Monday, January 13, 2014

Ermm..Hello..??

Assalam,,

Hellooooo...
 *kreek kreek* --- ni bunyik cengkerik namanya

Relevan lagi tak blog ni ?? Ada ke orang nak baca??
*kreek kreek*

Saya dah full term nak deliver ni..tggu hari..
*kreek kreek*

Start blogging dulu pon masa tunggu hari nak deliver Ireen. Penyakit agaknya tggu hari je teringat blog. Hehe. Ok tak kelakar.
Last entry birthday 3rd Ireen. Dah nak bday 4th dah dia next month. 
*kreek kreek*

Follower saya yang sekerat tu banyak kali tanya kenape tak update. Jawapan saya kau nak baca blog buat apa? Kau tanya je perkembangan aku directly. Lagipun kau sorang dua je yang mintak update. Tapi dia suruh jugak update.
*kreek kreek*

Aku bercerita sorang-sorang ni. Sebab tu bunyik cengkerik je dari tadi. 
*kreek kreek*

Ok lah nanti sambung lagi. Test2 je ni.

Ok Bye!



Tuesday, February 19, 2013

Ma Pwincess Is Three!




Always be my sweetheart, until forever


Memang budak ini Drama Queen. In a minute boleh menangis berjurai-jurai air mata and in a minute boleh ketawa. Lepas tu marah mummy sebab dia kantoi hanya tangisan pura-pura. Nak kaver malu marah orang. Hehe.
 Every morning mesti ada drama, but still manageable sebab abang punya drama dulu2 worst!. But still mengundang kesabaran mummy. But today is an exceptional. Mummy tak marah langsung and layan je drama dia sambil rasa happy. Shayang mummy pretty sangat harini..*cium banyak2 tanpa henti sambil meleleh airmata*. Alhamdulillah untuk panjang umur dan kesihatan anak ini Ya Allah. Alhamdulillah.

Birthday present 'Guitar pwincess' special request by the birthday girl. Eh tetibe abang pon dapat guitar kapak. Terus request nk masuk guitar class.


Ireen Darnisa dearie,
Semoga menajdi anak yang solehah, berjaya dunia dan akhirat; Panjang umur dan banyak berbakti. My Prayers and prayers after you as long as mummy and daddy are alive. Insya Allah. Amiinn. 

Ok Bye!


Thursday, January 10, 2013

Level Riak dalam Kamus urban-sosio-maya

As salam.
Tajuk atas tu hanya ciptaan saya. Sebab baru baca pasal darjah-darjah riak oleh Kahuna. Kahuna ni antara feveret blogger saya, walaupun jarang update, tapi sekali tulis boleh buat kau gelak dalam berpikir dalam terasa dalam semualah. Yang dia tulis tu memang tak boleh disangkal. Meh saya tepek tulisan dia. (Korang kalau saya bagi link bukan nak klik pon).


"Jaringan sosial dan kepantasan akses internet tanpa wayar telah memangkin satu fenomena luar biasa: riak dan takbur tanpa batasan.

Setiap hari aku pegi suapan berita Facebook, mesti penuh dengan keriakan, yang lama-lama jadi norma. Orang yang kelihatan macam bijak agama pun tak boleh lari daripada riak. Tadi aku tengok ada satu status Facebook berkata, "Tengok 1 Juta Money Drop. Jumlah surah dalam Al-Quran pun tak tau? Layak ke bergelar Muslim? Such a disgrace!" Ini juga adalah sejenis riak bertopengkan pseudo-dakwah, sebab secara tak langsung dia rasa diri dia adalah Muslim yang lebih baik hanya berdasarkan pengetahuan berapa surah dalam Al-Quran. Senangnya. Kau nampak orang tu tak tahu satu detail tentang Al-Quran, terus tak layak bergelar Muslim. Tak tahu pulak aku dalam Rukun Islam atau Rukun Iman ada rukun tersembunyi iaitu "Tahu berapa banyak surah dalam Quran."

