Monday, October 31, 2011

Online Purchase





So far both tops and pants are my favorite online purchase so far. Untuk baju la..bende2 lain tak termasuk.
Dah banyak beli baju online, tapi most of them tak memuaskan. Frust jugak tapi yela baju ni sebenarnya kite kene try, belek, baru la ok. Ikut nasib la..
Tu je nak bagitau.

Ok Bye!


Friday, October 28, 2011

Please la Chef Wan!!

Ok..saya tengah emosi. :'(
Baru haritu saya post pasal my ex-boss story.
And today I stumbled upon this, masa bukak blog abg nara. Read this:




And little that i know that the drama thingy is referring to my dear ex-boss.
Baca ni pulak:


Surat terbuka one of the contestant.

Assalamualaikum… Abang Nara, tolonglah publish “open letter” dari saya kepada Chef Wan ini tentang komen kasar beliau terhadap Kak Emma Ibrahim, peserta MasterChef Malaysia; di mana beliau kata Kak Emma berdrama menangis bagai itu semua… Please!
Minta maaf ya Chef Wan… saya cuma nak clearkan sikit saja… bukan nak back-up Kak Emma Ibrahim pasal hight light suami coma or nak minta simpati.. no ya.. Kak Emma have to go thru all the hardship for The past 5 years. Never once any of us feel that she openly menagih simpati dengan sesiapa.
We contestants knew that. Malah dia anggap Chef Wan adalah idola in this culinary life yang baru dia nak venture since her hubby went into coma. Mungkin Chef Wan boleh comment about everything else but definitely not that harsh statement lah. I on behalf of her pun terkedu membacanya.
Adakah Chef Wan tahu masa shooting tu lah Kak Emma dapat berita yang husband dia was not well? And during the programme hati dia berdebar2? and right after the shooting dia ran back home and admitted husband dia kat ICU Putrajaya? Dan sedihnya meninggal dunia after 3 days in the hospital.
Yet Kak Emma still have to ran back to the set and do the next task? Dengan hati yang tidak tenteram. Betul Kak Emma menangis sambil memukul putih telur tu kerana tangan dia sakit sebab terseliuh kerana tersilap angkat hubby dia semasa di hospital sebelum itu?
Setahun Kak Emma menderita tidak boleh mengangkat barang berat or streneous job seperti memukul putih telor tu. Chef Wan tahu tak sampai sekarang, dah terkeluar ni tangan Kak Emma still swollen? There is definitely No DRAMA or saja2 menangis. Definitely no iintention of menagih simpati. Kak Emma do cry whenever she talked about her hubby because she LOVE HIM TOO MUCH.
Salahkah untuk menangis? Almost 5 years Kak Emma jaga husband dia yang brain-damaged due to doctors negligence. Not even once i merayu mana2 pihak to bersimpati. Dia Sangat sedih when a person yang dia adore so much, having all his books, looking forward to all his shows seumpama tiada hati perut diatas kesukaran orang lain.
Sorry for the harsh words but sincerely kata-kata Chef Wan buat Kak Emma totally depressed! Kak Emma is a tough woman. Dia jaga hubby dia for almost 5 yrs on her own tapi dia tetap seorang perempuan…
Jadi Chef Wan… saya minta maaf untuk mengatakan ini “tidak salah untuk Chef Wan meminta maaf atas statement di atas pada Kak Emma Ibrahim kan?


Husband Kak Ema dah meninggal?? Seriusly I am so heart breaking knowing this. Sedih yang sangat2 sedih. I saw her on TV on 2008 tak silap, Buletin Utama. She was traumatically cried while telling the reporter on what has happened to her husband. Husband dia koma atas kecuaian doktor. Sepatutnya dia hanya nak buat pembedahan kecil, tapi kesilapan doktor, koma!. Time tu pun dah sedih sangat. Just for ur info, she refused to see me since i quit, setiap kali nak jumpa dia nak datang visit, dia tak nak. So I got fed up and malas nak jumpa dia lagi.


Tapi dia memang tak berdrama..I know her well..her husband, her childrens.


So kita jangan sesuka hati komen pasal orang, sesuka hati sedangkan kita tak kenal pon orang tu. Reminder to myself jugak. 
Chef Wan u should watch your words next time. 
Oh I hate you!!!


