Wednesday, January 11, 2012

Of Two Siblings



Betul la orang cakap anak-anak itu tak sama.
Keluar dari perut yang sama, tapi kelakuan, perangai, pe'el, kerenah, attitude, kemahiran, kecenderungan, keistimewaan, semua berlainan. 


Ryann Darnis dengan Ireen Darnisa adalah dua adik beradik yang sangat berbeza.
Nama sangat menunjukkan adik-beradik. Muka pon ada la irasnya.
Tapi kelakuan sangat lain.


Ryann sangat particular, Ireen sangat 'belasah aje'.
Ryann masa kecik sangat memerap, clingy to me. Ireen agak independent, boleh main sendiri.
Ryann tak lasak masa kecik. Dia langsung tak sentuh perhiasan rumah, tak tarik alas meja. Dia siap susun kemas toys lepas main. Ireen sangat lasak. Pantang nampak ada benda atas meja. Table runner tak pernah rasa aman, sebab asek kene tarik dengan Ireen. Perhiasan rumah kene letak tinggi-tinggi, tu pon dia berusaha nak capai. Sengaja jatuh-jatuhkan barang, dia rasa sangat enjoy.
Ryann dulu tak main dekat tangga sangat, Ireen pantang nampak tangga.
Ryann start jalan umur 1thn 1 bulan, Ireen 11 bulan dah berlari-larian.
Ryann dulu langsung tak suka makan nasik, dan tak suka makan. Ireen sentiasa kene ada makanan dekat tangan.
Ryann boleh duduk diam main, tapi mummy or daddy kene duduk sebelah teman. Ireen tak boleh duduk diam, cepat bosan, otak sentiasa fikir nak buat apa, tangan sentiasa jalan.
Ryann dulu kecik tak berlari-lari dekat shopping complex. Ireen tak reti jalan, kerja dia lari je. Penat hoih.
Ryann agak penyabar. Ireen tahap kesabaran sangat rendah
Ryann kurang berani (dulu), Ireen sangat berani, tak takut pool, tak takot height, suka panjat-panjat.
Ryann tak garang, Ireen sangat garang. Ini saya pening. Kalau kita marah, dia marah balik, siap lepuk kita. Abang dia dah selalu kene whack kepala, tarik rambut, cakar juga gigit. Abang yang nanges.
Ryann boleh tolerate, Ireen sangat determine. Selagi tak dapat selagi tu dia nanges melalak (nanges tu satu usaha jugak kan).
Ryann agak senang di atur, Ireen agak rebellious. Haha mummy foresee this.


Tapi.....
Ada jugak persamaan mereka.
Dua-dua kuat nangis!!! Tomey2 tapi ciwekkkk. Erghhhhh.
Mummy tetap shayang dua-dua, walau pun kadang-kadang rasa nak jual. ok tu tipu.


Ireen Naik Sheikh


Ok Bye!





2 comments:

Azhariah Zuber said...

hehe anak yg kecil terikut perangai yg tua. kalau tua nangis, dia pun jadi gitu gak. sabar je la

sha said...

a ah..mmg cmtu kan..suke ikot..haha