job experience. Saya banyak experience kerja I tell you. Very the interesting. Ni salah satu.


I once worked as an admin exec at a small local custom furniture company (err..furniture workshop kot), owned by a Lady. Middle age lady. Office dekat lot bengkel, kawasan Perindustrian, depan ada bengkel kereta, tepi ada stor, kanan ada kilang besi welding, sana depan sket ada kilang kaca, and banyak immigrants yang menakutkan.


Kawan saya yang recommend, masa tu baru lepas grad dan memang takde kerja.
Projek buat custom furniture, projek banyak dapat dekat government agencies. Buat kaunter pejabat, buat office partition, buat librabry, mahkamah, as well as kitchen cabinet. Semua buat. So saya kene tau jenis kayu kayan, accessories cabinet, materials, suppliers, etc etc. Saya sorang je staff admin, and kawan saya sorang adalah Autocad designer.


Bos saya macam "Im! (shorform Shaem), berapa harga sekaki cornice yang Hup Seng Sdn Bhd. jual?? (sambil sketch design cabinet and buat estimation kos).
Saya "Err..jap (smbil bukak katalog laju2)". "Awak tak hafal harga??? those prices should already in your mind! bukan time ni nak cari2 harga!. 
Masa tu baru seminggu kerja.


Lepas tu, dah kata admin exec, makanya saya juga kene buat gaji staff, filing (ofis tak pernah ada proper filing-so saya buat filing 1-1), kene oder barang, manage account, chase payment, kene tadah makian oleh suppliers sebab lambat bayar, kene manage staf kilang, tengok attendance diorang, (lambat seminit potong seposen)..pagi2 saya dengan super kelam kabut sampai ofis terus pegi kilang tengok sapa yang belum datang, trus cek punchkad sebab nanti bos akan call tanye sapa yang lambat :P. 
"Im! awak jangan bagi muke dkt staff, check punchkad, kalau lambat, call! Potong gaji!!"
Pastu terus tengok projek apa on going, cek progress production, sambil2 call utk monitor staff yang ada dekat site, tengah pasang apa, wiring dh settle ke? ada complain tak? 
"Im how's the mahkamah project? apa progress?" and she's expecting my answer tanpa ada err..arr..


Pastu naik ofis baru nak buat air nak brekfast bos sampai "Im! Kak *** dah sampai cpt trn!" Maka saya kelam kabut trn bawah dan angkut 2 beg bos yang berat + 3 handphone + 2 organizer + macam2 jenis file naik atas sambil dengar herdikan bos tentang segala-galanya.
SEMUA orang di kawasan berhampiran keluar dari workshop masing2 untuk menyaksikan saya kene herdik.
Lepas tu, "Im! ada apa-apa makanan tak? Buatkan Kak *** roti and Milo" (Senyum2)
"Milo habes kak ***"
"Eh apesal tak beli?? Awak kene make sure sume barang ada, kan ada petty cash beli la!" (terus enyum hilang).
Lepastu belajar buat account and manage 3 account company, 1 account personal bos.
Prepare cek utk sume hutang2 and bills, bill anak2 dia tuition, bil piano and violin lesson, bil hp.
Selalu tengah2 bizi dapat call "Im! Kak *** ada presentation dekat Seremban. Awk kene ikut. 5 minit lagi sampai. 
Ke seremban la kita, or ke mana-mana sahaja yang disuruh.
Tak pun "Im! Kak *** tak sempat smpai on time pls fetch my doter dkt skolah ye pkul 1". Saya pon hegeh2 la ke Dengkil amek anak dia, hantar rumah, and balik ofis.
"Im! pegi Putrajaya now hantar invois/quotation. or pegi Pjaya jumpa Encik/Puan itu ini discuss. Now!"
And kalau dia masuk ofis tghari, "Im, Kak *** lapar la, awk bli lauk kite mkn sama2". Pegi kdai jalan kaki tapau lauk pauk, smpai ofis hidang dalam mangkuk, makan, lps mkn cuci pinggan, kemas2.
Saya juga call kawan2 yang kerja HR ke Admin ke, tanya pasal secretary company. Apa kejadahnya secretary company ni eh?? Mak blurrrrr!
Hari2 kene herdik sebab keje, hari2 kene puji sebab keje bagus.
Semua-semua tu, saya buat seorang diri. ye SEORANG.


Balik rumah hari-hari nanges dekat mak stress kerja.


4-5 bulan after, tekad nak berhenti sebab tak tahan, walaupun belum dapat kerja lain lagi.
"Kak ***, Saya dapat kerja lain. Saya nak berhenti"
" What???? Awak cari kerja lain behind my back?? How could u!!! U know I have never love my staff as much as I luv u! U know I put so much trust on u, Kak *** anggap awk macam anak sendiri, tak pernah I dapat good staff like u, Awk very good learner, catch up things so fast! I dah rasa macam u are apart of the company. Now ur quitting?? Don't do this to me IM!! How could u!!!!!!! 
Memang Kak *** byr gaji awk tak banyak, tapi if awak loyal, gaji awk Kak *** naikkan." 
etc
etc
Dia cakap super laju macam peluru, sambil nanges.


Sedih. Kesian kat dia. Tapi saya tak de pilihan. Saya tak tahan.


Dia memang merepek sebagai bos, tapi sebagai kawan sebenarnya dia sangat best.
Dan sangat penyayang. Dan sangat pemurah.
And experience di situ sangat berharga. Saya, IT background, pandai buat account, pandai sket2 Autocad, pandai pasal furniture bisnes, pandai pasal nak bukak company. Banyak sangat kepandaian.


After 7 years, semalam saya nampak dia dekat TV.
She is in Masterchef Malaysia!!
U have my support dear Bos!! Luv Ya!!
Rindu pulak nak keje ngan dia..challenging. Eh..




Hehe..
Good luck Bos!!


Ok Bye!









4 comments:

~Mrs Fred~ said...

Haha funny!!

I couldnt imagine you doing that.

Anyway, which one??

yana halim said...

yg mana satu, ima? nak kenal jugak...hehe

sha said...

kalau bagitau yg mana 1, kira macam menjatuhkan air muka dia tak? better tak yah reveal la kot kn? ;P

a.z.n.e.e said...

hahah, bos ko kt puchong tu ek..

anyway, aku tau ko mmg bole, k!!

p/s; rindu nk keje dgn ko jugak.. mcm study dulu.. sob sob.. u r my best partner k..