:'(



Thursday, October 27, 2011

Mini Rumah Bunga..Ke Rumah Bunga Mini..

Salam,


Kesukaan saya adalah  pegi tempat-tempat macam ni. Home furnishing, decors, accessories, dan yang seangkatan dengannya. Suke!
Semalam pergi IKEA just nak cuci mata and cari2 idea. Plan asal nak pergi after asar, nak elak peak hour dan nak elak kempunan tak dapat makan meatball sebab Q panjang. Tapi anak-anak tido dan bangun dekat-dekat pukul 6, maka lepas maghrib terus zassss ke IKEA. Lagi cun sebab memang tak ramai orang..makan meatball dengan tenang.


Biasala kalau dah sampai sana, bende yang tak perlu pon rasa perlu. Eh cantik la kita boleh letak kat bilik. Eh sesuai la letak kat hall. Eh ni kene ada ni sebab kita takde bende ni. 
:D


Jadi husband berkenan dengan sesuatu dan tiba2 kata perlu jugak beli bende ni untuk rumah. Perlu tu maksudnya ada keperluan. Tapi saya tak nampak keperluan di situ. Tiba2 ting! idea saya datang. Saya terus cakap ok la kalau nak beli jugak, kita letak dekat luar, untuk kasuts. Tapi shelf yang atas sekali saya mau letak pokok-pokok kecil untuk hiasan. Husband kata deal (Tengok la perangai husband saya yang mengalahkan bini dia, dia nak jugak beli). Beli juga la 3 pokok kecil yang agak sedih keadaanya tapi sebab itu je yang tinggal rembat sahaja. Menghabiskan masa di IKEA sampai tutup pukul 11pm, sampai rumah dekat pukul 12.
Saya dipaksa untuk teman dia assemble barang yang di beli dan-dan tu jugak. Layankan aje. Susun pokok2.
Lepas tu macam Eh..cantik la letak pokok..cancel lah letak kasut..kita letak pokok sahaje ok husband?? Tetibe rasa nak buat Mini rumah pokok.  I rasa macam nak pegi nursery je beli pokok sekarang. Walaupun pokok memang tak berapa mesra dengan tangan saya, saya tak kira.
Pasang bende tu tengah2 malam, susun2 dekat luar pukul 1am. 
GIGIH! Tadi sape tah yang komplen ngantuk kan? Dia yang hover. Hehe.


Bende apa la tu kan?


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

suke :)


Tu je pon bendenya..eksited lebih..hehe.
Balik ni nak pergi nursery, bile dah penuh pokok saya tepek sini gambar ok?


Ok Bye!!

Monday, October 24, 2011

My Ex-Boss Story



Ok harini cerita pasal one of my previous job experience. Saya banyak experience kerja I tell you. Very the interesting. Ni salah satu.


I once worked as an admin exec at a small local custom furniture company (err..furniture workshop kot), owned by a Lady. Middle age lady. Office dekat lot bengkel, kawasan Perindustrian, depan ada bengkel kereta, tepi ada stor, kanan ada kilang besi welding, sana depan sket ada kilang kaca, and banyak immigrants yang menakutkan.


Kawan saya yang recommend, masa tu baru lepas grad dan memang takde kerja.
Projek buat custom furniture, projek banyak dapat dekat government agencies. Buat kaunter pejabat, buat office partition, buat librabry, mahkamah, as well as kitchen cabinet. Semua buat. So saya kene tau jenis kayu kayan, accessories cabinet, materials, suppliers, etc etc. Saya sorang je staff admin, and kawan saya sorang adalah Autocad designer.


Bos saya macam "Im! (shorform Shaem), berapa harga sekaki cornice yang Hup Seng Sdn Bhd. jual?? (sambil sketch design cabinet and buat estimation kos).
Saya "Err..jap (smbil bukak katalog laju2)". "Awak tak hafal harga??? those prices should already in your mind! bukan time ni nak cari2 harga!. 
Masa tu baru seminggu kerja.