Yang kelakarnya adalah kat bawah status tu, ada satu lagi jenis riak yang sangat berlainan, iaitu perempuan Melayu urban yang tulis, "Dom Perignon". Ringkas, tapi berkesan, iaitu riak bahawa beliau baru menikmati champagne berjenama Dom Perignon, champagne paling berprestij di dunia.

Itu beberapa contoh dari suapan berita Facebook aku dalam jangkamasa sejam pagi ni. Darabkan dengan bilangan kawan yang aku ada dalam Facebook, dan bilangan jam dalam sehari, dan bilangan hari dalam setahun, dan bilangan tahun yang berlalu sejak aku mula bukak akaun Facebook. Jumlah keriakan adalah berbilion!

Mungkin cara hidup sekarang menyebabkan semua orang jadi kurang berkeyakinan diri, lantas memerlukan pujian/iri hati dari orang lain sepanjang masa untuk membina keyakinan. Atau mungkin riak dan takbur adalah naluri asas manusia, cuma kewujudan Facebook, Twitter dan Instagram memberikan satu saluran yang sesuai untuk membebaskan naluri tersebut.

Secara jujurnya, aku pun suka riak jugak. Tapi setelah lama hidup, aku mendapati ada 3 darjah keriakan, dan hanya satu jenis yang orang suka.

Darjah keriakan pertama adalah riak yang jelas, terang, in your face dan tak bagi can. Contoh riak darjah pertama adalah letak gambar kereta Audi TT baru di Facebook dengan caption, "Audi TT baru, bitchaaaassss!!! Sila jeles." Ini adalah riak yang sepatutnya paling menjengkelkan, tapi kebanyakan orang tak kisah dengan riak jenis ni. Malah, riak macam ni adalah yang paling banyak mendapat like. Mungkin sebab orang menghargai kejujuran, dan riak secara jujur kelihatan lebih mulia.

Darjah keriakan kedua adalah riak dalam selamba, secara tak langsung, dan tersembunyi. Contohnya semalam ada kawan aku letak gambar anak kecik beliau tengah mencapai sesuatu dalam sebuah beg Louis Vuitton. Caption gambar tersebut adalah, "Kantoi carik iPad dalam bag I." Adakah gambar seorang bayi mencapai barang dalam beg merupakan satu detik yang perlu dikongsi dengan 1000 rakan Facebook? Pada aku, setakat budak kecik letak tangan dalam beg, macam tak payah ambik gambar pun takpe. Kalau kejadian sehari-harian macam tu pun nak kongsi dengan 1000 orang, maknanya adakah aku patut kongsi gambar aku tengah ketip kuku kaki semalam? Oh lupe, aku tak amik pun gambar macam tu, sebab tak relevan untuk diabadikan, apatah lagi dikongsi.

Maka kenapa kawan aku tu memilih untuk kongsi gambar bayi dengan tangan dalam beg tersebut? Sebab beg tu besar gabak dan berjenama LV. Dan budak tu tengah mencapai iPad. Mestila kena bagitau! Disebabkan iPad tu tersorok dalam beg, maka perlu dijelaskan kewujudannya dalam caption, manakala beg LV tak perlu diterangkan, sebab dah jelas kelihatan dalam gambar. Ini adalah contoh riak darjah kedua, di mana periak berpura-pura menggunakan alasan "Oh tengok telatah anak aku, kiut sangat taww" untuk mengetengahkan beg LV dan iPad beliau.

Riak darjah ketiga adalah yang paling hina, iaitu riak bertopengkan emosi negatif. Contohnya sorang kawan Facebook aku letak gambar semangkuk mi segera, tapi kalau perhatikan dalam gambar tu ada satu iPhone 5, kamera DSLR dan buku panduan melancong ke Itali. Caption gambar berbunyi, "Sedih gila, malam ni makan megi je. Takde sape nak sponsor I makan sedap ke??" Tergelak aku. Boleh pulak kau muatkan segala gajet elektronik dan buku melancong, sekali dengan mangkuk mi segeradalam satu frame tu. Nampak sangat penat susun secara strategik. Pastu buat caption sedih (emosi negatif) supaya nampak rendah diri.

