Wednesday, January 4, 2012

Tahun 2012 tak mo makan nasik. Ko mampu?



Ini entry sedih.
Sangat sedih.
Macam entry yang lepas, saya telah melempiaskan kemarahan terhadap lemak di badan.
Ini kesinambungan daripada entry tersebut.
Tsk..
Tsk..


Saya malas nak mekak-mekak pasal isu berat badan.
Let's face it. Isu berat badan akan mengekori saya seumur hidup.
Jadi saya malas nak bising-bising, risau-risau. Belasah aje.
Rasa badan dah naik. Jarum weighing scale tu pon dah bergerak banyak dari tempat yang sepatutnya. Sedar, tapi still buat tak tau
Tapiii..
Kali ini saya sedar, saya dah melampaui batas.
Pasal apa nak tau?
Pasal pagi tadi pakai baju kurung yang saya buat masa raya 2 tahun lepas.
Masa tu kira baru lepas pantang Ireen.


Sarung je kt badan, ok je lagi,
Kain pon ok.
Pastu, pakai tudung.
Time nak brooch kt belakang tengkuk tu kan, kalo pakai tudung awning kan kene pin kat tengkuk,
Time ni, rasa ketat. Tangan nak ke tengkuk tu dah ketat.
Eh??? Ketat??
Belek punye belek, bahu saya dah melebar ye. Bahu baju tu dah terkecik.
Badan saya semua lebar dah tebal. *Nanges
Baju tu buat selepas pantang. Masa tu belum kurus lagi. 
Kalau masa tu belum kurus lagi, sekarang dah tak muat apa maknanya????
Apa?????!!!
Maknanya kau dah gemok melampaui batas. *Nanges melalak


Maka saya sangat sedih.
Terus declare war dekat nasik. 


Mengadu kepasa sang suami.
Sebab tula tau, suami ni pulak lain. Time badan naik camni, lagi dia suke. Eh..


Tak kira lah, tahun 2012 tak nak makan nasik, goreng-goreng, dan cheesy meesy. 
Sapa tak percaya dengan saya sila angkat tangan.


*Saya angkat tangan.


Uwaaa...stress!!!



2 comments:

mafuza said...

good luck!

sha said...

mekasih. hanya keajaiban je boleh membantu