Lepas tu, dah kata admin exec, makanya saya juga kene buat gaji staff, filing (ofis tak pernah ada proper filing-so saya buat filing 1-1), kene oder barang, manage account, chase payment, kene tadah makian oleh suppliers sebab lambat bayar, kene manage staf kilang, tengok attendance diorang, (lambat seminit potong seposen)..pagi2 saya dengan super kelam kabut sampai ofis terus pegi kilang tengok sapa yang belum datang, trus cek punchkad sebab nanti bos akan call tanye sapa yang lambat :P. 
"Im! awak jangan bagi muke dkt staff, check punchkad, kalau lambat, call! Potong gaji!!"
Pastu terus tengok projek apa on going, cek progress production, sambil2 call utk monitor staff yang ada dekat site, tengah pasang apa, wiring dh settle ke? ada complain tak? 
"Im how's the mahkamah project? apa progress?" and she's expecting my answer tanpa ada err..arr..


Pastu naik ofis baru nak buat air nak brekfast bos sampai "Im! Kak *** dah sampai cpt trn!" Maka saya kelam kabut trn bawah dan angkut 2 beg bos yang berat + 3 handphone + 2 organizer + macam2 jenis file naik atas sambil dengar herdikan bos tentang segala-galanya.
SEMUA orang di kawasan berhampiran keluar dari workshop masing2 untuk menyaksikan saya kene herdik.
Lepas tu, "Im! ada apa-apa makanan tak? Buatkan Kak *** roti and Milo" (Senyum2)
"Milo habes kak ***"
"Eh apesal tak beli?? Awak kene make sure sume barang ada, kan ada petty cash beli la!" (terus enyum hilang).
Lepastu belajar buat account and manage 3 account company, 1 account personal bos.
Prepare cek utk sume hutang2 and bills, bill anak2 dia tuition, bil piano and violin lesson, bil hp.
Selalu tengah2 bizi dapat call "Im! Kak *** ada presentation dekat Seremban. Awk kene ikut. 5 minit lagi sampai. 
Ke seremban la kita, or ke mana-mana sahaja yang disuruh.
Tak pun "Im! Kak *** tak sempat smpai on time pls fetch my doter dkt skolah ye pkul 1". Saya pon hegeh2 la ke Dengkil amek anak dia, hantar rumah, and balik ofis.
"Im! pegi Putrajaya now hantar invois/quotation. or pegi Pjaya jumpa Encik/Puan itu ini discuss. Now!"
And kalau dia masuk ofis tghari, "Im, Kak *** lapar la, awk bli lauk kite mkn sama2". Pegi kdai jalan kaki tapau lauk pauk, smpai ofis hidang dalam mangkuk, makan, lps mkn cuci pinggan, kemas2.
Saya juga call kawan2 yang kerja HR ke Admin ke, tanya pasal secretary company. Apa kejadahnya secretary company ni eh?? Mak blurrrrr!
Hari2 kene herdik sebab keje, hari2 kene puji sebab keje bagus.
Semua-semua tu, saya buat seorang diri. ye SEORANG.


Balik rumah hari-hari nanges dekat mak stress kerja.


4-5 bulan after, tekad nak berhenti sebab tak tahan, walaupun belum dapat kerja lain lagi.
"Kak ***, Saya dapat kerja lain. Saya nak berhenti"
" What???? Awak cari kerja lain behind my back?? How could u!!! U know I have never love my staff as much as I luv u! U know I put so much trust on u, Kak *** anggap awk macam anak sendiri, tak pernah I dapat good staff like u, Awk very good learner, catch up things so fast! I dah rasa macam u are apart of the company. Now ur quitting?? Don't do this to me IM!! How could u!!!!!!! 
Memang Kak *** byr gaji awk tak banyak, tapi if awak loyal, gaji awk Kak *** naikkan." 
etc
etc
Dia cakap super laju macam peluru, sambil nanges.


Sedih. Kesian kat dia. Tapi saya tak de pilihan. Saya tak tahan.


Dia memang merepek sebagai bos, tapi sebagai kawan sebenarnya dia sangat best.
Dan sangat penyayang. Dan sangat pemurah.
And experience di situ sangat berharga. Saya, IT background, pandai buat account, pandai sket2 Autocad, pandai pasal furniture bisnes, pandai pasal nak bukak company. Banyak sangat kepandaian.


