Monday, July 30, 2012

Our 6th Anniversary

Salam.


Semalam, 29th, marked our 6th anniversary.
Semua memories masa akad nikah, sampai la semalam, still boleh recall.
Alhamdulillah, both of us have gone this far, and for many years coming, I hope we will still together, sampai ke syurga.


To my husband, (I rarely do this, but anniversary is an exceptional. Nak muntah sila muntah jauh2 :D ).
For these years we have been together, u have never fail showing your love towards me, be it from your words, or from your actions. 
U do it moreeeeee than I do yes I admit that..tapi now I'm doing better dari dulu kan? 
I hugs u more before u asking for my hugs now kan hihiii..
We accept each other's flaws, and turn those flaws to something to laugh at and make jokes on it rather than complaining. 
Tq for being there for me and the kids. I'm praying that u will become a pious husband and daddy, to guide us towards jannah, Insya Allah.


Celebrated with the families :)

p/s - anniversary mak abah saya yg ke 37 sebenarnya, saya salah kira daa..hihi.

Ok Bye!







Wednesday, July 25, 2012

"Hai...!!




...Buka ni korang makan apa? Makan lah saya. Oh Saya tak puasa sebab tu saya isap rokok..." 
Kah! Kah!
Selamat Berbuka!!



Tuesday, July 24, 2012

Salam Ramadhan

As Salam,


Salam Ramadhan Al-Mubarak!! Selamat mengumpul pahala di bulan yang mulia ini.
Biasa la saya memang selalu tertinggal.
Orang dah puasa 4 hari ko baru nak wish Ramadhan. Kah Kah!
Takpelah janji saya wish jugak, lambat pun takpe, better late than never..never say neverrrrrr. Eh.


Biasanya weekend saya memang menggelabah nak buka dan sahur rumah parents.
Kalau weekend dekat rumah sendiri, rasa nak menangis, haha over.
Ala ni kalau adik saya baca ni mesti dia kata saya ciwek (cembeng). Padahal diorang lagi ciwek.
Kalau buka kat luar lain cerita la kan. Kepada yang jauh di perantauan, mak pak jauh, sabar ye.
Pergi la buka rumah adik beradik ke, pakcik makcik ke, sebab selain dapat beronok-ronok, dapat pahala jugak merapatkan silaturrahim. Kan. Teringat macam nak buka rumah abang, tapi abang saya pon buka rumah mak daaa..haha. 
Tapi both parents kami ni memang orang sini, jadi rotate la. Malam puasa 1st tu lepas Tarawih kami balik kampung Shah Alam. Sahur and buka kat sana. Lepas tarawih 1st Ramadhan tu, balik kampung Puchong pulak. (Nak jugak sebut kampung tu). Sampai dah pukul 1130pm, takpelah janji dapat sahur and buka kat Puchong. Memang penat duk ulang alik, tapi bulan puasa je kami buat keje macam ni, Syok apa..layan jela. 
Weekend ni umah Puchong dulu pulak, baru rumah Shah Alam. Agaknya la. Hihi. Eh Sabtu ni anniversary kitewww lewww...auwwwww...


La terlupa nak cerita adik saya dah dapat baby. Ariq. Best membelek baby, mandikan baby. Rinduuuuuu nak ada baby. Takpelah layan anak orang dulu. So dekat rumah mak saya ada baby untuk bermain-main.


Kalau cerita pasal anak, Ryann belum puasa lagi. Mummy belum ready, dia sendiri rasanya belum ready. Ala baru 5 taun, kecik lagi kan. Mummy awak pon tak pernah puasa penuh seumur hidup. Oppsssss!!! Kah Kah kantoi!. Saya memang tak tahan ok, ada gastrik. ok la cliche, tapi betul, pernah masuk hospital bagai. Lepas tu dah start period memang la tak dapat dah puasa penuh kan.


Tapi Ryann sangat auta. Pagi-pagi sebelum pergi school dia mintak bekal roti dengan Yakult. Lepas saya cakap eh abang kata nak puasa...dia terus ok lah abang makan sekarang. Nanti kat skul abang puasa. Sampai skul bila teacher n kawan tanya, confident je cakap puasa. Semalam dia cakap dia tak makan langsung dekat skul, balik menggelupur kelaparan. Jaga reputasi sangat awak tu, macam mummy tak tau. Apa2 lah abang..haha.
Ireen pulak, semalam before tido mintak roti. Saya cakap tak payah, adik dah kenyang, tapi dia nak jugak. Ok layan je, saya buatkan jugak, tapi saya cakap kene habiskan. Angguk laju2.
Lepastu dia cakap "Mummy, adik poshe (puasa) mummy..". O yeke? Puasa? Tanya saya balik. Dia angguk pastu repeat poshe poshe. Pastu "Nah mummy (bagi roti yang tak habes). Adik poshe ayah (tak payah) makan." Hahahaaaa..dia punya autaaaaaa...alasan dia tuh tak nak saya marah roti tak habes. Hadoiii macam-macam tau budak2 nih.


Lepas tu masa 1st time bawak dia ikut sekali masjid untuk tarawih. Saya test la budak ni dah boleh bawak masjid ke belum. Solat Isya' 1st rokaat, dia dah kacau orang. Jalan depan orang solat sambil selak2 telekung orang. Pastu datang balik dekat saya, pergi balik jalan-jalan sambil tarik sling bag saya. Solat pon tak khusyuk dah. Bila sujuddddd...dia lost. Semuaaa sama sujud dia dah tak cam mummy. Ape lagi..Menjerit la dia mummmyyyyyyyyyyyyyy!!!!. Memang mintak lepuk tau budak ni. Terus kelam kabut tarik dia duduk belakang sekali. Last2 saya solat tarawikh solo je tak ikut imam, tu pon sambil memujuk si kecik tu cranky dah mengantuk. Ok lepas ni mummy solat kat rumah je. Huhh!


Bukak puasa macam biasa la masak memasak. Penatnya la kan rushing balik kerja masak nak kejar waktu buka sambil mata duk jeling sipi-sipi je kat tv volume kuat cerita De Javu di Kinabalu. Dugaan betul hahaa. Ish mengganggu la citer ni. Berbuka pon menggangu. Tak concentrate i nak bersantap. Pause kejap sambung lepas raya la tak boleh ke. Sukati ko je kan suruh pause. 


Ok lah nanti update lagi.
Ok Bye!







Friday, July 6, 2012

Macho


Can't get enough of his voice..ke his style?..ke lakonan dia? Eh semua lah. Macho giller! Hehe.
 Who's with me?


Thursday, July 5, 2012

July Yang Semput

Assalam..

Bz sangat la tak sempat nak update blog. 
Halah balik2 cakap bz, boringggg..
Kan.. tapi nak buat cemana memang bz.
Bulan ni semput. Semua nak buat bulan ni. 
Banyak kerja.
Nak squeeze kan kerja between meetings. 
Harini pulak dapat tau SEMUA server kene pindah Cyber before August.
Kat ofis ni pulak ada banyakkk portal and apps.
Eh sukati je kan. Pindah server bukan main hangkut letak je. Hadoiiii..Nangessss!!
Nak cuti pon tak sempat. 
Ireen batuk tak baik-baik. Ni nak bawak klinik homeopati pulak jap lagi.
Meeting 2.30 pulak. Klinik tutup pukul 6. Balik awal lah. Sorry bos.
Family first.
Tskk..

Ok Bye