Friday, March 30, 2012

BBIM Sports Day



Date : 17th March 2012 (Saturday)
Venue : Padang SK Percint 8 (2), Putrajaya


Ok, a little review untuk BBIM's sport day. Event ni combine 2 branches, which is Putrajaya and Puchong Utama. Tengok gambar dulu lah k.


Upon arrival - aunty pakaikan penguin and chicken cap



Trophies



Towels



..march to the starting point





Emcee of the day. Tak ingat nama





1st activity - Marching



Happy Ryann!




Dia paling excited




2nd - Doa recitation





 3rd -  Lagu Selangor, Lagu WP and Chicken dance




4th - Star Programme - Silat (Putrajaya)



5th - Star Programme - Taekwondo (Puchong Utama). Yang ni sepatutnya Ryann join, dia dah practise dah, tapi uniform dia tak dapat lagi, so tak join. Gurl kat depan tu comel giller.



Ireen marah orang pegang abang dia. Budak ni,,!!


 Ryann in action. Activity utk 5 years



Ryann dengan Matin his BFF (hahahaaa!). Haritu Matin gigit pipi Ryann. Sabar jela. Tp he and his mom did apologize. And Matin bagi lollypop tanda sorry :). Mak dia pandai ajar anak.


Dengan unty Fiza. Dekat BBIM, no teachers, except Aunties. Semua pon aunty. Tak nak ada barrier. gitu.


 Price giving

Ada activities for 2 years old jugak, and for the parents. Tak snap banyak gambar, sebab panas hehe. Overall ok, cuma ada la sikit-sikit benda nak komen. Ok untuk event ni, parents are required to pay RM100 for each kids. Bayangkan kalau anak ada 2 or more. Lepas ramai parents yang complaint, dia reduce to RM80. Ada jugak yang refused to pay and tak join. So bila ada extra payment ni kita mesti expect more kan. Sebab kita dah bayar banyak on the registration and monthly fee pon RM600+ quite high. Ok la tu takpe sebab swimming and taekwondo class included. Tapi at least for refreshment ada la food yang proper untuk semua. Dia just bagi bihun goreng 2 bungkus (sikit sangat Ryann pon tak cukup) and mineral water. Sebab previous kindy Ryann, parents just have to pay RM5/head. Maksudnya kalau parents 2 orang je RM10 la. Lepas tu ada buffet Bihun Sup for parents or anything la siap ada bubur for babies. Student dapat makanan lain. Pastu ada potluck, parents bawak la apa-apa additional food, so food memang banyak and tak ada problem. Decoration pon lebih meriah. Activity banyak and experienced in handling kids and babies. So from there I boleh compare la Tadika Generasi sangat bagus I tak deny pon before ni.


Maybe BBIM baru so belum ada banyak experience in handling event. Give them more time. Tapi so far saya puas hati dengan montessori konsep by BBIM. Ryann's mother tongue memang Bahasa Melayu, tapi English vocab bertambah and dia boleh faham lah bila saya speaking dengan dia and he try to answer. Saya pon banyak belajar from him. Contoh makna doa makan Ryann yang ajar : O Allah, U bless, whatever food U have provided us, and save us from the punishment of hell, in the name of Allah. (If I'm not mistaken). 


So that's for now.
Ok Bye!



Thursday, March 29, 2012

Mimpi Indah Ke? Pt. 2



Assalam..
I'm back! Wah..macam la ko pegi obersee kan nak back back.
Harini Thursday blues..boley? Penat lagi..maka mari update blog.


Of all story, harini nak cerita pasal mimpi malam tadi dulu.
Saya mimpi sape tauuu?? Ceteke ceteke..
AARON AZIZ!!!!!!!!!!!
Sila lah muntah hijau..
Kah kahhhhhhh!


Ya Allah real abes ok. Camni, saya mimpi saya balik kerja lambat. Sampai rumah je... AA sambut sayaaaaa!!! Dalam mimpi tu memang macam dia husband saya la kiranya..kah kahhhh..Sumpah lawak.! Siap ada Rita Rudaini baru lepas masak (Rita tu mcm bini dia jugak..so kira madu saya la tu..lawak nak mati!!). AA sambut saya dengan romantik sekali terus bisik "Rita masak x sedap la yang..u masak lah!!!" Whaddahekkkkkk!!!! AA sayang saya lebih dari Rita muahahaaaa!!! Tersengeh-sengeh berbunga-bunga kembang happy dalam mimpi kah kah. Pastu baru nak manja-manja tetiba kawan saya nama Ija 1 family siap dengan mak pak dia sekali datang. Datang nak makan katanya. Kelam kabut I nak masak. Pastu saya tetiba teringat dekat husband saya yang sebenar. Macam terpikir alamak belum inform dia balik lambat sket. Kelasssss kooo ada 2 husband. Mimpi kannn..nak doblas husband pon ada ko kesah ahhaha...