After 7 years, semalam saya nampak dia dekat TV.
She is in Masterchef Malaysia!!
U have my support dear Bos!! Luv Ya!!
Rindu pulak nak keje ngan dia..challenging. Eh..




Hehe..
Good luck Bos!!


Ok Bye!









Thursday, October 20, 2011

Bukan Semua Doctor Macam Ni

Salam.


Hi all.


Anak tecik saya baru je baik demam. 5 hari demam. But batuk still there. Knowing my childrens, memang semua jenis batuk yang ala2 bronchitis, . Memang ikut mummy sian diorang. even Ryann memang sah broncholitis child. 2 kali admitted hospital, once masa 8 bulan, 2nd masa..err.. setahun lebih kot. Now pon dia memang dah pakai inhaler. And dulu sebulan tu at least sekali MESTI ryann akan pegi hospital (emergency) tengah-tengah malam untk amek NEB, amek darah, wheezing yang severe and high fever. Inhaler dah tak lut. But Alhamdulillah, so far Ireen belum pernah admitted, setakat amek Neb dekat klinik je. 


Tapi Ireen pulak, since umur dia 14 months, ada Otitis Media-telinga bernanah. Everytime dia batuk and flu, telinga akan nanah. Both telinga, tapi yang kanan lagi teruk. So dia dapat treatment ENT Specialist at Putrajaya hospital. Doc cakap, everytime dia batuk, dia MESTI makan antibiotik AUGMENTIN, to prevent Otitis. So ok la, dengar cakap doctor, batuk je, sumbat augmentin. And for the past 2 months, bila batuk, telinga dah tak bernanah. So stop Augmentin. Kalau dia demam sahaja, tak risau sangat, tapi kalau dia demam and batuk, saya memang risau. Batuk dia memang saya tau sempit. 


By the way haritu dia demam and batuk, bawak pegi klinik on the 3rd day demam. Doc cek tekak telinga paru2 semua ok, so continue ubat demam and batuk je katanya. But demam tak kebah, batuk worsen, so the 4th day balik kerja terus bawak klinik near my house. 1st time pegi situ.


Doc: Dah 4 hari demam, kene bawak hospital amek darah ni, takut denggi.
Me: Ok nanti saya bawak pergi hospital. Paru2 dia ok ke?
Doc: (Cek paru2 pkai stateskop). Ada kahak..bunyi.
Me: So....? 
Doc : (Silence)
Me: Kene start antibiotik ke?
Doc: Nak start? Boleh. nanti saya bagi antibiotik.
Me: Augmentin ke?
Doc: Kalau nak augmentin, boleh.
Me: Kalau bkn augmentin, doc nak bg antibiotik apa?
Doc:  (Sebut nama ubat-can't recall)
Me: Sama ke dgn augmentin?
Doc: Tak sama. Low sikit. Tapi kalau parents mintak yang kuat, kita bagi la yg kuat (Augmentin)
Me: Ni perlu NEB tak?
Doc: Nak neb? boleh


At this point, saya dah hangen. U should consult me, bukan haku yang tanya-tanya.Tengok muka husband pon dah berangin, lebih baik saya cantas dia sebelum doctor tuh kene sound. Kang tak pasal-pasal  Dr tu bagi dia nye title doctor dekat Husband jadi la husband ku Dr Iezam.


Me: Saya bukan nak ke taknak ke..saya mana tau tahap severe anak saya ni. Doctor yang tau!
Doc: Tak la, kalau u nak neb, saya boleh bagi, kalau taknak, tengah2 malam nanti boleh datang klinik kita 24 hours.
Me: GRRRRRRRRR....
Hubs: Saya rasa baik neb la nanti susah pulak dia nak tido.
Doc: Ha ah.. (angguk2)
Me: Lepastu boleh tak continue Salbutamol? dia ada salbutamol kt rumah.
Doc: Sama je, Neb tu pkai gas, salbutamol tu makan, fungsi sama
Hubs: Yela tau.  Sekarang ni kita neb, sok baru bagi salbutamol.
Doc: Ha camtula.


GRRRRRRRRRRR. Ko nih doctor ke, penjual ubat??? Saya ni dah biasa sangat dah dengan penyakit anak, dah tau dah hari ke berapa kene amek apa, kalau tak baik jugak kene buat apa, nasib baik la kan. Buatnya parents yang tak biasa..?? Apa yang ko nak consult? Berat mulut sangat..tunggu orang tanya baru ko cakap. Serius la memang macam tak layak jadi doctor.



