Assalam,
Bz betul minggu ni dengan meetings. Pagi dan petang straight 4 hari. Kematu bontots i okeh. Pagi ni tak ada meeting, tapi petang ada program di PICC. So tadi cepat2 settlekan minit, ni update blog kejap, pastu nk buat kontrak perjanjian. By 1pm kene ada dekat swimming pool. Ye akhirnya saya decide untuk mencari guru swimming yang sebenar. Sebab kawan saya yang konon-konon nak ajar saya tu, bizi macam Pn Sri aktif berpersatuan. Bizi manjang. Lalu telah mengabaikan anak muridnya yang sorang ni. So kelas swimming saya adalah setiap Jumaat 1-2pm. Pukul 230 kene sampai PICC. Eh alamak belum beli goggle. Adeh kene plak g Alamanda beli goggle. Haishhhhhhhh!
Apa merepek pasal swimming plak nih. Niat sebenar nak sambung entry Terengganu di hatiku. Okeh.
Jalan-jalan kat pantai..dekat je dari resort. Lebih kurang beberapa meter je jalan kaki, sampai la gerai makan. Sepanjang pantai tu ada gerai-gerai. Best. Kami nak menyotong goreng tepong!
Sotong besar seekor. Sedap giller.
Kepok lekor. Sedap jugak
Fresh Jagung. Sedappppp. Eh sume la sedap
Anak-anak dah tak sabar nak main pasir. Suruh makan pon taknak. Taknak sudah meh sini mummy abeskan.
Daddy memang kegemaran anak2 bila buat hand swing.
Mummy buat x best. Tak sampai 360 dajah. Boringgg.. hehe.
Chenta hati
Me n the sleeping partner. Time sleep je partner time lain tak HAHAHAA. Ok tak kelakar.
Saya rasa Ryann memang pandai amek gambar la. Center je semua..kan?
Dia nak jadi jellyfish
Sini memang tak boleh mandi. Sapa mandi jugak maksudnya bunuh diri. Gitu.
First time dia jejak kaki dekat pasir pantai. Akhirnya. Before ni taknak langsung melalak-lalak siap buat muka geli. Tak payah bajet pembersih sangat la Ireen.
Posing bajet candid. Memang poyo
Gambar ni kelakar. Husband yg lukis. Masa ni saya lambat period 2 minggu. Saiko dia ingat saya preknen. Siap lukis camtu..muahahaa..! Malam tu terus test..dah kata mmg tak preknen tak caya.
Malam tu keluar dinner pulak. Makan adalah acara yang paling menggembirakan di sini. Kami makan di Kerteh, dekat2 dengan McD. Area dalam tu ada tempat ikan naik, and ada restoran. Semua fresh dan murah. Everytime datang memang dinner dekat situ.
Ketam apatah nama tak ingat. 3 ekor. Tapi bukan ketam nipah. Besar2 and padat isi dia
Ikan pon tak ingat nama..haha. Pelik-pelik nama dia x pernah dengar. Ni sweet sour.
Lauk 2 atas tu, sup ayam, kangkung belacan, air = RM50 sahaja. Ketam dah la besar. Best giller.
Ha tu jela nak cerita pasal Paka. Kalau datang sana jangan lupa pegi tepi pantai petang-petang sumbat perut tuh. Lain kali kalau datang Terengganu saya nak carik Rotu Paung (Paun) pulak. Punyela glemer boleh tak teringat haritu nak carik. Rugi betul. Sedap sangat ke eh?
Ok Bye!