Ok. Pasal bonus. Gomen staff dapat bonus. Mesti jadi isu tiap kali. Kan.
Let me point out my view. Korang kalau tak setuju saya kisah ke? Bahasa urban "Like I care~~~!" heh.
Camni la. Staff gomen ni, boss diorang adalah pihak kerajaan. So staff gomen nak rasa bonus kene la mintak dekat kerajaan. Yang kerja private, korang mintak la kat bos korang. Yang tak puas hati pulak kenapa. Orang gomen pernah ke hentam bos bank rakyat "Weh, kami tak puas hati dato' bagi bonus 15 bulan dekat staff, abistu kami punya bonus cemana???" Ada ke cmtu?
Pastu ada yang cakap, dah dapat bonus tak reti bersyukur. Tak sokong kerajaan.
Saya ni bukan nak cakap pasal politik ok, ini nak bagi perumpamaan jela kat sapa-sapa yang tak paham.
Orang private, kalau rasa nak upgrade income, appply kerja lain kan. Rasa macam tak puas hati dengan company sekarang ke, tak suka kerja sekarang ke, benefit sekarang tak berapa nak best, nak benefit lebih ke, mula carik kerja lain. Selain dari dapat increase your value, (kita ni semua ada value dalam career kan, more experience, higher the value), gaji pon up. Ada tak bos cakap "Awak carik kerja lain awak ni tak reti bersyukur ke. Saya dah bagi gaji, dah bagi elaun, kenapa tak mengenang budi?" Ada tak camtu? Sukati dia la kan. Kalau bos tu sayang staff tu, dia akan counter balik. Kalau tak mampu counter, or dia rasa tak worth, let go jelah.
So kalau rasa macam ada bos lain yang boleh bagi lebih banyak kemudahan, benefit best cover medical sampai tujuh keturunan ke, apa salahnya kalau orang tu nak mencuba bos baru. Untuk kebaikan dia jugak. Selagi dia tak duduk bawah orang lain, dia tak tau bos baru dia tu best ke tak...atau mampu ke tak. Tapi...tak salah mencuba. Bila bos lama dia sedar yang bos tu perlu jaga aset (staff), bos dia akan improve. Sape yang untung? Diaaaa jugak kan.
Kalau dalam bisness ada competitor yang kuat, dia akan compete, bagi yang terbaik. Tapi kalau competitor dia lemah, dia fedulik ke nak bagi harga murah? Kualiti dia nak jaga ke? Takde dia fedulik der.
Lepastu kalau dia dah duduk bawah bos baru tu, rasa macam tak best jugak, dia boleh carik kerja lain lagi. Kan. Simple je. Nak kerja balik dengan bos lama pon boleh kalau bos lama panggil balik. Lagi sekali sapa untung? Diaaa jugak. Bukan dunia ni kiamat pon kalau dia rasa bos baru lagi tak best. Carik la kerja/bos lain.
Bagi staff yang tak berniat cari kerja baru, dia rasa apa yang dia dah dapat lebih dari mencukupi, terpulang la. Itu pilihan dia, hak dia. Perlu ke kawan tu nak bertegang urat mempertahankan bos dia sangat bagus, tak perlu carik kerja lain atau bos dia tak bagus langsung. "Hang ingat hang kerja tempat baru tu bos baru hang baguih ngat ka? Dia pon kedekut hang tau ka?"
Boleh ke cakap camtu?
Hak masing-masing, pendapat masing-masing. Kalau yang nak stay tu, stay lah sampai mana yang dia boleh bertahan.
Kalau orang kerja bank.. dia tak boleh lama buat certain task. Sebab bila dia lama buat kerja tu, dia akan jadi hustler, selok belok dia tau. Senang dia nak buat kerja penyelewengan. So kene reshuffle selalu. Sebab perihal kewangan ni crucial and critical. Semua pasal duit adalah critical.
Tau kan konsep HIJRAH? Penghijrahan tu adalah sesuatu yang dituntut, and banyak hikmah. Sebab tu la ada sambutan Ma'al Hijrah. Mula-mula berhijrah memang susah, tapi lepas tu baru nampak hikmah dia.
Itu dalam konteks kerja/kerjaya.
Tulisan carca merba ni korang paham ke?. Kalau korang bijak korang boleh la relate. Kata semua belajar tinggi..setakat tulis bodoh2 camni tak paham taktaula.
p/s - Announce bonus, harga barang semua naik. Ni kene salahakan peniaga, pengusaha, pemborong, pembeli, peruncit etc etc. Tak yah lah marah orang gomen dapat bonus.
Ok Bye!
No comments:
Post a Comment