Thursday, January 19, 2012

The 6th Sense

As salam,

Korang pernah tak rasa korang ada 6th sense. Ok saya ada. Wah dengan tak malunya mengaku.
6th sense saya adalah instinct. Bukan instinct yang biasa-biasa, tapi yang macam ni.

Saya mudah rasa bila ada orang ingat dekat saya. Selalu nye orang yang ingat ni bukan kawan-kawan rapat yang dekat, or family yang dekat. Tapi macam kawan yang rapat, tapi jauh. Family yang jauh. Yang jarang saya tau update mereka. Bila diorang teringat saya, selalunya saya akan mimpi dia, takpun saya tiba-tiba teringat dekat dia. Ini for real ye, tak tipu.

Contoh:
1. Saya mimpi sorang kawan ni. Next day saya cakap dekat husband - I rasa dia nak kawen la, dia teringat nak jemput I la tu. And yes tiba2 dapat sms, mintak address nak pos kad. Magik satu.

2. Saya mimpi sorang cousin, dalam mimpi tu dia nanges. Esok terus call mak tanya tau apa2 tak cerita pasal cousin, mak cakap memang dia tengah ada problem. Magik 2.

3. Saya ramai sangat kawan yang saya sangat rapat and baik before kawen dulu, be it lelaki or perempuan. Lepas kawen, macam bz melayan husband, asek la mimpi2 mereka. Saya tau mereka rindu dengan saya. (Bukan saya yang rindu ke haha??). Lepas tu jarang jumpa sampai bertahun-tahun. And 1 day, tengah minum, tiba2 saya teringat dekat sorang ni. Teringat yang macam nak terus pergi jumpa. Tak sampai 5 minit, dia call!!!!! Masa tu rasa macam nak pengsan. Menjerit-jerit ok masa angkat phone. Lepas tu dia cerita pasal wife dia sakit. Jantung berlubang. Dia tengah susah hati. No wonder.. :( . Magik 3.

4. Ada sorang lagi kawan, saya mimpi dia three days in a row. Pun saya dapat rasa yang dia ada problem, or tengah teringat saya. Tapi saya tak call or tanya dia, sebab erm..maybe sebab saya tau dulu dia sangat suka dekat saya (matikla perasan). Better biar je lah dia. Magik 4.

5. Tak pun kan yang macam simple-simple la. Tengah2 makan ke saya cakap kat husband. Eh apa citerla kawan saya sorang tu dah lama tak dengar cerita senyap je (sebab dia duduk UK). Andd..macam biasa, malam tu dia call. Dia cakap dah berapa hari duk teringat nak call asek tak sempat. See! saya tau memang dia ingat kat saya sebab tu saya pon ingat. Husband saya pon kagum ok. Magik 5.

6. Ok ini latest. Semalam baru terjadi. Saya baik dengan cikgu-cikgu kindy anak saya. Ada sorang ni nama Teacher Pah, dia sangat sayang Ryann n Ireen. Masa saya nak pindah rumah, dia yang offer jaga anak2 saya, without pay, untuk saya senang kemas barang. Then last year mak dia meninggal, and dia terpaksa balik kampung utk jaga adik dia yang yatim piatu. Dia baru je preknen masa tu. Sedih tak payah nak cakap la. Then last week saya asek teringat dia. So semalam saya tanya la cikgu lain. "Pah dah bersalin ke?" "Belum lagi kak, dia operate weekend ni. Dia cakap dekat saya dia rindu sangat kat Ireen". Ok saya rasa teringat sangat dekat dia terus saya call masa dalam kereta. Dia cakap "Kak, saya baru je lepas operate, baru naik ward. Akak la org 1st yang tau. BB boy, Ireen dah ada boyfren, Ryann ada kawan baru". Hmmm..no wonder la saya sangat teringat dekat dia. Magik 6.

Banyak lagi la cerita magik yang lain, itu yang teringat je. Pastu saya ni mudah rasa la kalau orang keliling saya ada problem ke, sebab saya memang akan teringat. Kalau dah magik cam ni, dengan anak2 lagi la kan..tak leh nak kata dah la instinct mummy dengan anak dia, dengan husband pon sama la magik. Dia belum sebut saya dah tau dah dia nak pergi pasar malam.. haha

Motif nak cerita 6th sense ni? Saje je nak cerita kelebihan diri sendiri kah kah.
Ok motif adalah, kawan-kawan out there, kalau korang teringat saya, saya memang tau. (hahahaa riak sungguh bunyinya).

Ok Bye!





6 comments:

mafuza said...

tp kalau dgn husband mmg mcm boleh tau kan? hahahhaha

akma said...

ado mimpi den tak???? HikHik

iezam said...

mukjizat tu..hahaha

sha said...

mafuza - dgn husband mmg boley tau. tggu lg 2-3 taun komferm korg komunikasi pakai hati je ahahhaaa.

akma - stakat ni lum lagi. ko tak berapa nak ingat aku sangat la tewww. dlu2 ada la..masa pas abes skul kah kah..

iezam - dont play2 ok. i ada mukjizat hihi..

akma said...

erksss yang no 4 tu agak2 aku kenal ke orangnyerrr. kihkihkih.

sha said...

yg no 4 tu bukan org yg ko kenal. orang yang ko kenal aku tak cerita kat sini..muahahaaaaaa. yg tu dulu selalu jugak aku mimpiiii hahahaaaa