Tuesday, August 14, 2012

Mari Bersedekah


While Ramadhan is still here, mari kita menambah pahala.
Ada sebuah Maahd Tahfiz As Salafiah yang sangat memerlukan sumbangan.




Maybank acc : 555108301681

Hanya Allah yang dapat membalasnya.
Thanx in advance people.




"Assalamualaikum w.b.t.,

Kita semua maklum bahawa kita bukan hafiz Al Quran. Kita juga bukan alim ilmu-ilmu Islam. Kita ditakdirkan memasuki institusi-institusi pengajian yang menjurus kepada ilmu-ilmu ketrampilan. Itu pun ilmu juga dengan syarat ilmu-ilmu tersebut digunakan untuk melihat kebesaran Allah dan mencari keredhaan Allah swt. 

Sekarang di depan kita, di depan mata kita, di tempat tumpahnya darah ibu kita, di tanah dimana dato/nenek kita memulakan kehidupan yang tidak terperi sukarnya, dengan menitiskan air mata dan keringat, dan melalui keberkatan ayah-ayah kita, Allah swt telah anugerahkan satu maahad yang akan menghasilkan hafiz dan alim. Hendaklah di pahami betul-betul, untuk penyebaran agama, Allah swt langsung tidak memerlukan pertolongan hamba2nya; Allah juga langsung tidak berhajat kepada harta hamba2nya. Kerana sesungguhnya apa yang ada di tujuh petala langit dan di tujuh petala bumi dan di antara keduanya semuanya milik Allah swt, suatu zat yang Maha kaya, Pencipta seluruh Alam.

Tetapi apabila ada seruan untuk kita menginfaq harta di jalan Allah, sebenarnya itu sebagai tanda Allah hendak memuliakan kita dengan mengambil sedikit harta kita untuk Allah ganti dengan ganjaran yang berlipat ganda dan syurga kelak. Yang penting bukan banyaknya sumbangan, tetapi keikhlasan. Contohilah semangat jihad para sahabat ra semasa peperangan tabuk: Saidina Umar r.a menginfaqkan separuh daripada hartanya; Saidina Abu Bakar r.a, hanya meninggalkan Allah dan Rasul untuk keluarganya. Jangan sangka harta kita semuanya kita punya, ada sebahagian untuk orang yang berhak menerimanya...."

-Prof. Dr. Mohd Hamim bin Rajikin (Pengerusi YPRM)-
via hamim400@salam.uitm.edu.my (12 July 2012 3:08 p.m.)


Ok Bye!



No comments: