Salam, (Baca as Assalamu'alaikum ok. Itu short form sahaja)
Eh selalu lupe nak bagi salam bila post entry baru. Kadang2 je teringat macam harini. So lain kali kalau saya terlupe u oll terus je la jawab Wa'alaikuMMUSSalam (Bukan Wa'alaikum salam yang selalu kite sebut) yea? hehe.
Last weekned kami jalan-jalan KLCC. Dah lama giller tak jejak kaki kat KLCC. Serius lama..ermm..setahun? or more? tapi lama la. Sejak tinggal di Putrajaya, kemudian Puchong Selatan, dan ada anak 2, memang rasa malas nak ke sana, sebab selalunya barang yang saya carik ada je dekat tempat2 yang berhampiran (Pyramid, Empire, OU, IOI dan kwsn PJ yang seangkatan dengannya).
Tapi kerinduan bau-bauan KLCC sudah terasa..(shoping complex nya bau differs kan? KLCC bau lain, Empire bau lain.. ke korang tak perasan saya je yang perasan?..kah kah)..tambah2 lagi request anak bujang yang dah ke 100 kali mintak naik train.. ("Abang 1 kali je naik train mami..adik kecik dulu..bila kita nak naik lagi??") so daddy decide kita pegi KLCC dengan train. Ye I can forsee trip ke KLCC ni sangat adventurous sekali. Pagi-pagi lepas breakfast terus bersiap. Andd satu lagi kesilapan ialah kami tak bawak stroller pikir susah nk hangkut stroller bagai dengan 2 budak hyperactive dengan sesak orang ramai so plan nak sewa stroller KLCC sahaje.
Anak and bapak teruja dapat naik train
Sampai je terus tanya stroller, tapi weekend kan whaddaya expect? harusla fully occupied! Keciwa dan hampa. Ok takpe budak2 masih manageable. Pergi Garrett untuk melempiaskan keinginan. Kenapa lempias eh? Sebab sangat teringin haha.
Time ni dah penat ok. Baru smpai dah penat. Anak2 berlari-larian seumpama tidak pernah menjejakkan kaki ke shopping complex -_-' . Lagi-lagi si kecik Ireen. Ya Allah dia punye skill mengelak untuk di tangkap sangat hebat sekali sampai mak surrender. Dan bila dia dah stat naik binatang yang berpusing itu, tak sah kalau tak 3 round. Pastu satu KLCC bergegar dengan jeritan dia yang tak nak turun.
Ok jom kita tengok fountain dekat park nak?? Makan popcorn tengok air fountain ye anak2!.
Tapi fountain tak berfungsi itu hari.
Dah lama tak datang kan, haruslah tawaf satu KLCC. Seminit je terlepas pandang, budak kecik ni dah hilang! Berderau darah. Jenuh carik and panggil2 dia, nasib baik tetibe muncul je sambil sengeh2. Dia menyorok dalam kaunter braun buffel. Ish rasa nak nanges je tau. Sapa yang kenal Ireen ni tau la dia punye peramah macam mana. Semua orang dia 'hi'. Semua orang dia tegur. Semua bende nak pegang. Curiosity level very high.
So mummy kene pikirkan safety harness dengan serius. Bile balik cerita dekat mak, mak pon cakap kenapa tak pakai harness. Abang saya dulu memang kene ikat. Time tu kat UK so tak kisah. Problem is masyarakat kita yang masih ada perasaan macam anak kene dera bila kita pakaikan harness. Even saya ternampak from their eyes kita boleh tau ketidak senangan hati mereka tengok parents yang pakaikan harness. Eh what is your problem eh? Bende tu untuk keselamatan, bukan nak mendera or menyiksa anak. Maybe your kids jenis baik duduk diam alolololo tomei, tapi kau tau ke anak kau yang next next next tu jenis active terlebih? Kan. Ryann dulu masa baya Irenn, takde nak melilau-lilau active panjat2..dia type yang very clingy, berkepit bawah shetek mummy doplah 4 jam. Dah besar ni yang baru menunjukkan sifat-sifat kejantanan dan kebrutalan dia. Tapi Ireen dari baby dah nampak potensi untuk jadi very the berani gitu. So tak payah la u nak bagi that kind of 'look' ok. Just accept la bende tu satu keperluan.
Not a single moment these 2 kids can sit still alolololo tomei. Jangan harap.
Saya yang sangat capekkkkkkkk. Sukati la korang nak buat apa mummy dah tak kose.
Seriosly tak paham mana budak2 kecik ni dapat energy. Tapi bila dah petang, dua-dua dah start penat, dah mintak dukung. Sekejap je. Pastu Ireen mintak turun sebab banyak sangat bende lagi yang dia nak explore. Ryann je yang dah layu.
Ok saya nak tengok harness, nak beli online aje.
Bye!
No comments:
Post a Comment