After Neb, before keluar consultation room
Me: Doctor, saya nak ubat bontot jugak.
Doc: Ubat demam??
Me: Ubat bontot untuk demam la
Doc: Boleh





Sungguh la amarah.
Pangkah klinik tu.


Tapi tak semua doktor camni.
Bye!.



Thursday, October 13, 2011

Mood Dating



Ok mood nak dating laf laf (love) sudah mari.
Mau tengok wayang la..Citer apa best?
Macam nak tengok Real Steel. Trailer best.
Tapi sebenarnya nak sangat nak tengok ni.












Haritu pun nak tengok Musical theatre Dreamgirls tak dapat.
So yang ni memang susah nak tengok.
Jauh. Kids how?.
Ok forget it.


Tengok movie biasa jela.
Dating-dating jalan-jalan macam biasa.
Cukup time fetch anak.


Ok Bye.



Wednesday, October 12, 2011

PTPTPU



Sadis betul bila tengok balance hutang PTPTN.
Bayar tiap bulan pon sikit je kurang.
Yela banyak dah tertunggak taun dulu-dulu masa belum dapat kerja.
Sapa-sape yang takde hutang PTPTN sila sujud syukur sekarang.
Kenapela saya amek hutang ni dulu.
Sungguh tak adil.


Benci.


Bye!

September Baby



Baby ke??? Muahahaaa..




Sangat bersopan santun & bertolak ansur. -- auwww
Sangat cermat, teliti & teratur. -- betul la tu
Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik. ---- ni macam tak je hahaha
Pendiam tapi pandai bercakap. --- agaknya kot
Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati. --- ni betul sangat hehe
Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur. --- 
ni pun betul sangat
Kerja yang dilakukan sangat sempurna. ---- betul jugak (wink wink)
Sangat sensitif yang tidak diketahui. --- betul jugak jugak
Seorang yang banyak berfikir. --- sentiasa berfikir
Daya pentaakulan yang baik. ---- betul la kot..
Otak bijak & mudah belajar. ----- hahah...bijak la sangat..
Suka mencari maklumat. --- kata keje pegawai teknologi maklumat kan (relate x? hehe)
Kawal diri dari terlalu mengkritik. ---- tak baik la kritik2 (haha denial)
Pandai mendorong diri sendiri. ---- ye kot..
Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia. --- 
betul sangat sangat
Suka sukan, hiburan & melancong. --- betul betul betul
Kurang menunjukkan perasaannya. ---- hmm..patutla..hahah
Terluka hatinya sangat lama disimpan. ---- lamaaaaa..Terlalu memilih pasangan. ---- bertuah la si iezam afiffan..muahahaa
Sukakan benda yang luas. ---- apa luas yg x bes?? rumah luas, kete luas, kan best sume tu..hehe
Bersistematik -- ha ni betol





Ha..tu diaaaa..
Macam betullll je semuaaaaaa...
Muahahaaaaaa..
Damn!
Tapi ada yang tak berapa betul la..hahaha denial..




Ok Bye!

Tuesday, October 11, 2011

Her Wedding!

Suke :)


After the long wait, akhirnya dapat la satu gambar.
Event was on May, ye May. Tapi gambar baru dapat...errr..tadi.. agaknya..
She (the bride) will upload more photos later.

Ok Bye!





Monday, October 10, 2011

Genting Gateway!

Salam,
Been a while after our last Cuti-Cuti Malaysia.
So plan bawak anak-anak jalan to Genting Highlands along with the family. 
Best!
Stayed at 1st World Hotel. In case korang tak dapat book hotel, just walk in sure ada bilik. But kene awal la kalau tak jenuh Q.


Day 1 habiskan masa dekat indoor dari petang sampai 11pm.
Day 2 outdoor pulak.
Since pergi dengan kids and abah n mak yang dah tak berapa nak larat jalan banyak2, so kami tak main banyak game dekat outdoor. Tapi x kisah sebab tengok anak-anak happy.
So layan gambar je lah ye, tu pon tak banyak sebab dah upload kt FB :D
Dasar pemalasssss. Tapi tak malas sebenarnya, tengah bizi dengan tender. Dokumen tender belum settle padahal nak advert minggu depan. 