Dan berpusu-pusulah orang komen "Eh, nak pergi Itali pun sedih lagi ke?" atau "Ala sekarang makan megi, kat Rome kang makan spaghetti, sama la tu." Pastu si periak pun reply, "Ehh, siapa cakap I nak pegi Rome? You ni paparazzi tau!"

Dan aku pun muntah cair di kibod.



Sesungguhnya entry ni bukanlah bertujuan mengutuk orang riak, sebab kita semua riak. Tapi pada aku, kalau kau nak riak tanpa dibenci, tak payah tapis-tapis, tak payah sembunyi-sembunyi. Cakap je terus, sebab orang lebih menghargai riak darjah pertama, iaitu riak dalam kejujuran.

Contohnya riak macam ni:

" Cuti Krismas ni aku nak pergi Morocco! Suck ittttttt !!! "


Amacam? ada yang terasa? Korang riak darjah ke berapa?
kah kahhhh...!

Ok Bye!

Wednesday, January 9, 2013

Point To Ponder - Thankful





"Macam mana nak bahagia kalau awak tak reti bersyukur. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Bukan mengeluh dengan apa yang tak ada. Dan perbaikilah apa yang sudah ada" - Twitter friend

"Cuba tengok kenapa dia asik mengeluh mengadu domba. Tengok kenapa dia asek merungut. Sebab dia tak pernah redha. Tak pernah redha dengan apa yang dia ada, apa yang suami/isteri dia ada. Bila tak redha tak bersyukur. Bila tak bersyukur takkan bahagia. Hidup dia berpaksikan duit. Jarakkan diri dengan orang yang macam ni." - Twitter friend

"Count your blessings instead of your trouble. Count your smile instead of your tears. Count on God instead of others"


#remindertoselfandothers

Ok Bye!




Thursday, January 3, 2013

Birthdays and anniversary


28th Dec haritu birthday suami kitew lewww. Biasala entry basi. Banyak lagi entry basi tapi malas dah nak update hua hua.
So traditionally  memang December adalah triple celebration (husband's side). Birthday suami, birthday adik, and anniversary our parents. 
Bila December nak makan ramai-ramai macam ni kena carik tempat makan yang sedap and affordable. Sebab yang mengeluarkan uwangg terhad kepada kami bertiga. Saya, Along and Uppa (biras kita). Kami adalah yang bukan diraikan. Cuma yang membayarkan hahaha. Yang diraikan adalah mereka ber4, jadi sumber kewangan untuk tong-tong berkurangan disitu kah kah kahhhhh. Eh tapi, walaupun begitu, saya berjaya pilih tempat yang dikehendaki. Sedap dan affordable. Percayalah! 


Kek dah cair by the time nak potong 



December babies


Where we dine





Antara food dia. Sedap dan murah dan big portion.



All of us minus 1 missing tak dapat hadir.


Happy birthday and happy anniversary dearest!
Semoga Allah memberkati kita se-family. Amin.

Ok Bye!


Wednesday, January 2, 2013

Bring It On!!

Assalam..!

Kickstart 2013 dengan update blog. Harini saya masuk ofis lambat sket, hantar anak-anak ke tadika. As mentioned (eh ke belum mention?) Ryann no longer at BBIM. But Smart Soleh instead. So harini 1st day dekat Smart Soleh. Punyela excited nak tukar kindy before ni, tapi tadiiiiiiiiiiiii............melalak ok!
Tak pernah nangis masuk sekolah before ni, yg ni 1st time nangis. Pelik betul. Peluk tengkuk mummy ketat2 menangis ajak balik. Sungguh tak macho Ryann Darnis 2013. Haha..awek2 tengok pon pelik. Terpaksa saya lari dulu masuk dalam kete, daddy pulak handle. Lepastu cikgu terpaksa tarik dia. Seriously pelik dengan perangai dia tahun ni. 