Pastu AA siap cakap "u betul ke nak masak ke nak i beli je?" HAHAHAAA...sayang bini hahahaaa. Saya masuk dapur je tetiba dapur tu jadi dapur rumah Ija. Saya nak masak, tapi dok tanya Ija "Ja, mana ko letak bawang, pakai kuali nih boleh? garam mana garam??" Sengalll nak mampsssss...
Tengah-tengah masak saya teringat dekat husband sebenar, usha line agak-agak AA tak nampak, saya call husband. Cakap pon cover-cover..yela orang ada 2 laki  kang kantoi lak..kah kah!


Me : B..u katne? I balik lambat sket la bizi banyak kerja..
Husbnd : I kat IT fair ni..lambatnya u balik..
Me :  U beli apa kt situ?
Husbnd : Tak beli pape..tak best la g sorang-sorang..I nak g ngan u..


Saya terus senyum bangga sebab dedua suami sayang saya!!! HAHAHAAA..Cepat tikam saya cepatttt!!!!
Hahahaaa! Pastu terus terbangun. Sengeh-sengeh..sambung tido balik dengan harapan mimpi bersambung. Tapi tak.


Hadoi..sengal kannnn?!!
Yela malam tadi sampai rumah dari Terengganu dah pukul 10. Bersihkan diri, terus tido kan anak saya tido sekali. Penat sangat, doa tido pon tak baca. Hamekkk..mimpi indah..hahaaa..


Pagi tadi sempat cakap kt suami, mimpi AA. 
Dia buat muka..malas nak layan..
Muahahaaaa...


Ok la tu, dia mimpi Nora Elena, kita mimpi Seth Tan.
Fair n Square.


Ok Bye!





Tuesday, March 27, 2012

Friday, March 23, 2012

One Fine Day


Boring la mami nih asek amek gambar..



Ok lah bagi chan. Semaiiiilll...!



Adikk..jom main chak-chak.


Ok Jom! Abang start dulu



AAA.....Chakkkkk!!!!





Chaaaaakkkkkkk !!!!!!!!!


 Chhhaaaaaaaaaakkkkkkkkkkkkkk!!!


 Penat la main chak-chak abang... Jom main nyanyi-nyanyi






Old Mcdonald had a farm..ee aaa ee aaa oooooo...


Twinkle-twinkle little star..how I wonder what u are..



1 little 2 little 3 little fingers..4 little 5 little 6 little fingers..


 Hmmm..dah penat dah ni tak sampai-sampai lagi ke??





Ok Bye!

Thursday, March 22, 2012

Hot Balloon


Nak naik belon konon..bangun Subuh pon pukul 6.45. Harapannnnnn!
 Ryann frust giler..tapi nak buat camana. Nak naik belon kene beratur seawal 630 pagi. Hmm..sudahnya belon ni jela yang ke udara..Kah Kah!




Bila kata tak dapat naik balloon..dia jeling mummy




 Mengubat kelukaan..daddy belikan pistol bubble dengan balloon angry bird



Gaya kene ada



 Pastu main dekat inflatable playland ni.




Punyela panas terik sampai kene pkai sox kalau tak tak boleh pijak


Mummy dah tak tahan kepanasan. Panas yang sangat terik..tak sukeee. Ok jom-jom kita balikkkkk..
Hahaa..nasibla anak..mummy daddy memang tak betah panas-panas ni, nanti korang jugak yang meragam. Jomlah balik. Carik tempat makan yang aircond. Alamanda la jawabnya.

Jemput minum..


So apa motif pergi Putrajaya ni eh??
Muahahaaaa..
Mission failed!

Ok Bye!


















Thursday, March 15, 2012

Seri Wajah



Adeh..fening nye pale..Nih fening lalat ke fening apa nih?
Sakit pale lain macammmm je nih..
Haiyokkkkkkkk...hehe!


Anyway, perasaan di kala ini adalah ingin bertukar tempat kerja. Walaupun ini baru tahun ke 4 dekat sini, tapi rasa macam dah cukup la kot pengalaman di sini. 
Tak kisah la tukar jabatan/kementerian mana, tapi mesti di Putrajaya of kos.
Saya mau new environment. To re-boost my eager on work, motivation, production, etc.


Tapi, dilema saya adalah, pertama : bos dah cakap dia tak nak sokong pertukaran saya. (I kill u boss) Yang ni kene gosok bos kaw2 dulu. Yang kedua adalah : Saya enggak mauk buat system development. Ewah dah la nak tukar ko boleh demand plak. Saya sayang project management. Sapa kata senang? Susah tau jaga projek. Tapi kalau buat networking pon best jugak. Wpun knowledge networking saya di tahap beginner, saya rela belajar bersungguh-sungguh. Tapi buat sistem?? Euuuwwwww..


Dulu dekat private memang buat sistem la kan, bergelumang dengan codings. Masuk gomen, 1st task still buat sistem. Tapi 1 je. Pastu babai. Saya tak sanggup mengulang bercakap dan berdialog dengan monitor semasa buat sistem dulu.






Ini la reason utama takmo buat system development. Heh!
Ok Bye!



Wednesday, March 14, 2012

Tuesday, March 13, 2012

Bos Besar


Rilek je tengok youtube during office hour.
Buat keje la!!!



Esok nak ikut pegi office mummy ke daddy?
"Mummy"
Baiklahhhhh..!

