Monday, December 19, 2011

Monday Babble



Saya adalah super risau.
Risaukan ank yang belum fully recover dari demam. 
Demam since Khamis. On paracetamol 6 hourly. Tak settle than pegi klinik hari Sabtu. Dapat antibiotik.
Doc cakap if Selasa still belum settle, than baru kene amek darah. 
Harini Isnin, belum baik lagi demam. Tapi this time takde batuk, which is syukur jugak lah. Kalau batuk satu hal lagi nak mendengar wheezing kat lung pulak. Double risau.
Tapi bila anak demam, macamana kita nak tidur kan. Kene monitor temperature dia. So dari Rabu malam tak tido betul, smpai malam tadi. Weng kepala. Saya ni memang style basah kepala ank macam mandi bila panas sgt. Tak kira la pukul berapa. Budak tu pon bkn tido lena. So bila panas sangat, saya kejut anak betul2, basah kepala ketiak badan sume. Bagi ubat, tidokan balik. Setengah jam kalau panas balik, bwk pi toilet lagi sekali. Budak kecik tu sangat membenci towel basah di kepala. Boleh amukan ablasa. Sebab tu la saya siram je dia ngn air kat toilet. Senang. Risau sangat bila kepala dia panas, takot la efek otak ke. Banyak kes kan demam panas dpt kerosakan otak lah, sawan lah, ish macam2. Scaryyy..tsk. Bila budak demam, basahkan armpit ngn celah kelangkang (eh kelangkang ke? ke kangkang je?) dia. Cepat suhu tu turun.


Tapi saya di office, sungguh tak keruan. Tadi masa hantar kat nursery, panas dh turun. Cikgu kata nak call kalau dia demam. Tak call pun lagi. Manageable la kot. Jap lagi nak call lah.
And kepala adala ting tong. Tido adala sejam dua je. Nasib baik tak terlajak. Dah la semalam penat sangat.
Harini nak cuti masak. (Hint husband)


Oh dah ingat dah kenapa penat sangat. Semalam 'BFF' kami datang rumah. Sibuk tau husband pon nk ada 'BFF'. Pastu nak ajak datang umah jugak. Eh padahal husband tak ajak pon, diorang yang nak datang hahaa. Tapi 'BFF' saya, mmg saya ajak. Malas nak keluar anak demam tak sihat jumpa kt rumah lagi selesa kan. Tapi langsung tak amek gambar kerana menghormati permintaan kawan baik yang merasakan dirinya amat hodoh sekali ketika berbadan dua. Standard ar preknen kan, msti la hodoh2 sket sebab nanti anak ensem ngn cun macam ank2 saya. HAHAA.


Saya juga mode anti camera, sebab saya sedang mengalami pertambahan berat badan secara rela.
Rela la sangat. Lalu segala lelemak bersuka ria memunculkan diri. Amek gambar je delete, amek gambar je delete, pastu salahkan camera murah gmbar tak cantik. Padahalllll..dush!


Ha cikgu dah msg kata Ireen dah mkn ubat, tapi tak demam. Lega sikit.


Adeh kepala sakit la x cukup tido. Mood takde. Nak masuk HRMIS tapi load macam siput. Korang tau x HRMIS. Gomen servant je tau. Yang tak tau google la ye kalau rajin. 


Eh lupa satu lagi. Yang dinanti tu dah kunjung tiba. So confirm la Ireen belum boleh tukar panggilan jadi kakak lagi. Ahaks!.




Ok Bye!





3 comments:

iezam said...

okey...noted.

a.z.n.e.e said...

Babe,
ur husband mmg pembaca tegar blog ko ni ek. Hehe. Senang nk anta utusan..

sha said...

jik, sape lagi la yg nak baca blog aku ni pon, dia laaaa hahaa. Dia yang suh aku ada blog, kalau outstesen boleh baca katanya..hehe