Ireen on the other hand, rilek je. Masa hantar abg dia tu, dia kesian tgk abang nangis terus cakap nak school dengan abang, nak smart soleh. Protective sangat kan Ireen ni. Ireen stay dkt kindy yang sama, Generasi, just tukar kelas. Dah 3 years old, dah stat kelas. Pagi2 kene mandi dulu b4 hantar. B4 ni bangun pagi tukar pampers terus hantar taska. Now a bit challenging la for me nak drag dia mandi pagi. Macam pagi tadi dua-dua buat perangai nangis2 tak nak mandi. Takpela 1st day mummy layan je. Dah seminggu kalau macam ni jugak mummy akan bertukar jadi mummy monster. Heh!

As for me, 2013 disambut dengan penuh harapan. Harapan untuk menjadi yang lebih baik dari semua segi. Better parents, better wife, better daughter/daughter in law, better sister/aunty, and better Khalifah. Khalifah tu patut jadi nombor 1. Harapan untuk upgrade diri, upgrade family quality. Insya Allah. 

Me being a normal person, still ada je orang yang tak 'suka' atau tak 'senang' dengan saya. Ntah kenapa. Please, buang jauh segala rasa busuk hati dan dendam. Apa juga yang kita nak suarakan, pikir dulu sebelum bercakap. That's the reason why the brain is on top of others. Atas lagi dari mata telinga and mulut. Tak ada yang nak dibanggakan pun bila kita ni outspoken. U never know what the impact of being a celupar. Boleh bawa bencana. 

So.
Mari kita perbaiki diri.


Last day wearing BBIM's uniform. 311212.



Ireen's entering 3 years old!!  My Baby girl dah besar




2013, bring it on!!!!!!
Ok Bye!




Friday, December 21, 2012

“ALLAH SEBAIK-BAIK PEMELIHARA DAN PALING KASIH DARI SEGALA KASIH”


Ya ALLAH, dengan kasih sayang-Mu Engkau kirimkan kepada kami penyeru iman
Berikan kami kesempatan dan kekuatan, keikhlasan dan kesabaran
Untuk menyambung risalah suci dan mulia ini

Kepada generasi berikut kami
Jangan jadikan kami pengkhianat yang memutuskan mata rantai kesinambungan ini
Dengan sikap malas dan enggan berdakwah
Karena takut rugi dunia dan dibenci bangsa

Ya ALLAH, perbaiki hubungan antara kami
Rukunkan antara hati kami
Tunjuki kami jalan keselamatan
Selamatkan kami dari kegelapan kepada terang
Jadikan kumpulan kami jemaah orang muda yang menghormati orang tua
Dan jemaah orang tua yang menyayangi orang muda
Jangan Engkau tanamkan di hati kami kesombongan dan kekasaran terhadap sesama hamba beriman
Bersihkan hati kami dari benih-benih perpecahan, pengkhianatan dan kedengkian

Ya ALLAH, wahai yang memudahkan segala yang sukar
Wahai yang menyambung segala yang patah
Wahai yang menemani semua yang tersendiri
Wahai pengaman segala yang takut
Wahai penguat segala yang lemah
Mudah bagimu memudahkan segala yang susah
Wahai yang tiada memerlukan penjelasan dan penafsiran
Hajat kami kepada-Mu amatlah banyak
Engkau Maha Tahu dan melihatnya

Ya ALLAH, kami takut kepada-Mu
Selamatkan kami dari semua yang tak takut kepada-Mu
Jaga kami dengan Mata-Mu yang tiada tidur
Lindungi kami dengan perlindungan-Mu yang tak tertembus
Kasihi kami dengan kudrat kuasa-Mu atas kami
Jangan binasakan kami, karena Engkaulah harapan kami

Ya ALLAH, berikan taqwa kepada jiwa-jiwa kami dan sucikan dia.
Engkaulah sebaik-baik yang, mensucikannya.
Engkau pencipta dan pelindungnya...




Beautifully written and nicely put word by word. This amazing doa was written by Datuk Dr. Maznah Hamid, the Malaysian Iron Lady. 

Hope that we could benefit something from this beautiful doa. 




Thursday, December 20, 2012

Cubicle baru la sangat

Assalam,,

Ish lama betul membiarkan blog ni tanpa cerita. Padahal banyak cerita. Reason ada..mesti ada punye.
Kali ni bukan reason busy. Bukan bukan padahal memang itu la ultimate reason.