Kalau cuti sekolah berbulan2 macam mana nih?
Adeh

Ok Bye!



Monday, March 12, 2012

Sekolah Tutup!

As Salam,


Pagi tadi sampai je ofis lepas punch in, terus pergi breakfast dekat cafe. Cafe kan ramai orang and bising, so tak dengar bunyi handphone. Bile masuk je ofis tengok ada 3 misscalls from husband. Call balik rupanya kindy Ryann tutup! Gosh. Macamana boleh tak inform? Brainy Bunch close during school holidays?


*Terus pening sape nak jaga Ryann, nak kene cuti ke minggu ni? tapi bz sebab weekend ada event ish pening pening*
Uwaa..kalau camni susahla macammana nk hantar Ireen masuk BBIM jugak? Cuti sekolah je tutup. Pfftt!


Rilex2..mari kita call principal and disscuss. 
Tu je k bye!





Thursday, March 8, 2012

Naik gaji baru harini, Tapi harga barang? OMG


Gaji kakitangan kerajaan naik 13%. 
Bukan banyak pon.
Tapi gaji baru belum merasa..harga barang dah lamaaaa naik dulu.
Semalam groceries shopping dekat Carefour OMGGG..semuaaaaa barang dah naik ya ampun.
Seriusly SEMUA. Even Carbonara sos PREEGO, tin dah mengecil dan memendek. Sakit hati giller.
Belum la nak cerita pampers susu laundry beras segala  lagi kan. Macam hazab ok.
Colonge Johnson's dulu beli RM5.80, semalam dah RM6.50!
Memang pergh lah.

Bila dah announce macam ni, sendiri mau ingat la kan.
Semua pakat naikkan barang lagi.
Sila lah sila.

Oh Malaysia tanah airku

Tuesday, March 6, 2012

Can't Wait!



Hehe..
Tajuk penuh propa..biasala tajuk memenag kene penuh drama..
Padahallllll..xdek mende pon..
Sendiri je rasa eksaited..hihiiii..


Insya Allah..mudah-mudahan..
Amiinnnn..!


p/s - Good luck untuk semua, yang sedang kerja, yang dekat rumah, yang dekat dalam kereta...(HAHAHAAA..berangan ada reader..padahal yang baca berapa ketol je kah kah)


Ok Bye!

Monday, March 5, 2012

Mondayitis



I thought it was 'Mondaygitis' as what a friend told me, but when I google-d the word, turn out to be Mondayitis.



Call it what you want, but "Mondayitis" is a feeling of weariness, sadness, apathy and general distress that many individuals feel when starting the Monday morning work week. This feeling is usually enhanced after a large weekend.
Boss: "good morning, looking a little worse for wear whats wrong?"

Worker: "Got a case of Mondayitis"
Tepek sebijik2 maksud dia dari mana tah dah tutup x smpat tgk address.

I tend to annoy to people whom always put the monday-blues status in their FB. What is your problem meh? Just work la imagining monday is Friday. Cannot ah?

And today yes I am here with the illness - mondayitis @ monday blues.
Padan muke kata orang lagi sekali kene baru tau. Allah the Almighty.
Looking at my Google Chrome tab - blogsssss, Facebook, Interior design images, cabinatary design google images, office email account, yahoomail,  more blogs and blogss. Where is my work.doc again?

My office has come up with a new policy which is - Audit Tugas Harian - ATH (Daily task audit).
So my ATH today would be this:
1. Facebooking - 4 hours
2. Blog-hopping - 4 hours
3. Google-ing - in between no1 n 2. Approx. 2 hours
Total 10 hours. And there goes my Monday.

Ok Bye!

Thursday, March 1, 2012

Erykah Badu - My Point Of View

Rasi Yatim melalui kementeriannya membatalkan konsert Erykah Badu (EB) sebab NST menayangkan gambar EB dengan tattoo tulisan kalimah Allah.


And banyakkk sangat artis melayu Islam yang marah. (cth: Baki Zainal - sape dia ni tak kenal pon, Daphne Iking, Adibah Nor - sorri saya dah tak suke kau, and Hunny Madu - sama la dah tak suke jgk). Orang lain pon banyak yang marah. Semua ni bajet open minded. Penganjur pulak (melayu tapi tak tau la Islam ke tak) nak saman NST sebab siarkan gambar tu. Maksudnya kat sini kalau NST tak siarkan, orang tak tau, and concert boleh diteruskan. So dia nak saman lah NST.




Ok nampak tak kat sini level pemikiran dia macam mana?

Ini isu penghinaan ke atas Islam. Penghinaan ke atas Allah. Bukan isu terpesong akidah disebabkan oleh tattoo. Kau sebagai orang Islam tak marah ke? EB cakap that tattoo is for a shoot. Dia membiarkan kalimah Allah dihinakan atas badan dia. Muslims are greatly insulted by this. Kalau pun NST tak siarkan gambar tu, EB tak layak untuk buat konsert di Malaysia. Penganjur pun kene la selidik latar belakang artis tu dulu. 

Ini lah dia yang dinamakan bodoh tak boleh di ajar, pandai tak boleh nak di ikut. 

Apa lah nak jadi.

Ok Bye!