 Upon arrival

 Ryann gayat

 Dinner

 Cuteness kiddos




 Q-ing




 Daddy - Ireen

 Ireen - Mummy

 Macam dolu-dolu


 da 2nd round - she refused to stop!


 Siblings

 Abah n Mak gossiping.LOL


 :)



 Post-card pose

 Mamita


 Gelakkan elephant abah yang semput x dapat nak naik tinggi


 Cumellss

 Capek!

Strong daddy

Ok bye!

Thursday, October 6, 2011

Wahai Suami

Jika isteri menangis dihadapanmu….


“hargai lah ia sblm terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!


Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!


Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.


Wahai suami2,
jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.


Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?


Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”


Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..


Dia TERHARU & Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..


TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.


Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI...
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…


p/s - taken from Facebook

Wednesday, October 5, 2011

A little Thinking



Pagi ni je I did a lot of thinking..
Fikirkan pasal macam-macam..
Hmm..
Ok to be exact, fikir pasal kelalaian sendiri, kealpaan, kemalasan..
Untuk improve diri..untuk improve rohani..untuk improve ibadat..


Sedih..


How am I gonna be a good mother, a good parents, to my kids..
If me myself  have lack of knowledge, lack of ibadah, lack of everything! 
Back then when I was a kid my dad was and still very strict on Ibadat.
He taught us everything.. Mengaji, Solat, bacaan dalam solat, he will asked us to recite bacaan dalam solat and betulkan tajwid, ajar cara wudhu' yang betul..bacakan Hadis, makna hadis, ajar abang saya jadi Imam and kami makmum, Everything!!!!!!


Ustaz dekat ofis saya kata saya pandai mengaji, (mind u, dulu every morning we start our day with reciting the Quran beramai-ramai dekat ofis, it's somehow a tradition tapi bila dah tukar bos dah tak praktik dah :'(  ), sampai suruh saya masuk Tilawah (ok..ini lawak!) and everytime dia cakap camtu, saya sangat bangga dengan abah sebab abah yang ajar saya ngaji sampai pandai. Sebab abah cakap, abah malu kalau orang lain yang ajar anak-anak dia mengaji. Hmm..


Selalu bila dah tertido sebelum solat Isya' (tertido lepas buat homework) abah akan kejut sampai bangun. Kadang2 sampai 1 jam abah tggu saya bangun, dah nampak saya atas sejadah baru lah abah masuk bilik tidur. Tak kisahlah pukul berapa 1 ke 2 pagi ke..takde kompromi pasal solat.
If let say abah and mak tau saya tertinggal solat, sehari la akan dengar mak abah membebel kalau tinggal solat macamana belajar nak berkat, rezeki tak lekat, etc etc sambil bebel sambil geleng-geleng kepala tanda sangat sesal dengan saya.. :(


While mak pulak very strict on the education. Garang ok mak dulu. Mak buatkan time table untuk revision, Tengokkan kami study, No TV at all. Sampai keluar bilik nak pergi dapur minum air pon kene marah. Biar dia ambikkan air or ambikkan apa2 tapi never step out the room masa study. Hoihh teringat je pun dah gerun. Paling garang ialah pasal kebersihan dan kekemasan. Ok ini banyak sangat nak cerita tapi malas.


Satu perangai saya yang keji, suka solat akhir waktu. Sangat Keji.
Jaga solat, bukan setakat tidak tinggal solat, tapi lebih dari itu.
Jaga waktu solat awal waktu, jaga bacaan solat, jaga khusyuk solat. (Ok ini paling susah).
Lepas jaga semua, baru la ikhlas hati kita untuk solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu.
Dan lepas tu menyusul la ibadat-ibadat lain yang kita buat dengan ikhlas (Mengaji-Dengar ceramah-Baca tafsir Al-Quran-Baca Hadis-Tambah ilmu agama-Belajar tajwid etc etc).


Saya sangat percaya solat yang sempurna akan pelihara keperibadian kita.


Tak taulah kenapa saya tulis ni dekat blog. Maybe sangat sedih dengan diri sendiri. I just wanna be like my parents.


Bye.. :'(