Ok sebenarnya ni. Ofis saya buat dekor ulang deh. Alih kan workstation masing-masing, susun balik. Sementara je nih, sebab 2014 pindah bangunan baru. Harap-harap 2014 dah tukar kementerian lain.
Pastu i dapat la kedudukan baru. Baru la sangat padahal partition board, meja, kerusi sume yang lama, cuma alih tempat je. Lepas tu tempat haku paling tak best. Eh tak la paling, sebab yang paling tak best mestilah yang membelakangkan bos. Bila bos lalu belakang tak sedar tiba2 sergah, kantoi tengah bukak facebook.. haa itu la tempat paling tak best.
Saya punya up sket. Bos lalu depan, tak lalu belakang. Ok gak la.
Tapiii yang tak best..mamat sebelah saya ni direct nampak segala isi skrin pc i. Hish paling lemas lah. Dulu takde orang nampak apa i buat, heaven je takde sape nampak pc i. Sekarang no more.


Nampak tak? tengok tu mamat sebelah I. Sekali dia pusing straight nampak saya. Abaikan sepah itu






Alang-alang, meh saya tepek cubicle 'baru' saya yang tak best.




So bila ada je mood nak update, ada masa, line x clear pulak. Bila line clear, masa takde. Mood update pon takde. Abeh camno? Tapi selalunya adalah disebabkan line x clear muahahaa. Tu je nak bagitau.

Ok Bye!



Friday, December 14, 2012

Dating dengan mak-mak

Semalam (12/12/12) adalah best!
Layan gambar dulu.


mak-mak anak dua dan anak tiga












Ok after 8 years tak berdating dengan girl frens, semalam kitorang date. Bila jumpa macam ni without anak and husbands, memang best sangat. Selalu lepak jumpa time raya tak concentrate dengan ank-anak lah, dengan nak 'cover-cover' story dari laki memasing lah, so memang tak best sangat haha. Saya Gigih amek cuti untuk this girl's day out ok. Ok lah dah tak girl lagi, patutnya lady's day out.. tapi nk girl jugak sukati la hehe. Kawan since we were 13..now we are 31. Canggih tak?

Semua orang ada circle of friends since sekolah sampai lah sekarang dah berkerjaya semua kan. Sama la dengan kitorang. Dah jumpa macam-macam jenis orang and dah kawan dengan macam-macam jenis kawan.  But with them memang saya boleh gelak guling-guling, boleh tetibe nangis and sedih, boleh share macam-macam, masing-masing jujur and masing-masing boleh jadi a very good listener to each of us. Itulah kawan-kawan saya.

Atie, Sacky and Wawa..luv u three so muchiooooo!
Hehe.

Ok Bye!








Tuesday, November 20, 2012

Tak ada tajuk

Hihihiiii...

Dah kenapa tetibe gelak pulak..

Hihiii..

Rasa dah lama sangat tak update. Nak Buat entry baru rasa kelakar, Hihihiiiii.

Ok dah.

Sebenarnya nak letak video Ireen dance masa konsert, tapi tak sempat. Baru je masuk ofis, sepanjang hari ada kerja dekat cyber. A ah ahkak memang hapdet belog dekat opish. Lepastu malam ni nak tengok anak buah saya baru sunat. Haha dah besar dah budak tu..dah kene 'potong'. Ok aunty bangga sebab amsyar berani tak takut langsung nak sunat sebab nanti dapat duit banyak. Erk. (aunty terus cek purse ada bape inggit :p).
Khamis - Ahad pulak saya tiada di bandar (out of town). Sabtu konsert si Ryann. Sedih betul tak dapat attend. Seriously sedihhhh sangat. Sebab Ryann buat performance jugak. All this while memang dengar dia nyanyi lah hafal2 ayat lah. Tapi dia pemalu, tak nak tunjuk langsung depan mami dedi. Langsung tak macam Ireen yang  bangga sangat practise tunjuk2 depan orang. Hmmppp. Sedih.

Ok lah nanti cerita lagi. Nak balik dah.

#Save Gaza

Bye!



Thursday, November 1, 2012

Selain blog


Lack of update dekat blog salah satu sebab cliche adalah busy dekat ofis. Towards year end memang selalu macam ni, selalu busy nak settlekan kerja-kera tahun ni, and nak planning utk next year. Lepas tu banyak sangat meeting malas dah nak complain pasal meeting sebab it's da government procedure and culture so hadap je lah.

2nd reason is now saya lebih active at tweeter and instagram!! Ok tak la active mana sebab I don't have much followers pun tapi compare dengan blog memang lagi la sangat tak active. Instagram and tweeter kan instant direct communication sebab tula saya lagi suka. 

So my twitter and instagram adalah @shaema_voila

Ok Bye!

Wednesday, October 31, 2012

Barbie Girl


That day hantar Ireen lewat sikit to school. Sampai2 je budak2 tengah practise. Ireen masuk dalam terus amek blue pom pom dia and join. So apelagi saya cepat2 record!

Spot her? She's the tiniest! 

Oh my look at my girl dancing and remembering the steps. Terkejut mummy. And kelakar pun ada. Parents memang always praising their kids kan haha. She is so small compared to kawan-kawan lain. Walaupun kecil in size, tapi ligat dia tak padan dengan kecik. Since dapat record dia practise ni, semuaaa orang dia tunjuk dance ni. doplohpatjam asek barbie girl sampai mummy cannot take it anymore hahahaa. Tak sabar nak tengok dia perform this saturday. Janganlah buat perangai macam abang last year. And oh dia juga adalah salah seorang pelajar cemerlang bahahaaahahaaa. Strike ok 3 taun berturut2 dapat award pelajar cemerlang since baby. Ireen Ireen u make my day! 

Thursday, October 18, 2012

Demam AH

Baru perasan saya belum lagi tulis anything pasal Adam dan Hawa.
Memang saya tengah demam dengan #AdamMukhriz n #AinHawani
Hero idaman Malaya saya mana boleh tak diabadikan di sini kan. Huhu.
Novel tu saya baca masa sekolah, tapi tak ingat la form berapa.
Maybe form 4 or form 3. Ntah tak boleh nak recall. Or maybe betul la form 4. Sebab masa tu mak kawan saya pengumpul novel yang berjaya. My girlfriend. Asal dating je dengan dia mesti kirim 1 novel hehe. Dulu keluar jalan-jalan pon kami pegang tangan hehe. BFF gitewww. So malay novel source masa tu adalah dari mak dia la. Ok Make sense.

Jalan cerita masih ingat sikit-sikit. Tapi yang paling best, drama dia 10x lg best dari novel. Sebab ada watak yang dikembangkan, pastu dialog pon lagi best dari novel, pastu apa yang saya bayangkan masa baca novel langsung tak sama. Kat tv lagi best kot.

Lepastu yang paling (paling lagi) best, heroin dia. Tepat sangat pilihan heroin. Lepastu Nadia Nisa tu sangat natural bila berlakon. Dulu-dulu saya adore Dian Sastrowardoyo berlakon dalam filem Ada Apa Dengan Cinta. Rasa dialah berlakon paling natural. Masa tu la. Now rasanya tak ada lagi yang boleh beat Nadia Nisa. Ewah puji melambong kau ni. Hero tak nak komen sebab rasanya tak ada yang paling sesuai melainkan dia. Hewhew.
Tak sabar nak tunggu sambungan. Hari-hari tak sabar.

Tu je.
OkBye!



Wednesday, October 17, 2012

The day of the month


When menstrual cramp happen, I can do nothing. Except blogging hehe. And tweeting.
Have I told you how my office is? It's a 'freezer-like' office. When the 'freezy' big data center located inside the small office area, you are nothing like living in an igloo. Ok exaggerate. I'm on socks and blazer all the time while working.

So menstrual cramp + 'freezer-like' office =  tummy-and-below-wanna-explode-feeling. Legs are shaking while standing. Hardly walk and stand. That bad. But I can't sit still either. Kejap bangun duduk sandar tak sandar taip bangun even right now while updating blog. I should be attending a course in the lab right now but the temperature there double cold than here. Really cant stand the temp. And the pain. Sigh.

I came across a tweet from 
"Sakit sebab datang haid? amalkan produk tenusu. wanita yg berjaya mencapai keperluan kalsium dlm tubuh sbnyak 1200mg boleh elakkan senggugut."

True enough?? I remember having checked my bone and calcium intake with Anlene twice. First was not long after delivering Ireen. My calcium rate and bone condition was very poor that equal to 60 years old lady and according to the dietitian one of the reason was obviously delivering baby. Those calcium I took was 'transferred' to the baby hence the poor calcium rate. So we the mummies have to restock as much calcium (milk) after the baby born. 

So I had another bone analysis when Ireen was 1 year old and my milk/calcium intake was good enough. Actually I did not consume milk as much but I did take Herbalife as my supplement. According to them, Herbalife contains lotsa nutrition and calicium as well. I did a body analysis too and overall my body was doing great - the cholesterol and water level, etc. 

I think my menstrual cramp that occurs every month since I had my first period got nothing to do with my calcium intake. So I object the tweet from MEdikTV. Hehe. Saya syak this cramp got a real bond with my nerve or blood circulation, angin dalam badan or whatever lah but not calcium.


(Macam la kau doktor haha)

Tu je bubbye!!
Sakitnyaaaa uwawaaaa~


Tuesday, October 16, 2012

Walimatul Urus Bang is n Dija



Kakak ipar yang sangat muda.



Penantin


The only gambar anak bujang kami. Punyela susah suruh bergambar sampai saya ugut dia macam-macam. Haishhh!




Alolooooo shomell dua budak ini. Scene macam ni once in a blue moon. Baik kejap je, gaduh yang selalu. Takpela nanti dah besar BFF ok




Aksi wajib Ireen. 



Tengah gaduh la ni








Makcik Pakcik sekalian



Tengah nak buat signage untuk guest book booth



Guest book booth done by Erna

















Ni je gambar pelamin? Redha. Gambar pengantin pon takde





Ni pon pengantin jugak. Hew hew



Ok loving this pix. Siblings.




Pengantin Arrival



Hana n Khairul (mc of the day)





Kami Pengiring


Tuuuuu je gambar.
Sedihnyaaaaaa. Serius.
Btw Alhamdulillah event went smoothly. Thanks kepada yang hadir, yang menjayakan, yang terlibat, etc etc.
Berdoa taun depan ada wedding lagi. Amin.

Monday, October 15, 2012

Behind the scene

Behind the scene la sangat..
Camera saya terjatuh and rosak masa wedding abang haritu, hence the lack of photos.
Now tengah selamatkan gambar-gambar yang sempat snap. So saje nak share some pictures masa night before wedding abang dekat keramat mall tu. Such a memory.



Lil 'helper'. Duhhhh ribut budak ni. Mana ntah gambar budak kecik lagi sorang tu 




Production unit - Bekerja di dalam keriangan walaupun dah lewat malam




Sedara mara yang rajin dan sangat membantu



Jiran tetangga yang banyak membantu jugak



Bilik ni x besar, so unit stor terpaksa susun camtu. HAHAHAA


















Before re-arrange. Malam tu jugak kami suruh susun balik meja-meja ni.




Thanxxx semuaaaa. Muahhhssss!!!



Yang tolak troley tu delivery unit. Hehe









Ireen n partner in crime, Qisya. Nenen anywhere, anytime!



Pelamin in the making




Reserved table untuk family perempuan




Duduk je, jangan teringin pulak. Eh.


Mummy Ariq 





Baby Ariq tetap kene hangkut pergi dewan. Bersemangat


Will share some pictures masa event, tapi semua pun gambar sebelum camera terjatuh.

Masing-masing malas pegang camera, which kami regretttttttt sangat sebab gambar ilek. Harapakan gambar dari photographer je la.
Photo props yang kami buat beria-ia pun tak sempat nak pakai. Sobss..sungguh sadis.

Ok Bye!